PYDC Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (Penang Youth Development Corporation @ PYDC) merupakan syarikat milikan kerajaan negeri Pulau Pinang.
(1)

Address
No. 1-02-01, Jalan Ahmad Nor, Pusat Dagangan Nova, 11600 Jelutong, Pulau Pinang. For further inquires, please do not hesitate to contact us at our office number +60124010186

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah mengadakan Sidang Media Rentak Belia Talent Show 2026 yang telah ...
22/07/2026

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah mengadakan Sidang Media Rentak Belia Talent Show 2026 yang telah disempurnakan oleh Daniel Gooi YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Rentak Belia Talent Show 2026 merupakan platform untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti belia Pulau Pinang dalam bidang seni persembahan, di samping membuka peluang kepada mereka untuk menyerlahkan potensi di pentas yang lebih luas.

Program ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM11,700 dan terbuka kepada belia Pulau Pinang berumur 15 hingga 35 tahun.

PYDC menjemput semua belia yang berbakat untuk menyertai pertandingan ini dan merebut peluang mempamerkan bakat di pentas Rentak Belia Talent Show 2026.





RENTAK BELIA TALENT SHOW 2026 🎤🕺🎸Adakah anda mempunyai bakat dalam muzik, tarian atau bakat unik yang ingin dipersembahk...
20/07/2026

RENTAK BELIA TALENT SHOW 2026 🎤🕺🎸

Adakah anda mempunyai bakat dalam muzik, tarian atau bakat unik yang ingin dipersembahkan? Inilah peluang anda untuk menyerlah!

💰 Hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM11,700 menanti para pemenang!

🗓️Tarikh Pendaftaran & Penyerahan Video:
20 Julai – 31 Ogos 2026

🎬 Hanya rakam video penyertaan berdurasi 3 minit dan hantar mengikut kategori pilihan anda.

🏆 Tiga (3) kategori utama dipertandingkan:
🎵 Muzik
💃 Tarian
⭐ Bebas

Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan dan kategori boleh dirujuk melalui borang pendaftaran.

📍 Peringkat Akhir
🗓️ 17 Oktober 2026
📍 Extension Wing, Gurney Plaza

🔗 Daftar sekarang!
https://forms.gle/hUHfjW2cmda15vGy8

Jangan lepaskan peluang untuk mempamerkan bakat anda, bawa pulang hadiah lumayan dan menjadi antara bintang bakat belia baharu Pulau Pinang! 🌟



PYDC berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak ViTrox College  bagi membincangkan potensi kerjasama dalam m...
18/07/2026

PYDC berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak ViTrox College bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memperluaskan peluang latihan, pembangunan kemahiran dan kerjaya untuk belia.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada belia untuk meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka pada masa hadapan.



Program Career Discovery telah berjaya dilaksanakan bersama- sama pelajar Tingkatan 6 SMK Penanti. Program ini merupakan...
17/07/2026

Program Career Discovery telah berjaya dilaksanakan bersama- sama pelajar Tingkatan 6 SMK Penanti. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) KADUN Penanti dengan kerjasama PYDC dan PERKESO MYFutureJobs.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai laluan kerjaya, peluang pekerjaan, skim perlindungan pekerja serta perancangan masa depan yang lebih jelas dan terarah.

Semoga perkongsian yang diberikan menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus membina potensi diri, membuat pilihan kerjaya yang tepat dan melangkah yakin ke alam pendidikan tinggi serta dunia pekerjaan.





Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Uta...
11/07/2026

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9 pada 11 Julai 2026 bersamaan 25 Muharram 1448H.

Semoga Tuan Yang Terutama Tun dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT untuk meneruskan amanah memayungi Negeri Pulau Pinang dengan penuh kebijaksanaan dan kewibawaan.

Tulus ikhlas daripada Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) bersama Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 telah mengadakan lawatan ke ...
10/07/2026

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) bersama Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia sebagai platform pendedahan kepada sistem demokrasi berparlimen, proses penggubalan dasar serta peranan institusi legislatif dalam pembangunan negara.

Delegasi turut berpeluang mengadakan sesi kunjungan dan perkongsian bersama Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat; serta YB Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pemimpin atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan delegasi, berkongsi pandangan serta memberi inspirasi kepada Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 mengenai kepimpinan, tadbir urus dan peranan belia dalam pembangunan negara.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh kefahaman peserta terhadap institusi Parlimen serta menyemarakkan semangat kepimpinan, kenegaraan dan penglibatan aktif belia dalam membina masa depan negara yang lebih progresif.



