Kampung Balar

Kampung Balar Penduduk kampung Balar

01/09/2025
Saya nak kongsi ilmu mengenai "Tong Gas" bila pasang kepala gas untuk gas yg baru,lepas tu ada bunyi gas keluar..cara at...
12/07/2024

Saya nak kongsi ilmu mengenai "Tong Gas" bila pasang kepala gas untuk gas yg baru,lepas tu ada bunyi gas keluar..cara atasi👇👇

Step 1...getah hitam kat dlm kepala gas tu...

Step 2...keluarkan getah tu guna pisau ke apa2 saja benda yg tirus,yg boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tuu..

Step 3: bila dah keluar terbalikan getah hitam tu,lepas tu masukkan semula

Step 4...tekan terus bg rapat guna jari pon boleh...

*kalau tak ada getah langsung dalam kepala gas tu boleh ambil dari tong gas yg lain masukkan dalam tuu

*Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yg sepatutnya untk tengokkan...

Edit:
Ramai jugak yg guna cara lilit getah di kepala luar tu ye...itu pun memang membantu dan berkesan...tapi kalau ikut kata suami saya dia x galakkan sya pun x tau la kenapa...😅
*suami saya bekerja bahagian gas memasak🤭

Kredit: Arm Ika

Bunyi macam “BOTAK” 😂
06/07/2023

Bunyi macam “BOTAK” 😂

29/06/2022

???

19/09/2021

☺️☺️

IPD Gua Musang Kelantan - 02/03/2021Op. Khas Kesalahan Bunyi Bising (Ubah Suai Ekzos)Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan ...
02/03/2021

IPD Gua Musang Kelantan - 02/03/2021

Op. Khas Kesalahan Bunyi Bising (Ubah Suai Ekzos)

Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang sedang melaksanakan operasi menyeluruh Op. Khas kesalahan bunyi bising atau ubah suai ekzos menyebabkan bunyi bising bermula Isnin di sekitar Daerah Gua Musang

Op. Khas secara bersepadu dengan JPJ & JAS ini akan dilaksanankan di semua kawasan tumpuan dalam Daerah Gua Musang termasuk kawasan kampung & kawasan perumahan.

Pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan)1959 (LN 170/1959).

“Individu disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000,”.

Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang menasihatkan pemilik kenderaan sama ada motosikal, kereta atau lori yang melakukan pengubahsuaian pada ekzos diminta mengubah kembali kepada asal bagi mengelakkan induvidu berkenan diambil tindakan.

Sumber : IPD Gua Musang

Anak Orang Asli, Hizai­tey Asra Anak Hadi, 16, memendam cita-cita besar untuk bergelar peragawati profesional suatu hari...
07/02/2021

Anak Orang Asli, Hizai­tey Asra Anak Hadi, 16, memendam cita-cita besar untuk bergelar peragawati profesional suatu hari nanti.

Biarpun masih di bangku sekolah, anak jati Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting di Selangor itu sudah membuat pe­rancangan mengenai profesion tersebut.

Misi utama remaja suku Temuan itu adalah bagi membuktikan golongan minoriti tersebut juga mampu berjaya dalam dunia peragaan.

Bagi mengorak langkah menggapai cita-citanya itu, Hizaitey menyertai Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli secara online yang dianjurkan pada bulan lalu.

Keputusan pertandingan anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal perak (PKKOAP) itu akan diketahui pada 28 Februari ini.

Ikuti temu bual wartawan Kos­mo! Ahad bersama Hizaitey bagi mengetahui lebih lanjut mengenai gadis genit itu:

Kosmo! Ahad: Bagaimana mengetahui mengenai Pertan­dingan Pakaian Tradi­sional Orang Asli Online?
Hizaitney: Kakak saya, dia memberi sokongan dan membantu saya dalam menyertai pertandi­ngan ini.

Mengapa memilih menyertai pertandingan ini?
Saya mahu mencabar kemampuan diri dan mempersembahkan pakaian tradisional Orang Asli kepada masyarakat umum.

Bagaimana dengan soko­ngan ibu bapa?
Mereka bertungkus lumus menyediakan anyaman untuk dipakai oleh saya. Guru sekolah iaitu Cikgu Rohaizat dan adiknya p**a mera­kam gambar saya bagi menyertai pertandingan ini.

Adakah kamu bercita-cita menjadi peragawati terkenal?
Ya. itu memang cita-cita saya. Jika ada rezeki saya mahu membuktikan masyarakat Orang Asli juga mampu bergelar peragawati.

Bagaimana p**a dengan pelajaran?
Walaupun bercita-cita untuk menjadi model, saya tetap fokus dalam bidang akademik dan mahu melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Saya mahu menjadi peragawati yang berilmu.

Pengalaman kamu me­­ngikuti pembelajaran secara online?
Saya akui memang tidak mudah, kadangkala tiada ta­lian internet dan perlu ber­kongsi tele­fon bimbit dengan dua adik. Saya rindu untuk kembali ke sekolah berjumpa de­ngan kawan-ka­wan dan guru.

Mengenai ma­sa­­lah sosial dalam ka­langan remaja, apa pendapat kamu?
Apa yang boleh saya kata hindari perkara yang tidak baik. Sebagai remaja kita perlu berhati-hari memilih kawan dan mende­ngar nasihat ibu bapa.

Harapan un­tuk ma­syarakat Orang Asli?
Saya berharap anak-anak masyarakat Orang Asli termasuk saya akan berjaya dalam kehidupan dan buktikan kami juga mampu dan beroleh kejayaan.

27/01/2021

😁

Terkini!!Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mungkin akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawa...
24/01/2021

Terkini!!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mungkin akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari 2021.⁠

Kredit:

Address

Kampung Perawas 2 RPS Pos Balar Gua Musang Darul Naim
Gua Musang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Balar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category