Brader Touchlinez

Brader Touchlinez Tactics and football nerd
(No trolls or hate, just pure discussion)

COYG🔴⚪️

Mamat Skelly ni dah banyak improve sejak setahun yang lepas.Great ball progressor.Tetapi ada lapse sikit untuk dia commi...
12/05/2026

Mamat Skelly ni dah banyak improve sejak setahun yang lepas.

Great ball progressor.

Tetapi ada lapse sikit untuk dia commit dengan sistem Arsenal sepenuhnya. Ini menghadkan peranan beliau ketika fasa OOP.

Tak mustahil dia boleh grow lagi nanti, cuma for now kalau Arteta nak set for pressing game profile macam Zubi lebih sesuai untuk role tersebut.

Maybe Arteta akan push for another physical box to box summer nanti dengan emergence MLS sekarang.

Too bad tho, sebab aku minat sangat kat Pablo Barrios hahaha…

Aku selalu dapat komen yang tanya siapa je boleh replicate role Xhaka untuk posisi LCM sekarang?

Jawapannya, mamat ni kan ada.

Technically secure dan ada ketahanan fizikal yang kuat untuk kategori umurnya, mungkin dia tak ada engine macam Rice untuk hunt the ball/press tetapi dia lebih flexible dan creative untuk exploit pocket/BTL.

Dia main dari LB pun ok je, still boleh invert dan act as LCM/left pivot in possession. Cuma personally ability dia lagi berkesan higher up (final third) berbanding Rice.

Baik Arsenal cari LB baru dan tolak Skelly ke CM.

Namun benda ni mungkin susah kot, sebab skillset yang ada pada Skelly memang solid untuk penuhi dengan apa yang Arteta nak daripada seorang LB dalam sistem dia sekarang.

Cala? Ok juga pun, cuma Cala more to space invader dan dia masih tengah adapt dengan PL.

Tambahan aku tetap rasa yang Cala lagi suit main dekat LCB for long-term.

11/05/2026

Rice kat RB ni bukannya experiment pun.

Game vs Brighton (H) dia pernah main posisi tu dan perform je. Bezanya ada Odegaard untuk control dan prevent transition serta Merino sebagai long ball outlet/receiver di BTL dan bounce pass ketika deep build-up.

Situasi vs West Ham pulak lain.

Arsenal kena engage dengan 5-2-3 block West Ham yang lebih active selepas White dikeluarkan.

West Ham ada masa akan shift ke 3-4-3 untuk overload pivot Arsenal (Zubi-MLS) kerana Arsenal telah hilang incisive pass daripada White untuk play through ke pivot.

Diouf jump forward untuk form 2v1 bersama Summervile dan push Rice ke narrow side dan menutup akses kepada Saka/central zone.

Ini menyebabkan Arsenal sukar untuk progress bola seperti 20-25 minit awal permainan.

Dari sini West Ham mula gain numerical superiority di bahagian tengah (4v2/4v3) serta memaksa Arsenal bermain dalam keadaan yang lebih sukar.

Tanpa Rice di pivot agak mudah untuk Arsenal kena bypass kerana Zubi/MLS tiada physical capacity untuk match-up dengan intensiti West Ham.

Rasanya Arteta and co mungkin fikir Arsenal boleh maintain game even Rice kena shift ke RB.

Cuma benda ni jadi susah sebab takde metronome untuk pastikan tempo game lebih sesuai dengan kekuatan pivot Arsenal.

Dan presence fullback yang boleh paksa West Ham untuk bertahan di half mereka.

10/05/2026

Terrible perfomance after White sub.

Kalau bukan kerana VAR dan save gila oleh Raya, harapan Arsenal nak menang liga confirm dah terkubur.

Nampak macam Arteta nak try adapt tanpa influence Odegaard, cuma tanpa better dynamic movement oleh kedua-dua FB Arsenal terus collapse untuk create chances.

Atas sebab itu juga Arteta cuba tolak Rice ke RB.

Ia untuk berikan same dynamic seperti mana White provide di bahagian kanan. Tapi Arsenal tiada good support dari pivot/Eze untuk funnel bola ke arah Saka/Rice.

Physical game yang ditunjukkan West Ham juga tidak membantu.

Kerana mereka menang hampir kesemua duel/second ball dan very dominant di half channel.

10/05/2026

Jika Arteta nak stick dengan MLS-Zubi di pivot, better masukkan Odegaard pada second half nanti.

Arsenal perlukan more control untuk mengelakkan daripada kena exploit dalam transition oleh West Ham.

Ia kerana mereka dah mula dapat momentum dalam permainan.

10/05/2026

Short review

Liverpool vs Chelsea :

1. Colwill provide authority on the ball yang lebih baik apabila Chelsea hendak mulakan permainan dari bawah. Isu yang Maresca dah point out pada board Chelsea bila Colwill injured awal season haritu.

2. 4-2-4 Liverpool struggled untuk match dengan shape lopsided Chelsea (3-2-5/3-2-2-3) yang mana Chelsea fokus untuk exploit bahagian kanan Liverpool (half-space).

City vs Brentford :

1. Brentford sebenarnya pasukan yang cukup bagus untuk shift dari defending deep ke high press, cuma mereka tiada outlet yang superior (Mbeumo) di wide zone untuk jadi lebih efisyen dalam transition play.

