20/07/2026
Sekitar Program Kursus Asas Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan telah berjaya dilaksanakan pada 17 – 20 Jun 2026 bertempat di Gua Madu Batu Papan Gua Musang dengan penyertaan seramai 25 orang peserta.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) dan Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan.
Program ini turut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Presiden PJRM serta Presiden Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas rekreasi luar, kepimpinan serta semangat kerjasama melalui aktiviti yang mencabar dan berstruktur.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.