Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA

Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA Not the "Kampung" sports

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026MPihak persatuan dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan Selamat H...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

Pihak persatuan dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli persatuan serta semua umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah terjalin. Pihak persatuan juga ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Salam Aidilfitri. Semoga ukhwah terus terpelihara. πŸŒ™βœ¨



24/12/2025



Alhamdullilah, pada 19 Disember 2025 @ Jumaat Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA  (Kinta Tug-of-War). Terima kasih...
20/12/2025

Alhamdullilah, pada 19 Disember 2025 @ Jumaat Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA (Kinta Tug-of-War). Terima kasih atas kehadiran semua. Tahniah dan syabas atas pemilihan Pegawai dan Exco baru bagi sesi 2025/2027. Moga bertambah maju jaya hendaknya. Majlis disusuli dgn jamuan makan malam bersama hadirin.





πŸ˜Šβœ…

Selamat datang diucapkan kepada semua Perwakilan-perwakilan dan Pemerhati badan gabungan Persatuan Tarik Tali Daerah Kin...
19/12/2025

Selamat datang diucapkan kepada semua Perwakilan-perwakilan dan Pemerhati badan gabungan Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA - KTWA ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 Tahun 2025.

Majulah Sukan Tarik Tali untuk Semua.




(Delayed posting)27/09 - Alhamdullilah selesai Klinik Asas Tarik Tali (Tug-of-War) & Training of Trainers (TOT) Siri 2 y...
04/10/2025

(Delayed posting)
27/09 - Alhamdullilah selesai Klinik Asas Tarik Tali (Tug-of-War) & Training of Trainers (TOT) Siri 2 yg telah diadakan di SMK Idris Shah, Gopeng (selaku Pusat Latihan Sukan Tarik Tali Kinta Selatan).

Syabas kepada sekah- sekolah yang terlibat pada kali ini. Antaranya:

1. SMK Tambun, Ipoh (Kinta Utara)
2. SMK Raja Lope Nor Rashid, Parit Buntar (Kerian)
3. SMK Raja Chulan, Ipoh (Kinta Utara)
4. SMK Idris Shah II A, Gerik (Hulu Perak)
5. SMK Idris Shah II B, Gerik (Hulu Perak)
6. SMK Hamid Khan, Tapah (Batang Padang)
7. SMK Bendahara CM Yusuf, Batu Gajah (Kinta Selatan)
8. SMK Idris Shah, Gopeng (Kinta Selatan)
9. SMK Seri Teja, Gopeng (Kinta Selatan)

Tahniah juga kepada pasukan yg telah berjaya dalam Mini Tournament yg telah diadakan pada hari yang sama.

Terima kasih tidak terhingga kepada YB Tan Kar Hing kerana telah membantu dari segi bantuan dana bagi kejayaan Klinik Asas pada kali ini, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Unit Pembangunan bakat Murid (Sukan), Tuan Pengetua SMK Idris Shah Gopeng selaku tuan rumah, dan semua AJK/Urusetia Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA terutamanya Presiden YBhg. Datuk Hj MHussin Abd dan Sdr. SU Ahmad Zulkarnaen Ahmad Diah yg membantu menjayakan program ini.

Kesungguhan para pemain pelapis daripada sekolah-sekolah yang menyertai Klinik Asas kali ini amat tinggi dan berjaya diasah. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan potensi dan keyakinan diri mereka, malah turut membuka ruang untuk mendekatkan generasi muda terutama remaja kepada sukan Tug-of-War sebagai satu sukan alternatif utama di peringkat sekolah, khususnya di daerah Kinta dan seterusnya di seluruh negeri Perak.







PPD Kinta Utara, Lebuh Cator, Ipoh
PPD Kinta Selatan
Ppd Hulu Perak
Ppd Hulu Perak Gerik
Pejabat Pendidikan Daerah Kerian
PPD Batang Padang

Hari Sukan Negara (HSN) 2025Peringkat Kebangsaan. - Sabtu & Ahad 11 dan 12 Oktober 2025- Stadium Ragbi Perak, Kompleks S...
16/09/2025

Hari Sukan Negara (HSN) 2025
Peringkat Kebangsaan.
- Sabtu & Ahad 11 dan 12 Oktober 2025
- Stadium Ragbi Perak, Kompleks Sukan MBI, Ipoh, Perak Darul Ridzuan





29/08/2025

Saksikan pelaksanaan Klinik Asas Tarik Tali anjuran Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta pada 23 Ogos 2025 bertempat di SMK Raja Chulan Ipoh, Ipoh (Pusat Latihan Daerah Kinta Utara).



