10/12/2024
ππππππππππππ πππππππππ ππππππππ ππππππππππππ πππππ ππ πππππ: ππππππππ - πππππ ππππ
Hari ni telah berlangsung majlis undian dan mesyuarat pengurus pasukan sempena Pertandingan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12 Tahun Malaysia - China 2024.
Sejumlah lapan buah pasukan termasuk dua pasukan dari wilayah Hainan, China akan terlibat dalam Pertandingan tersebut yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2024 di Padang Perak Chinese Recreation Club (PCRC), Ipoh.
Pertandingan yang dianjurkan bersempena dengan sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China dan Tahun Melawat Perak 2024 ini turut menyaksikan penyertaan pasukan Hainan Deneng FC dan Hainan Zhonghai FC selain enam pasukan tempatan iaitu Perak FC Academy, PCRC A, PCRC B, DIA Kickers's, ATM Gladiators, Ipoh Friday Club.
Pertandingan anjuran bersama PCRC dan Perak FC ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain cilik pasukan tempatan bersaing dengan bakat-bakat hebat dari luar negara.
Turut hadir pada program ini ialah YM Raja Azlan Shah Raja Soβib selaku Pengarah Teknikal Perak FC dan Encik Chan See Onn selaku Presiden PCRC.
π€ππ€