The Bos Gaurus Supporters

The Bos Gaurus Supporters Page rasmi untuk The Bos Gaurus Supporters dan page bahasa Malaysia no 1. Ditubuhkan pada 22 Disemb

| TBG - STATISTIK |Perak FC kini telah kehilangan 7 mata daripada kedudukan mendahului perlawanan.Tiada pasukan Liga Sup...
18/04/2021

| TBG - STATISTIK |

Perak FC kini telah kehilangan 7 mata daripada kedudukan mendahului perlawanan.

Tiada pasukan Liga Super lain yang kehilangan mata lebih banyak berbanding mereka selepas mendahului perlawanan.






| TBG - PASCA PERLAWANAN | Pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt mengakui yang beliau sebenarnya mahukan tiga mata penuh, ...
18/04/2021

| TBG - PASCA PERLAWANAN |



Pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt mengakui yang beliau sebenarnya mahukan tiga mata penuh, namun hanya boleh berpuas hati dengan kepututusan seri 1-1 berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh malam tadi.

Babak separuh masa pertama banyak didominasi oleh Perak FC sehingga ke jaringan pembukaan perlawanan oleh Guilherme de Paula pada minit ke-58. Dan jaringan itu telah menyedarkan KDA FC daripada lamunan panjang seterusnya mula meningkatkan intensiti mereka.

Bermula dari situlah, Perak FC terperangkap dengan perubahan KDA FC dan gagal mengekalkan kelebihan jaringan yang dilakar oleh pemain naturalisasi skuad negara, De Paula tersebut.

Ujar Yee Fatt di sidang media, “Melihatkan aksi babak kedua dengan peluang-peluang yang lawan cipta dan ketangkasan Hafizul Hakim, saya rasa berpuas hati dengan hanya satu mata walaupun kami sebolehnya mampu mendapatkan mata penuh.”

“Sebenarnya bukan hari ini sahaja. Perlawanan sebelum ini pun lebih kurang, kita sia-siakan peluang yang kita buat. Ini memberi tekanan kepada seluruh pasukan terutamanya di pertahanan,” jelasnya mengenai deretan peluang yang terhidang namun banyak disia-siakan.

Perak FC dilihat menggunakan J. Partiban di sebelah sayap kanan untuk memecah masuk ke kawasan pertahanan pelawat. Beberapa gerakan berjaya dicipta oleh Partiban dengan salah satunya telah disudahkan dengan tandukan Guilherme de Paula.

Kawalan di zon tengah yang baik oleh anak didik Yee Fatt sehingga menyukarkan pemain-pemain tengah KDA FC untuk membuat hantaran akhir ke jentera serangan hadapan tampak memberi tekanan kepada lawan terlebih dahulu dalam aksi babak separuh masa pertama.

Kebangkitan KDA FC selepas jaringan Kpah Sherman pada minit ke-79 hampir menyebabkan The Bos Gaurus terus tercicir mata. Namun seperti kata pengendali Perak FC, ketangkasan Hafizul Hakim telah menyelamatkan mereka daripada keciciran mata.






| TBG - BARISAN PEMAIN | Kita mengharapkan yang terbaik daripada kesebelasan utama ini. Moga 3 mata dapat dibawa p**ang ...
17/03/2021

| TBG - BARISAN PEMAIN |



Kita mengharapkan yang terbaik daripada kesebelasan utama ini. Moga 3 mata dapat dibawa p**ang ke Ipoh malam ini in shaa Allah.

Kejor Yob Kejor! 💛🖤






| TBG - CARTA LIGA |Ini merupakan carta Liga Super 2021 setakat minggu perlawanan ketiga ini. Misi wajib menang bagi Per...
17/03/2021

| TBG - CARTA LIGA |

Ini merupakan carta Liga Super 2021 setakat minggu perlawanan ketiga ini. Misi wajib menang bagi Perak FC untuk terus menekan pasukan-pasukan yang berada di puncak liga.

Ayuh Yob, kita bawa p**ang 3 mata dari ibu kota Kuala Lumpur malam ini! 💛🖤






| TBG - HARI PERLAWANAN | Perak FC akan berdepan cabaran KL City FC malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras....
17/03/2021

| TBG - HARI PERLAWANAN |



Perak FC akan berdepan cabaran KL City FC malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Jom saksikan secara ‘LIVE’ melalui saluran unifiTV, aplikasi unifi playTV atau akaun Youtube unifi. 👀

Ayuh The Bos Gaurus, keluarkan habis-habisan untuk 3 mata Yob! 💪🏻🔥✨





| TBG - EVOLUSI |Tadi, admin mendapat beberapa luahan daripada para penyokong The Bos Gaurus yang merasa amat sedih deng...
02/02/2021

| TBG - EVOLUSI |

Tadi, admin mendapat beberapa luahan daripada para penyokong The Bos Gaurus yang merasa amat sedih dengan perkembangan terbaharu yang berlaku dalam pasukan kesayangan kita ini.

Pada mulanya, admin turut berasa terkejut apabila dia memberi kepada admin dua gambar di bawah. Ternyata logo Perak FC yang terbaharu ini diplagiat secara 90% hasil sumber ihsan gambar seladang dari Google.

Harapan admin, semoga pihak pengurusan Perak FC dapat menyelesaikan isu pelantikan kepimpinan atasan baharu dengan segera agar kita boleh fokus untuk menyelesaikan isu logo baharu ini p**a.