✨ Selamat Datang! ✨Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA   dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pen...
22/08/2025

✨ Selamat Datang! ✨

Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengalu-alukan kehadiran semua pelajar ke Program Klinik Asas Sukan Tarik Tali & Training of Trainers (TOT) Siri 1/2025 πŸŽ‰

πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: SMK Raja Chulan, Ipoh

Semoga para peserta mendapat ilmu, pengalaman dan semangat baharu dalam sukan tarik tali. πŸ’ͺπŸ”₯

12/08 - Alhamdullilah usai Mesyuarat AJK Bil. 02/2025 bagi Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA. Mesyuarat kali ini ...
14/08/2025

12/08 - Alhamdullilah usai Mesyuarat AJK Bil. 02/2025 bagi Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA. Mesyuarat kali ini membincangkan pelaksanaan Klinik Asas Tarik Tali & Training of Trainers (TOT) Siri 1 dan Siri 2 yang mana melibatkan penyertaan 11 buah sekolah bagi setiap siri. Penglibatan secara total 22 sekolah dengan penyertaan dianggarkan seramai 220 org peserta. Pelajar-pelajar akan mendapat markah koko PAJSK peringkat negeri dengan penglibatan sekolah-sekolah dari 5 buah daerah.

Tujuan utama Klinik Asas ini adalah bagi mencari pelapis remaja dikalangan pelajar dan jurulatih (guru) di sekolah menengah bagi sukan Tarik Tali (atau dikenali Tug-of-War di peringkat antarabangsa, kini mendapat tempat sebagai sukan demo di SEA Games 2025).

Moga usaha murni yang julung kali diadakan ini membuahkan hasil terutama dalam persiapan sukan demo di SUKMA akan dtg dan Sukan Perak-SUPER. Doakan dipermudahkan segala urusan kami. InsyaAllah.





IPOH | 14 JULAI 2025Pada 14 Julai yang lalu satu sesi perbincangan antara En. Hisham - Penolong Pengarah Unit Pembanguna...
02/08/2025

IPOH | 14 JULAI 2025

Pada 14 Julai yang lalu satu sesi perbincangan antara En. Hisham - Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan). Wakil Persatuan dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. MHussin Abd - Presiden Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta dan En. Ahmad Zulkarnaen Ahmad Diah selaku Setiausaha. Sesi perbincangan ini ada rentetan dari Kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 10 Jun yang lalu. Pada dasarnya Pihak JPN bersetuju dengan pelan strategik pembangunan Sukan Tarik Tali yang dibawa dengan Projek Rintis akan diadakan di Pusat Latihan Daerah (PLD) Persatuan didalam masa yang terdekat.




10 Jun 2025 | Ipoh, PerakKunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Persatuan Tarik Tali Daerah Kin...
16/06/2025

10 Jun 2025 | Ipoh, Perak

Kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA diwakili oleh Presiden Datuk Haji MHussin Abd , Setiausaha Sdr. Ahmad Zulkarnaen Ahmad Diah dan Bendahari Sdr. Muhammad Yusshamrin. Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs. Tuan Safuan Haji Rabaai kerana telah menerima kehadiran kami.

Antara matlamat perjumpaan dengan Tuan Pengarah JPN adalah membawa agenda pembangunan pelapis remaja (sekolah) bagi Sukan Tarik Tali (atau juga dikenali dgn nama Tug-of-War di peringkat antarabangsa). Pembangunan sukan Tug-of-War akan bermula dari peringkat Daerah supaya atlit pelapis boleh diketengahkan di peringkat negeri dan kebangsaan, serta mewujudkan Pusat Latihan Daerah dalam Kinta Utara dan Kinta Selatan. Tambahan, sukan Tug-of-War sudah menjadi sukan demo di Sukan SEA 2025, Thailand. Moga SUKMA akan dtg juga akan mengetengahkan sukan demo Tug-of-War dan dapat menampilkan pasukan dikalangan atlit pelapis remaja ToW mewakili negeri Perak.
βœ…πŸ€
Majlis Sukan Daerah Kinta



Address

Ipoh
31400

Telephone

+60108609713

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Tarik Tali Daerah Kinta - KTWA:

Share

Category