18/03/2026
Balik kampung 5 hari, boleh solat qasar dan jamak ke?
Boleh, jika tempat yang dituju bukan watan atau tempat tinggal tetap dan tempohnya dikira seperti ini:
1 hari pergi + 3 hari di destinasi + 1 hari p**ang
Ini kerana antara syarat musafir ialah tidak berniat menetap 4 hari penuh selain hari sampai dan hari keluar. Jarak minimum musafir p**a ialah 2 marhalah, iaitu 81 km.
Tetapi jika kampung yang dituju ialah kampung halaman sendiri atau tempat yang sudah dianggap tempat tinggal tetap, maka tidak boleh jamak dan qasar setelah sampai. Yang dibolehkan hanyalah ketika dalam perjalanan pergi dan p**ang.
Rujukan:
1. Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
Perkiraan hari masuk dan hari keluar dalam hukum solat musafir (jamak dan qasar)
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2812-al-kafi-926-perkiraan-hari-masuk-dan-hari-keluar-dalam-hukum-solat-musafir-jamak-dan-qasar
2. Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
Hukum solat musafir bagi mereka yang mempunyai dua tempat tinggal
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2953-al-kafi-1004-hukum-solat-musafir-bagi-mereka-yang-mempunyai-dua-tempat-tinggal