04/11/2023
Alhamdulillah, Tamat Sudah
Harini untuk pertama kali kami menjulang Piala Akmal Zharif bagi kejohanan Liga Manjoi bagi tahun 2023 sebagai pendahulu liga. Semoga dimusim hadapan kami dapat mengekalkan kejuaraan yang sama.
Terima kasih & Tahniah diucapkan kepada Organizer untuk Liga Manjoi dan tidak lupa kepada suadara Akmal Zharif Ahmad Kamal yang berjaya menghidupkan kembali Liga Manjoi 2023 setelah sekian lama menyepi.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberi 100 komitment & usaha kepada pasukan KDAS3 FC selama liga berlangsung. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana berjaya menyediakan segala kelengkapan buat pemain.
Akhir sekali tidak bermakna sesebuah pasukan jika tiada pemain ke 12 yang sentiasa memberikan sokongan yang paduu & jitu ,tidak kira masa & suasana untuk memenuhi padang.
SMALL TEAM
WITH BIG HEART ❤️