06/09/2018
LARIAN OBOR APMG 2018 DI PULAU PINANG
5 SEPTEMBER 2018
Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan Pulau Pinang menjadi lokasi terakhir.
Larian Obor APMG 2018 di Pulau Pinang diteruskan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang dan dihadiri oleh ADUN Batu Uban, YB. A. Kumaresan.
Turut menyertai larian ini ialah Ahli-ahli Majlis, wakil-wakil ketua Jabatan, dan warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.
Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018. Untuk makluman, kejohanan APMG Penang 2018 melibatkan 22 jenis sukan seperti olahraga, memanah, badminton, bola sepak dan sebagainya.