30/12/2021
BERHENTI BERJIMAT.
Dalam hidup, jom kita letak maksimum usia bila nak mula menikmati hidup?
Sebagai contoh, akak dan suami sendiri jimat dan ikat perut hingga usia 35 tahun aja. Selepas tu kami dah mula nikmati hidup. Tak de maknanya kami nak berjimat selamanya.
Nak pandu kereta apa? Beli.
Nak miliki rumah impian yang bagaimana? Dapatkan.
Malas masak dan kemas rumah? Helper ada.
Nak makan di tempat yang bagaimana? Pegi.
Nak bercuti berapa kerap setiap tahun? Buat.
Nak bahagia dan tunaikan impian orang yang kita sayang? Tunaikan.
Nak bersedekah, berbuat kebaikan sebanyak mana? Jangan bertangguh.
Dah tak de mood nak masuk office? Pencen makan gaji.
Nak pakai i-phone promax? Beli dua tiga sekaligus.
Mengikat perut selamanya adalah memenatkan. Cara paling mudah adalah tingkatkan income hingga walau hanya guna 50% daripada pendapatan kita masih kekal selesa.
Kita bukan hamba di planet bumi. Bukan hamba anak-anak. Nak ikat perut selamanya hingga diri dan pasangan tak memiliki nikmat hidup adalah melelahkan. ?
Menjaga kewangan bukan tentang berjimat selamanya. Tapi tentang menangguhkan keinginan 10 hingga 15 tahun awal hingga mampu reward hasilnya tanpa jatuh miskin.
Hari ini, letak matlamat. Berapa usia kita nak mula BERHENTI BERJIMAT tapi masih mampu menabung cash dan emas minima 50% daripada pendapatan?
Akak ulang ya… Menguruskan wang bukan bermakna berjimat selamanya. Tetapi delayed gratification hingga tahap nak miskin susah. Kemudian? Reward diri, bahagiakan orang tersayang, banyakkan saham akhirat dan nikmatilah hidup.
c/p