16/08/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nor Aiman Danish bin Norhaslan, Kapten Pasukan Bola Sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Bawah 15 Tahun, atas kejayaan merangkul JOHAN Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Menengah Rendah Peringkat Negeri Perak dan berpeluang menyampaikan pidato di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Beliau telah menyampaikan pidato sempena Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, bersempena Bulan Kemerdekaan 2026, yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Satu penghormatan dan pengalaman yang amat bermakna buat seorang pemimpin muda STAR. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengamalkan nilai kesetiaan, keberanian, kepimpinan dan patriotisme.
Tahniah Nor Aiman Danish !
Teruskan melakar kejayaan, di padang dan di pentas kepimpinan.