Frees97 Soccer Team

Frees97 Soccer Team Old Frees Class of 97 soccer team

*KENYATAAN RASMI PASUKAN BOLASEPAK FREES97*Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./...
15/10/2024

*KENYATAAN RASMI PASUKAN BOLASEPAK FREES97*

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan

Merujuk kepada beberapa komen yang telah dibuat oleh wakil AJK OFMA yang menyatakan tentang penyerahan tanggungjawab kepada pihak kami (Frees97) untuk mengendalikan Kejohanan Piala Bola Sepak OFMA di masa hadapan, di sini kami ingin menuntut penjelasan daripada pihak Pengurusan Tertinggi OFMA berkenaan komen tersebut.

Pada pendapat kami, perkara seperti ini perlu dibuat secara rasmi dan bukannya melalui komen yang dibuat berulang kali secara tidak bertanggungjawab.

Kami juga ingin menjelaskan sekali lagi bahawa kenyataan kami pada 25/9/2024 bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan atau menghina mana-mana pihak, tetapi sekadar untuk memberikan pandangan dan maklumbalas mengenai pengurusan kejohanan tersebut agar penambahbaikan dapat dilakukan.

Kami berharap perkara ini dapat diuruskan dengan baik dan diselesaikan secepat mungkin demi menjaga nama baik Old Frees kerana komen-komen tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Salam hormat dan terima kasih.

Once A Frees, Always A Frees

15 Oktober 2024

____________________________________________

*Tambahan Kenyataan*

8pm 16/10/24

Jika kenyataan kami ini masih kurang jelas, di sini kami ingin menegaskan bahawa kami dari pasukan bola sepak Frees97 menerima pelawaan dan cabaran yang dibuat oleh AJK OFMA untuk mengendalikan Kejohanan Bola Sepak Piala OFMA yang akan datang.

Di sini kami memohon agar pihak Pengurusan OFMA menyerahkan tugas tersebut kepada kami secara rasmi.

Penyerahan tugas boleh dibuat menerusi FB Group OFMA atau WhatsApp Group Pengurusan Bola Sepak Piala OFMA atau mana-mana saluran yang dirasakan sesuai.

Salam hormat dan terima kasih.

*KENYATAAN RASMI PASUKAN BOLASEPAK FREES97*Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./...
25/09/2024

*KENYATAAN RASMI PASUKAN BOLASEPAK FREES97*

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan

Pasukan Bolasepak Frees97 ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala OFMA 2024 yang telah menjadi salah satu acara tahunan yang sangat-sangat kami nantikan setiap tahun kerana melalui acara ini kami dapat berkumpul dan berjumpa semula dengan sahabat-sahabat lama.

Namun kami amat kecewa dengan kualiti penganjuran kejohanan ini yang semakin merosot walaupun telah diadakan sejak tahun 2015 yang mana kami tidak pernah lagi terlepas menyertainya setiap tahun.

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap penganjuran kejohanan pada tahun ini, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan ditambahbaik oleh pihak penganjur.

1. Pasukan Perubatan & Kecemasan - penyediaan perkhidmatan ambulans & pasukan perubatan yang sangat-sangat teruk. Ambulans yang disediakan tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk merawat kes kecemasan. Jumlah pasukan perubatan yang disediakan adalah sangat sedikit (hampir tidak kelihatan berdekatan padang).

2. Insurans - Persoalan juga timbul samada pihak penganjur mendapatkan perlindungan insurans untuk peserta dalam menganjurkan kejohanan ini.

3. Kemudahan & Fasiliti - Keadaan padang yang tidak memuaskan (rumput dipotong tapi tidak dibersihkan). Tandas yang tidak mencukupi / kotor / jauh. Surau ditutup / ruang solat tidak disediakan.

4. Peralatan Sukan - Tiada bola spare (1 padang, 1 bola sahaja). Bib tidak disediakan.

5. Kemudahan Tambahan - kadar sewaan khemah yang tinggi. Ais perlu dibeli & ambil sendiri (tahun awal penganjuran diberikan percuma). Tiada jurugambar rasmi.

6. Yuran Penyertaan - boleh dikatakan agak tinggi berdasarkan kualiti penganjuran dan jumlah fasiliti & kemudahan yang disediakan.

Di sini kami berharap agar pihak pengurusan OFMA dapat meneliti semula tujuan asal kejohanan ini dianjurkan dan meletakkan standard yang sepatutnya demi menjaga nama baik Penang Free School dan OFMA sendiri.

Kami juga berharap agar pihak penganjur dapat menambahbaik kualiti penganjuran di masa hadapan atau pihak pengurusan perlu melantik mereka yang lebih berpengalaman dan berkelayakan dalam menguruskan acara yang penting dan besar seperti Kejohanan Bola Sepak Piala OFMA ini.

Kami sangat-sangat berharap agar kejohanan ini dapat dikekalkan demi menjaga ukhuwah antara batch dan sahabat lama, namun penambahbaikan perlu juga dilakukan agar kejohanan ini lebih berkualiti dan meriah di masa hadapan.

Salam hormat dan terima kasih.

Once A Frees, Always A Frees

25 September 2024

Syafakallah kepada sahabat2 yang tak sihat & cedera.. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.Kalah setelah ...
24/09/2024

Syafakallah kepada sahabat2 yang tak sihat & cedera.. semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Kalah setelah berjuang adalah lebih baik berbanding kemenangan melalui tipu muslihat.

Piala OFMA 2024
21/09/2024


Deepest condolences from Frees 97 to the family of our brother Khor Kok Cheng from batch 94 who passed away yesterday du...
21/09/2024

Deepest condolences from Frees 97 to the family of our brother Khor Kok Cheng from batch 94 who passed away yesterday due to heart attack.

He was good friend and a great brother to all.

Musim 2024 sudah tiba dengan wajah dan semangat baru!! Good luck brothers!!
03/07/2024

Musim 2024 sudah tiba dengan wajah dan semangat baru!! Good luck brothers!!




Piala OFMA 202323/09/2023
28/09/2023

Piala OFMA 2023
23/09/2023


19/09/2022

Address

George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Frees97 Soccer Team posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share