08/09/2025
FOC (Front of Center Balance) ialah peratusan berat keseluruhan anak panah yang terletak pada bahagian hadapan anak panah. Semakin banyak berat di bahagian hadapan, semakin ke depan pusat keseimbangan anak panah itu, dan semakin stabil penerbangan anak panah — tetapi hanya sehingga satu tahap tertentu.
Anak panah dengan nilai FOC negatif akan menjadi tidak stabil dalam penerbangan. Namun, FOC yang terlalu tinggi p**a boleh menyebabkan “nosedive” (hujung jatuh mendadak) pada jarak jauh apabila anak panah kehilangan kelajuan.
FOC yang lebih tinggi, dalam julat tertentu, juga boleh membantu prestasi apabila menembak dalam keadaan angin sisi. FOC optimum sangat penting untuk pemanah target jarak jauh (melebihi 50 meter).
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FOC
1. Berat shaft anak panah.
2. Berat point/insert.
3. Berat fletching dan nock.
Contohnya: shaft yang ringan dengan point/insert 100 grain serta fletching ringan akan menghasilkan FOC lebih tinggi berbanding shaft berat dengan point sama (100 grain) tetapi fletching lebih berat.
UNTUK MEMANAH TARGET
FOC sesuai untuk target archery:
* 7–15% untuk indoor.
* 10–15% untuk outdoor (0–70m).
* Julat ini beri kestabilan baik, momentum optimum, dan trajektori tepat.
* Melebihi julat ini boleh sebabkan vertical dispersion (tumbukan anak panah naik-turun tak konsisten) terutama bila guna arrow ringan.
* FOC terlalu tinggi (>20%) buatkan konsistensi lepas jari (finger release) jadi sangat kritikal, sebab inertia point berat buat arrow lebih sensitif terhadap perbezaan kecil pada lepas.
* FOC terlalu rendah (