22/08/2026
πππππππ ππππππππππ πππππ ππππππππππππ πππππππ ππ ππππ πππππππ, ππππ πππππ, πππππ ππππππ πππππππππ πππππππππ πππππ ππππππππππππ ππππππ πππππ (πππππ)
πππ«π’π€π‘ : ππ ππ π¨π¬ ππππ
πππ¦π©ππ : ππ πππ«π’ πππ«πππ§π, ππ₯π¨π« πππππ«, πππππ‘
Seramai 57 orang guru telah menyertai Seminar Pengenalan Sukan Orienteering anjuran SK Seri Perdana melibatkan penyertaan guru-guru daripada SK Seri Perdana, SK Dato' Shaari, SK Kota Rentang dan SK Hutan Kampong.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan asas kepada guru-guru mengenai sukan orienteering sebagai salah satu aktiviti sukan dan kokurikulum yang boleh dilaksanakan di sekolah.
Sepanjang program, para peserta didedahkan beberapa aspek asas sukan orienteering termasuk pengenalan sukan orienteering, jenis-jenis peta dan kompas, peralatan serta peraturan pertandingan sukan orienteering.
Para peserta turut mengikuti sesi teori dan amali penggunaan kompas secara praktikal, simulasi Maze Orienteering dan simulasi pertandingan orienteering.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform kepada para guru untuk memperkenalkan sukan orienteering kepada murid di sekolah masing-masing. Pendedahan secara berterusan juga diharapkan dapat melahirkan lebih ramai murid yang berminat dan mempunyai kemahiran asas dalam sukan orienteering.
π»πππππ πππππ ππππ ππππππππ,
πΊπππππ π©πππππππππ.