2. Jeremy Doku mungkin dah reach potential sebenar beliau, decision making yang lebih konsisten dan tak terlalu overplay bila pe*****te ke dalam box lawan.

08/05/2026

Perfomance MLS sekarang ni sebenarnya reflection kepada apa yang Zubi telah buat pada awal season.

Tapi macam apa yang aku cakap la, kita dah tak nampak benda tu sebab Zubi mengalami kemerosotan prestasi dan lack of support.

Beza style dua pemain ni lebih pada attributes yang dimiliki mereka.

Zubi lebih bagus dalam bab mempertahankan ruang, aerial plays, second balls, recoveries in transition (rest defense) dan forward runs to affect more in final third.

MLS pulak cenderung untuk melakukan progression sama ada melalui carries atau passes.

Positioning dia lebih static as pivot dengan traits untuk invite pemain lawan melakukan pressure in close range dan beat them in half-turn.

MLS boleh execute benda ni oleh kerana back strength dia yang tinggi ketika shielding.

Cuma sometimes agak risky la, sebab boleh menjadi punca kepada turnovers jika dia tak berjaya untuk lolos daripada pemain lawan.

Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

05/05/2026

In case Arsenal berjaya menang PL dan UCL, rasanya aku dah boleh tutup kot page ni.

Pencen dengan aman hahahaha….

Lagi pun dah banyak page lain yang duk cover pasal Arsenal, sini mostly tempat scammer dan konco-konconya berkumpul…

Btw, aside MLS aku cukup happy dengan perfomance Gyokeres tadi.

Non stop running, what a lion!

05/05/2026

I’m lost of words mat…

First UCL final selepas hampir 20 tahun, di kala ramai yang meragui kemampuan Arsenal untuk layak ke final.

A good momentum untuk diteruskan ke liga.

Perlawanan ni lebih pada sekadar taktikal. Ia menunjukkan keazaman dan hasil kerja keras oleh pemain dan Arteta tu sendiri sepanjang musim ini.

Just need one final push from everyone right now!

05/05/2026

City mostly concede high turnovers di half mereka sendiri oleh kerana tiada physical figure (Rodri) yang boleh shielding backline dengan baik.

Ini membolehkan Everton untuk generate momentum serangan via second balls.

Especially thru Ndiaye.

Nico Gonzalez is ok, cuma dia tak sebagus Rodri untuk dominate space, anticipate rest attack lawan dan high level control yang diperlukan City untuk sustain pressure ke atas Everton.

Kalau bukan sebab attacking quality yang ada pada City, Everton dah menang game ni.

Bila tengok game Liv vs MU semalam, rasanya Wirtz dah cuba sebaik mungkin untuk adapt di PL.Peranan dia sekarang lebih m...
04/05/2026

Bila tengok game Liv vs MU semalam, rasanya Wirtz dah cuba sebaik mungkin untuk adapt di PL.

Peranan dia sekarang lebih meluas.

Bersama Leverkusen, dia lebih banyak station di wider left side untuk receive bola dan mengelak physical contacts serta roaming secara horizontal yang mana purely to dominate left half-space.

Platform yang Xabi built sememangnya untuk maximize Wirtz punya strength. Akan ada direct vertical support via Xhaka di central ketika hendak progress bola dan width holding oleh Grimaldo.

Dari sini terbentuknya continuity dalam wide triangle/passing angle yang memudahkan Wirtz untuk showcase his influence.

Benda ni Wirtz tak dapat kat Liverpool.

So beliau improvise dengan lebih banyak drop ke base atau stay more inside the block.

Ini menyebabkan Wirtz kena receive more in back to goal (under pressure) di dalam kawasan yang lebih congested semata-mata untuk mendapatkan more touches on the ball.

Even Odegaard/Palmer sendiri pun cuba avoid situasi ni.

Aku tak rasa mamat ni flop pun, sebab contribution tu ada. Cuma support yang diperlukan oleh Wirtz tu kurang atau kadang tu boleh kata almost non-existent.

Selain RW, priority Liverpool untuk summer nanti ialah dengan mencari profile yang lebih bagus untuk tampung loophole tersebut.

Kalau tak, makin susah la Wirtz untuk serlahkan potential sebenar dia.

03/05/2026

Liverpool 4-2-4 double 10 dengan Wirtz/Gakpo akan saling rotate di bahagian kiri to overload right channel MU.

Ini untuk berikan mereka better opening sama ada untuk :

- Melakukan shot di edge penalty box.
- Release Frimpong/Szobo untuk attack space di backpost.

Isunya di sini pivot Liverpool sukar untuk match dengan intensiti pemain MU. Menyebabkan Liverpool sentiasa kena overrun ketika transisi, kerana bola dihantar bertubi-tubi ke arah kawasan Liverpool.

MU disiplin maintain shape ketika OOP (narrow 4-4-2) dengan mereka akan cuba hit direct balls secepat yang mungkin kepada penyerang mereka.

Ironinya, MU sekarang tunjukkan intensiti seperti mana Liverpool buat di bawah Klopp dulu.

Manakala Liverpool pulak sebaliknya.

Address

Ipoh
33300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brader Touchlinez posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category