Gecku

Gecku Outdoor Education Specialist

Throwback hari ni.Teambuilding bersama Universiti Teknologi Petronas staff.Thanks Kem Murni Gopeng bagi peluang kami unt...
03/08/2019

Throwback hari ni.Teambuilding bersama Universiti Teknologi Petronas staff.Thanks Kem Murni Gopeng bagi peluang kami untuk beraksi...lama dh x beraksi.



Throwbac.. Huhuhu..
30/09/2018

Throwbac.. Huhuhu..

30/09/2018

Attend site visit customer.. Terbaik.. Tggu program mereka.. Chiaaa

30/09/2018

Tahniah... Next project.. Nanti kan..

29/09/2018

Throwback pagi td. Teambuilding dgn cikgu2 Sekolah Kebangsaan Tasek.. Enjoy, sporting dan harap dpt tgglkan kenangan yg manis utk para pendidik ni.. Thanks cikgu yg sporting sgt.Walaupun kami lg muda dr cikgu tp kerjasama cikgu amat dihargai..

16/09/2018

Bukit Batu Suluh.. Selamat hari malaysia.. Anjuran Ventrex «VOR» Outdoor Recreation.Terbaik. hike

Selesai sudah projek daki batu putih anjuran MESCO..Thanks Mesco beri kepercayaan pada gecku untuk memandu arah bukit ba...
01/09/2018

Selesai sudah projek daki batu putih anjuran MESCO..Thanks Mesco beri kepercayaan pada gecku untuk memandu arah bukit batu putih..

DONE✔SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR PUTEH IPOH..TEAM BUILDING..28.4.201860 pax..Kami dan Cikgu.Di sekolah, cikgu adala...
29/04/2018

DONE✔

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR PUTEH IPOH..

TEAM BUILDING..

28.4.2018

60 pax..

Kami dan Cikgu.

Di sekolah, cikgu adalah cikgu tapi berbeza p**a dalam 'outdoor education'. Cikgu bukan lagi cikgu. Siapa cikgu? Kamilah cikgu.

Alhamdulillah selesai 'kerja sekolah' kami pada minggu ni. Team building yang direncanakan berjalan lancar dengan izin Allah.

5 checkpoints hari ni merangkum beberapa aspek; kemahiran berfikir aras tinggi, kesabaran, kerjasama, ketekunan dan kepercayaan antara satu sama lain.

Dapat ke idak cikgu cikgi kita ni capai objektif program? Ehhhh mestilah. Tengok gambar pun tahu diorang ni having fun in learning dengan cara alternatif 😉.
Juan up gambo yg ada je. Gambo lain x dapat dikesan.. kikihkihkihh...

GECKU OUTDOOR EDUCATION✌Semua Org Mendaki Namun Tidak Semua Mempunyai Cara Yg Sama Berdasarkan Faktor Keupayaan Badan At...
21/12/2017

GECKU OUTDOOR EDUCATION

✌Semua Org Mendaki Namun Tidak Semua Mempunyai Cara Yg Sama Berdasarkan Faktor Keupayaan Badan Atau Pengalaman. Mungkin Anda Boleh Cuba Yg Ini P**a, Simple Tp Bukan Hipster , Hihihi..

1 - Makan Berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat ,badan bersedia bukan dlm situasi perut kosong.

2 - Warming Up / Personal Warming Up itu wajib ... Basic ne semua org perlu tau.Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu .

3 - Doa secara kump**an untuk baraqah , tambah la doa untuk diri sendiri & jaga adab serta nawaitu .

4 - Pengamalan dlm trek , PERNAFASAN terutama kawasan sejuk elakkan banyak bernafas dengan mulut menyebabkan rongga mulut kering faktor kekerapan nak minum bila mulut/tekak kering & Mulut tiada filter Seperti Hidung .

5 - Kerap PERNAFASAN dgn mulut sangat tidak baik , Kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga menganggu ransangan darah dlm badan & cepat lemah .

6 - Minum air , kekerapan minum air lebih dr keperluan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat . Jika dikawasan sejuk kerap membuang air , badan kita juga kehilangan haba dlm badan dengan cepat sbb kerap buang air.

7 - Posisi PERGERAKAN , kawasan landai dengan jalan langkah besar & kawal penafasan , Menurun p**a dengan kaki lebih berposisi terbuka , kekuda kaki . Mendaki jgn kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8 - Elakkan berhenti rehat ditengah laluan pacak , faktor keselamatan & untuk memulakan semula selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dptkan momentum.

9 - Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat , kecuali anda seorang yg terlatih & tau sport massage. Lebih baik diamalkan dgn melunjur kaki & releks sambil regangkan otot untuk rehat - serta kelancaran perjalanan darah dlm bdn. Tak tahu takpe tp jgn memandai2.