Program Keusahawanan Belia Bestari ( B-Best) @ Rakan Niaga Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026🔥Kepada belia lepasan...
10/07/2026

Program Keusahawanan Belia Bestari ( B-Best) @ Rakan Niaga Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026🔥

Kepada belia lepasan tahfiz dan belia luar bandar yang berumur 18 - 30 tahun yang berminat untuk mempelajari ‘KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK’ yang berpotensi untuk peserta mewujudkan peluang penciptaan pekerjaan dan mampu menjana pendapatan bolehlah memohon untuk menyertai Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) @ Rakan Niaga Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026.

Program ini membuka peluang kepada peserta untuk peningkatan tahap pengetahuan dan kesedaran keusahawan belia, penguasaan kemahiran dalam bidang yang dipilih dan bidang keusahawanan secara praktikal, dapat meningkatkan keyakinan diri peserta utk menceburi bidang keusahawanan serta dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan.

Inilah masa untuk memperlajari latihan kemahiran dalam KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK bertempat di KOLEJ TEKNOLOGI TERMAJU (ADTEC JTM) KAMPUS NIBONG TEBAL (ILP NIBONG TEBAL) . pada 18 – 20 Julai 2026 (SIRI 1)

📢Sesiapa yang berminat boleh segera memohon melalui QR kod pendaftaran yang terdapat di poster hebahan. Penyertaan hanya terhad untuk 30 orang sahaja. Penerimaan peserta berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan dan akan dipilih berdasarkan kepada peserta terawal mendaftar.

⏳Penyertaan adalah percuma. Tenaga pengajar bertauliah, tempat yang sesuai dan makan minum akan disediakan oleh pihak penganjur sepanjang program ini berlangsung. Rebutlah peluang ini.

Keterangan lanjut hubungi 0125619425 (Puan Siti Rohani)

Link pendaftaran : https://forms.gle/YyjX5iG3qs6FRVfPA




.my

🔥☕ SEMBANG SANTAI BERSAMA ANAK MUDA PULAU BETONG ☕🔥Jom lepak, sembang, berkongsi idea dan kenal lebih ramai anak muda da...
09/07/2026

🔥☕ SEMBANG SANTAI BERSAMA ANAK MUDA PULAU BETONG ☕🔥

Jom lepak, sembang, berkongsi idea dan kenal lebih ramai anak muda dalam suasana santai!

💬 Apa yang menarik? ✅ Sesi sembang santai 🔥 BBQ disediakan 🤝 Tambah kenalan & jaringan 💡 Kongsi idea demi pembangunan belia Pulau Betong

📅 Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan MPKK Pondok Upeh

🎯 Semua belia dijemput hadir! Tak kira pelajar, belia bekerja, usahawan atau yang baru nak berjinak dalam aktiviti komuniti.

📝 Daftar sekarang: https://forms.gle/p31WrJGh7zF9URWe8

📢 Tempat adalah terhad! Daftar awal dan jangan lupa ajak kawan-kawan. Datang untuk sembang, balik dengan idea, kenalan baharu dan perut kenyang! 🔥🍢



PYDC bersama Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 berpeluang berkunjung ke Impact Malaysia sebagai sebahagian daripada usa...
09/07/2026

PYDC bersama Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 berpeluang berkunjung ke Impact Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan strategik serta mendapatkan pendedahan terhadap inisiatif pembangunan belia di peringkat nasional.

Kunjungan ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengupayaan belia, pembangunan kepimpinan, inovasi sosial serta pendekatan baharu dalam melibatkan golongan muda sebagai rakan strategik dalam pembangunan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Impact Malaysia atas kesudian menerima kunjungan ini serta berkongsi pandangan dan pengalaman yang amat bermakna.



PYDC bersama Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 telah mengadakan kunjungan hormat ke Selangor Youth Community (SAY)   se...
08/07/2026

PYDC bersama Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 telah mengadakan kunjungan hormat ke Selangor Youth Community (SAY) sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai pelaksanaan inisiatif pembangunan belia di peringkat negeri.

Kunjungan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi gerak kerja, pengalaman serta pendekatan dalam memperkasa penyertaan belia melalui pelbagai program pembangunan belia dalam semua aspek.

Semoga hubungan strategik yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi belia yang progresif, berdaya saing dan bersedia memacu pembangunan negeri serta negara.

Terima kasih kepada SAY atas sambutan mesra dan perkongsian yang amat bermakna.




Address

8-3-09, Sunny Point Complex, Kampung Batu Uban, Gelugor
George Town
11700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60124010186

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PYDC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share