Perak FA

Perak FA Laman Facebook Rasmi Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PERAK FA)

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (Perak FA) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan dan pasukan ini juga tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.

27/04/2025
26/04/2025
PROGRAM PEMILIHAN TERBUKA PEMAINSUKMA PERAK 2025-2026.Berikut Sesi Jadual yang telah ditetapkan.
26/04/2025

PROGRAM PEMILIHAN TERBUKA PEMAIN
SUKMA PERAK 2025-2026.

Berikut Sesi Jadual yang telah ditetapkan.




Tahniah !!!YBhg Dato Haji Mohd Azhar Bin JamaluddinLantikan Ahli Jawatankuasa Pembagunan PerniagaanAhli Jawatankuasa Pen...
25/04/2025

Tahniah !!!
YBhg Dato Haji Mohd Azhar Bin Jamaluddin

Lantikan
Ahli Jawatankuasa Pembagunan Perniagaan
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset
Ahli Jawatankuasa Padang
Oleh Perbadanan Stadium Malaysia

🔥 *JOM JADI BINTANG SUKMA 2026 BERSAMA PAFA!* ⚽  "PAFA sedang menjelajah ke seluruh daerah di Perak untuk mencari bakat ...
20/04/2025

🔥 *JOM JADI BINTANG SUKMA 2026 BERSAMA PAFA!* ⚽

"PAFA sedang menjelajah ke seluruh daerah di Perak untuk mencari bakat muda yang berpotensi menyertai skuad SUKMA kali ini!"

– *Dato’ Hj Mohd Azhar Bin Jamaluddin*
Tim Presiden FAM
Presiden PAFA

- *Daerah mana?* *Kami akan datang ke lokasi ANDA!*

📍 *Turun ke seluruh daerah Perak*

Jangan lepaskan peluang *wakili negeri* dan *jadi legenda bola sepak masa depan*!
👉 *Tag rakan yang berbakat atau share post ini supaya lebih ramai tahu!*





*PerakFA Official* 🟡⚫

*Lets chase glory for Perak!* 🏆

19/04/2025

PAFA fokus pembangunan bola sepak berintegriti, sasar kejayaan Sukma 2026 MG Perak PAFA fokus pembangunan bola sepak berintegriti, sasar kejayaan Sukma 2026

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI PERAK (PAFA) PAFA FOKUS PADA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK BERINTEGRIT...
19/04/2025

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI PERAK (PAFA)

PAFA FOKUS PADA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK BERINTEGRITI

Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Sukan Negeri Perak (MSN) atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tanggungjawab membentuk pasukan bolasepak negeri bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Sebagai komitmen menjayakan mandat ini, PAFA telah melaksanakan langkah strategik dengan melantik Dato’ Ahmad Sabri Mohamed, Pengarah SPRM Negeri Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Integriti PAFA, sebagai Pengurus Pasukan SUKMA 2026. Beliau, yang baru-baru ini berjaya memimpin pasukan ke arah kejayaan gemilang dengan merangkul Piala Emas Raja-Raja 2024, akan dibantu oleh Saudara Zainal Anuar Hj Abdul Rashid (Cikgu Zainal) selaku Penolong Pengurus. Cikgu Zainal bukanlah nama asing dalam arena pengurusan pasukan, dengan pengalaman selama 2 tahun sebagai Pengurus Pasukan Presiden dan 3 tahun sebagai Timbalan Pengurus, membuktikan kredibilitinya dalam mengurus skuad berprestasi tinggi.

Dari sudut kepakaran teknikal, pasukan akan dibimbing oleh Saudara Syamsul Mohd Saad @ Choi, jurulatih berpengalaman yang pernah mengharumkan nama negeri dan negara sebagai pemain kebangsaan. Gabungan pengalaman, integriti, dan kecekapan trio ini diyakini mampu membentuk pasukan yang kompetitif serta berdaya saing untuk menjuarai SUKMA 2026.

Bagi memastikan keberhasilan misi ini, PAFA akan mengadakan program pencarian bakat muda ke seluruh daerah di Perak. Inisiatif ini bertujuan mengenal pasti pemain-pemain berbakat yang berpotensi menyumbang kepada kecemerlangan skuad SUKMA, sekaligus membentuk aset jangka panjang untuk pembangunan bola sepak negeri dan negara.

PAFA menegaskan bahawa selain sasaran meraih podium di SUKMA, fokus utama adalah melahirkan pemain yang bukan sahaja berkualiti dari segi kemahiran, tetapi juga berpegang teguh pada nilai integriti dan disiplin tinggi. Langkah ini selari dengan visi PAFA untuk membangunkan ekosistem bolasepak yang mampan dan berdaya tahan.

“Kami percaya, dengan sokongan padu semua pihak, pasukan ini bukan sekadar akan bersaing di SUKMA, tetapi juga menjadi pemangkin kepada kelahiran generasi pemain berwibawa yang mampu mengharumkan nama Perak dan Malaysia di peringkat lebih tinggi,” ujar Dato’ Hj Mohd Azhar Bin Jamaluddin, Presiden PAFA.





BERSAMA PERAK, BERSAMA KECEMERLANGAN!

Dato’ Hj Mohd Azhar Bin Jamaluddin
Naib Presiden FAM
Presiden PAFA

🔥 *JOM RAMAIKAN KARNIVAL BOLA SEPAK PERAK SEJAHTERA!* ⚽  Tak kiralah anda pemain, penyokong, atau sekadar pencinta bola ...
17/04/2025

🔥 *JOM RAMAIKAN KARNIVAL BOLA SEPAK PERAK SEJAHTERA!* ⚽

Tak kiralah anda pemain, penyokong, atau sekadar pencinta bola sepak, ini acara wajib hadir!
🎯 *Apa yang MENARIK?*
- Latihan eksklusif untuk komuniti *OKU & Wanita*!
- *Perlawanan antara* PAFA vs PB Tapah!
- Kehadiran *YAB Dato Seri Saarani Menteri Besar Perak*!

📅 *19 April 2025* | 🕑 *2.00 Petang - 7.00 Malam*
📍 *SMK Air Kuning*

Jangan lepaskan peluang *saksikan & sertai* kempen * * yang penuh semangat inklusif!
👉 *Share, tag rakan, dan datang beramai-ramai!*




*PerakFA Official* 🟡⚫

Perak Fa merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia...
14/04/2025

Perak Fa merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Kami mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah


⚪️🟡⚫️PEMILIHAN PEMAIN FUTSAL LELAKI SUKMA NEGERI PERAK 🗓️Tarikh : 3 MEI 2025 (Sabtu)🗺️Tempat : Jabatan Belia dan Sukan N...
29/03/2025

⚪️🟡⚫️
PEMILIHAN PEMAIN FUTSAL LELAKI SUKMA NEGERI PERAK

🗓️Tarikh : 3 MEI 2025 (Sabtu)
🗺️Tempat : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
⌚Masa : 7:30 Pagi

Note :
- Sila scan QR CODE pada Poster untuk pendaftaran
- Tarikh tutup pendaftaran pada 26 April 2025. Jika tidak membuat pendaftaran mengikut tarikh yang di tetapkan pemain tidak dibenarkan turut serta dalam pemilihan ini.

Address

70A, Jalan KAMARUDDIN ISA, FAIR PARK
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perak FA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perak FA:

Share

Category