10 - Elakkan ambil ubat pemakanan tanpa nasihat doktor . Bab ubat ne baik standby sendiri & maklumkan pd rakan ubat peribadi anda disimpan dimana .

11 - Habis / Selesai pendakian buat la warming down .. sebelum nak tawan semua puncak , tawan dulu keperluan kepentingan badan anda.

Jangan mengejar padu ,kejar lah ilmu , kita berpotensi lebih lama dlm hobi ini....


.juan

*gambar sekadar hiasan*

GECKU OUTDOORILMU..✌Hari ni nak share topik berkenaan PARANG. Saya bukanlah seorang pengumpul parang. Penulisan ini adal...
07/12/2017

GECKU OUTDOOR

ILMU..✌

Hari ni nak share topik berkenaan PARANG. Saya bukanlah seorang pengumpul parang. Penulisan ini adalah berdasarkan pendapat peribadi sebagai pengguna parang untuk tujuan melakukan kerja dan sebagai pelengkap keselamatan diri ketika melakukan aktiviti di hutan.

Soalan 1 - Kenapa anda memiliki parang?

Bagi saya, parang adalah senjata, dan parang adalah alat di badan yang perlu saya ada bagi memudahkan kerja menebas semak dan pembersihan trek yang terhalang oleh pokok atau dahan yang melintang di denai hutan.

Soalan 2 - Parang bagaimana saya gunakan?

Pemilihan senjata atau sesuatu alatan hendaklah bersesuaian dengan penggunaan. Maka lahirlah pelbagai jenis parang yang berlainan saiz ketebalan, bentuk mata, panjang serta pelbagai kekuatan besi. Jika untuk membuat kerja-kerja mencantas, saya lebih selesa untuk membawa sebilah parang 'kebun' yang mempunyai ketebalan 4-5mm. Besi tempa sepuhan minyak jenama Bidor yang diperbuat daripada besi SUP9A sahaja yang menjadi pilihan untuk kegunaan lasak.

Soalan 3 - Panjang bilah parang.

Bilah parang yang sesuai adalah sekitar 10-12 inci. Panjang bilah juga memainkan peranan penting dalam memberikan prestasi terbaik ketika bekerja dan mengurangkan risiko kecederaan pada anggota badan sendiri terutamanya tangan. Saya lebih selesa untuk mengukur parang berdasarkan ukur lengan sendiri.

Soalan 4 - Ketajaman parang.

Tahap ketajaman parang bergantung kepada 2 perkara iaitu GRED BATU ASAH dan juga DARJAH KETIRUSAN mata parang.Bahasa mudah faham, Kalau nak level ketajaman potong kertas boleh asah parang sampai mata jadi V (tirus). Nak buat kerja lasak p**a, asah bentuk A pun dah memadai. Mata parang pun tak cepat sumbing. Lebih-lebih lagi bila bagi pinjam pada orang yang tak mahir guna parang.

Soalan 5 - Jenis hulu parang.

Setakat yang saya tahu ada 2 jenis hulu parang. Pertama, hulu tanam (tak kisah kayu atau plastik) dan Kedua hulu kapit. Bilah parang hulu tanam ni biasanya ada puting dan dicucuk pada hulu kayu/plastik. Manakala hulu kapit p**a memerlukan bilah penuh (full-tang) dan dikapit dengan dua bahagian kayu di kiri dan kanan.

Saya lebih gemar menggunakan parang hulu tanam berbanding kapit kerana hulu tanam ni ada daya serapan hentakan. Cuma kelemahan hulu tanam ni biasanya mudah patah dan tercabut (bergantung pada cara pemasangan hulu itu sendiri).

Soalan 6 - Parang berjenama.

Tidak semua parang berjenama yang mempunyai nilai harga ratusan-ribuan ringgit itu bagus. Nilai harga parang bergantung kepada kesenian tukang itu. Biasanya parang koleksi nilainya memang tinggi. Ada yang puas memiliki sekadar untuk hiasan di pinggang ataupun dikeluarkan ketika upacara penyembelihan/melapah daging sahaja.

Soalan 7 - Perlu ada ke parang ketika mendaki?

Bagi saya, ianya merupakan satu keperluan (bukan kewajipan). Sekurang-kurangnya dalam satu kump**an memiliki sebilah parang sebagai persediaan berhadapan dengan rintangan/halangan di sepanjang perjalanan di dalam hutan.

Soalan 8 - bolehkah anda sambung karangan saya?

Berkongsi ilmu itu indah. Kita bukan sekadar pembaca malah ramai penulis dlm ni kan.. Terima kasih.

.

Address

Gopeng
31600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gecku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gecku:

Share