30/09/2019
Liga Perdana 2019 Persatuan Bolasepak Daerah Gerik
Perlawanan Akhir
Ahad | 29 September 2019 | 4.45 Petang
Padang Majlis Daerah Gerik
BAGAN BARU (4) FC VS BERSIA FC (2)
Alhamdulillah...Pasukan kita bergelar juara liga perdana gerik 2019 setelah berjaya menumpaskan pasukan Bersia FC pada perlawanan akhir petang semalam dengan jaringan gol 4 berbalas 2..Pada separuh masa pertama perlawanan semalam bersia fc mendahalui 1-0 dengan jaringan dari acuu..hasil dari usaha pemain2, pasukan bgb fc dapat menyamakan kedudukan 1-1 melalui jaringan faisal..kedua2 pasukan saling menyerang untuk mendapatkn gol..akhirnya melalui sepakan percuma dari faisal berjaya menerjah ke dalam gol bersia fc..selepas itu bersia fc dapat menyamakan kedudukan 2-2 hasil dari jaringan mohd ashraf..kedudukan trikat sehingga tamat separuh masa pertama..bermula separuh masa kedua bgb fc telah membuat pertukaran dengan mengeluarkan along dan memasukkan nizam..pemain ini berjaya mengucar kacirkan pertahanan bersia fc dengan larian deras beliau dan hantaran lintang yang cantik tapi gagal di sempurnakan penyerang2 bgb fc.akhirnya setelah berhempas pulas,bgb fc berjaya mendahului 3-2 hasil dari jaringan mudah dari mohd syafiq..pada babak akhir permainan mohd syafiq sekali berjaya menjaringkan gol hasil dari umpanan nizam dan menjadikan kedudukan 4-2 hingga wisel penamat...
Tahniah pasukan kita berjaya menjadi juara dan tahniah jugak pasukan bersia fc walaupun tewas tapi berjaya memberi tentangan sengit dan fair play..we all bersia nation..
Trima kasih pada penyokong2 yang sanggup datang dari kg bagan baru dan anak rantau kerana semata2 memberi sokongan yang padu untuk pasukan..trima kasih jugak pengurusan dan pemain2 bgb fc kerana menunjukkan semua juang yang tinggi untuk pasukan.. tahniah jugak pemain bgb fc iaitu mohd nizam kerana menjadi pemain 'man of the match' untuk perlawanan akhir..
# Liga Lokal Perak
# Persatuan Bolasepak Daerah Gerik