Arena Penang FC

Arena Penang FC It's all about football..! Haria Penang Haria..!

18/08/2025

Kita merancang dengan usaha, kita memohon dengan doa..! Doa jadi sandaran, usaha jadi jalan..!

14/01/2023

𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗖

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara pasukan Penang FC menentang Manjung City FC di Stadium Negeri Pulau Pinang,Batu Kawan .

Siaran langsung berbayar dengan harga hanya RM 3.90 disediakan kepada para penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium..!

⚔️ PENANG FC v MANJUNG CITY FC
🗓️ 14 Januari 2023 | Sabtu | 8:45 Malam
🏟️ Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
📺 Siaran langsung berbayar :- https://fb.me/e/2DcXqilFe?mibextid=RQdjqZ

Kepada penyokong yang ingin hadir ke stadium , masuk adalah percuma..!

Sempoi..!
14/01/2023

Sempoi..!

Yang berkesempatan ayuh sama-sama mengimarahkan program nie!
14/01/2023

Yang berkesempatan ayuh sama-sama mengimarahkan program nie!

CERAMAH PERDANA

Bersama Ustaz Wadi Anuar, Penang FC dan Kaki Jersi Dot Com juga akan bersama mengimarahkan program di Masjid Negeri Pulau Pinang pada Sabtu ini.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir..!

24/10/2022

𝗧𝗠 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗣𝗨𝗦𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟭𝟲)

𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗖 𝘃𝘀 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚 𝗖𝗜𝗧𝗬 𝗙𝗖
26 Oktober 2022 | Rabu | 9:00 Malam
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Bagi perlawanan TM Piala Malaysia pada hari Rabu ini, tiket fizikal bagi semua zon akan dijual di pintu masuk ZON C Stadium Bandaraya.

Penjualan bermula pukul 6.30 petang sehingga pukul 9.45 malam. Jumlah tiket dijual secara fizikal adalah terhad.

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗸𝗲𝘁 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗱𝗶 : www.tickethotline.com.my

24/10/2022

Selamat menyambut perayaan Deepavali, daripada ahli Lembaga Pengarah Penang FC dan seluruh warga kerja Penang FC..!

Semoga sinaran cahaya kemeriahan Deepavali membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat semua terutama penyokong setia Harimau Kumbang..!

Deepavali Valthukkal..!

Yang bukan-bukan lah hang ni!
07/10/2022

Yang bukan-bukan lah hang ni!

07/10/2022
25/02/2022

KENYATAAN MEDIA PENANG FC

1. Pengurusan Penang FC melahirkan rasa amat dukacita dan menerima keputusan Lembaga Tatatertib dengan rasa berat hati dan penuh keakuran, yang nampaknya telah pun membuat keputusan muktamad yang menyebabkan Penang FC kehilangan pemain tonggak utama untuk perlawanan pembukaan menentang JDT FC pada 4 Mac 2022 ini di Stadium Sultan Ibrahim dan perlawanan kedua Liga Super menentang pasukan Melaka United FC di Stadium Bandaraya.

2. Keputusan tersebut melibatkan hukuman ke atas Endrick Dos Santos Parafita yang digantung selama dua minggu daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya. Hukuman tersebut berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 9 Mac 2022 dan didenda RM1,000.00. Selain itu, beliau diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.
Kesalahan berkenaan disabitkan menurut Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM.

3. Seorang lagi pemain utama Penang FC iaitu Casagrande, atau nama penuhnya Anselmo Arruda Da Silva dikenakan hukuman lebih keras apabila digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya, yang berkuatkuasa mulai 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000.00 Selain itu, beliau juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

4. Dalam hal ini, Pengurusan Penang FC juga akur dengan keputusan Lembaga Tatatertib FAM bahawa kedua-dua keputusan ke atas kedua-dua pemain tidak boleh dirayu, di samping denda RM5,000.00 yang turut dikenakan ke atas Kelab ekoran insiden tersebut.

5. Pihak pengurusan Penang FC telah memutuskan untuk menanggung denda yang dikenakan ke atas kedua-dua pemain tersebut, menyedari punca utama insiden tersebut walaupun nampaknya punca-punca insiden berkenaan tidak cukup menjadi faktor mitigasi (mitigating factors) untuk melepaskan kedua-dua pemain memadai dengan hukuman amaran dalam hujahan pembelaan yang telah dikemukakan dalam sidang Tatatertib semalam.

6. Dalam apa jua keadaan, hukuman penggantungan ini pada hakikatnya telah memberi impak besar dan menjejaskan persiapan pasukan, yang masih dalam proses menyemai tali keserasian dengan muka-muka baru dalam pasukan, khususnya dua pemain import yang baru sahaja tiba untuk bersama pasukan. Ini adalah suatu tamparan besar dan cabaran yang berat untuk dipikul oleh pasukan dalam masa yang sudah kesuntukan.

7. Walau bagaimanapun, pihak Pengurusan tetap berkeyakinan dengan gandingan muka baru dan muka lama dalam pasukan masih berupaya memberikan saingan sehabis baik dalam perlawanan pembukaan menentang pasukan JDT FC nanti.

8. Diharapkan semua penyokong dan peminat Penang FC dapat terus memberikan sokongan dan keyakinan dalam menghadapi ujian yang amat getir dalam perlawanan tersebut.

9. Kepada semua pemain Penang FC diarahkan untuk mengambil iktibar dengan insiden berkenaan, serta akibat yang boleh ditanggung ekoran sebarang tindak balas agresif yang diambil, dalam bentuk hukuman yang amat merugikan pasukan serta boleh mensia-siakan program latihan yang telah diaturkan selama ini. Dalam hal ini, Pengurusan memetik kata-kata Gautama Buddha yang ertinya, "Do not learn how to react, but rather how to respond." Sesungguhnya memilih untuk bersabar itu sentiasa berbaloi lagi besar hikmahnya.

10. Moga-moga perkara ini menjadi pengajaran yang bermanfaat dan diterima dengan penuh rasa tanggungjawab. Dalam hal ini, Pengurusan Penang FC percaya bahawa pihak Lembaga Tatatertib FAM telah pun menjalankan tugas dengan seadil-adilnya bagi faedah semua pihak.

24/02/2022

Address

George Town
10000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arena Penang FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category