Harus diingat, sesungguhnya di sebalik jatuh bangun sesebuah pasukan bola sepak itu, terdapat para penyokong yang teguh berdiri menjadi tulang belakang pasukan! 💛🖤






LOGO BAHARU PERAK FC TERIMA KECAMAN HEBAT DARIPADA PEMINAT THE BOS GAURUSKelmarin, Perak FC telah berkongsi satu video d...
02/02/2021

LOGO BAHARU PERAK FC TERIMA KECAMAN HEBAT DARIPADA PEMINAT THE BOS GAURUS

Kelmarin, Perak FC telah berkongsi satu video di laman media sosial rasmi pasukan di mana terdapat rekaan logo baharu yang akan digunakan oleh pasukan The Bos Gaurus bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Namun begitu, logo yang menggunakan simbolik haiwan seladang dan digabungkan dengan warna hitam dan kuning itu tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat The Bos Gaurus di mana rata-rata daripada mereka mengecam logo tersebut.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata peminat nyata kecewa dengan logo yang dipilih di mana mereka menganggap tiada sebarang usaha yang dilakukan dalam pembuatan serta rekaan salah satu elemen terpenting yakni logo pasukan kesayangan rakyat negeri Perak ini.

Logo tersebut dirasakan terlalu simplistik dan dianggap tidak melambangkan pasukan Perak FC yang kini berusia lebih 100 tahun. Para peminat The Bos Gaurus menggesa agar pihak pengurusan mengembalikan rekaan logo lama kerana mereka menganggap ia jauh lebih cantik dan tidak kelihatan seperti logo “tangkap muat”.

P/s: Admin turut bersama dengan para penyokong The Bos Gaurus dalam isu rekaan logo baharu Perak FC ini.





02/02/2021

| TBG - EVOLUSI |

Akhirnya, setelah dinanti-nantikan sekian lama, akhirnya Perak FC melancarkan logo terbaharunya kelmarin.

A new chapter begins, but the history still remains.
Legends reborn, and the legacy continues.

Apa pendapat kome terhadap logo terbaharu ini?








Perak FC bakal berwajah baharu dengan logo yang baharu. Gamaknya rupa apa logo tu ye? Diharapkan cukup professional dan ...
01/02/2021

Perak FC bakal berwajah baharu dengan logo yang baharu. Gamaknya rupa apa logo tu ye? Diharapkan cukup professional dan moden. 💛🖤





ZAINOL FADZI TIDAK BERMINAT UNTUK KEMBALI TERAJUI PAFABekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fad...
01/02/2021

ZAINOL FADZI TIDAK BERMINAT UNTUK KEMBALI TERAJUI PAFA

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak berminat untuk kembali menerajui persatuan yang pernah diterajuinya dahulu selama lima tahun.

“Tidak terlintas langsung untuk saya kembali ke PAFA, berilah kepada muka baharu yang lebih berminat dan mempunyai cita-cita tinggi.”

Beliau mengulas laporan media yang menyebut beliau antara tiga Exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan layak menerajui PAFA jika Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad enggan menerajui persatuan itu.

Dua lagi Exco yang disebut-sebut layak ialah Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Khairul Shahril Mohamed.

Shahrul Zaman yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor manakala Khairul Shahril ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia.

Zainol Fadzi berkata, menjadi Presiden memerlukan masa dan tumpuan khusus, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19
dan senario politik masa kini.

“Terima kasih kepada yang hubungi, memujuk dan menyokong saya untuk kembali ke PAFA, saya amat hargainya.”

P/s: Zainol Fadzi pernah menerajui PAFA antara tahun 2010 sehingga 2015.






| TBG - THROWBACK |Pasukan bola sepak Perak bukanlah nama yang asing lagi dalam kancah sukan bola sepak negara khususnya...
01/02/2021

| TBG - THROWBACK |

Pasukan bola sepak Perak bukanlah nama yang asing lagi dalam kancah sukan bola sepak negara khususnya Piala Malaysia. Kita berjaya menjulang kejuaraan ini buat kali kelima pada tahun 1970, hasil dua jaringan hebat pemain legenda, Baharin Khamis.

Meskipun Kelantan ketika itu hadir dengan penyerang sensasinya, Dali Omar dengan rekod 21 gol sebelum melangkah ke perlawanan akhir, Perak tetap dapat melakukan kejutan sekaligus menjulang piala tertua Asia Tenggara tersebut.

Dan kini, kegemilangan bola sepak Perak akan diteruskan p**a oleh Perak FC. Kejor Yob Kejor!






Perak FC bukanlah pasukan pilihan untuk diletakkan sebagai pasukan top 5 liga setiap tahun oleh peminat bola sepak Malay...
30/01/2021

Perak FC bukanlah pasukan pilihan untuk diletakkan sebagai pasukan top 5 liga setiap tahun oleh peminat bola sepak Malaysia walau kebelakangan ini pasukan kita menunjukkan prestasi hebat seperti juara Piala Malaysia 2018, naib juara Liga Super 2018 dan final Piala FA 2019.

Namun begitu, Perak FC tetap menpunyai peminat setianya yang tersendiri termasuk bekas jurulatih dan bekas pemain import waima mereka sudah lama meninggalkan pasukan kesayangan kita ini.

The Bos Gaurus always in out heart! 💛🖤




Address

Jalan Sultan Azlan Shah (U)
Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Bos Gaurus Supporters posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category