Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02

Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02, Sport & recreation, Gemas.

15 Mac - Tradisi yang diteruskan setiap tahun oleh belia Palong Timur 02 setiap kali Ramadan iaitu menganjurkan Program ...
18/03/2026

15 Mac - Tradisi yang diteruskan setiap tahun oleh belia Palong Timur 02 setiap kali Ramadan iaitu menganjurkan Program Bubur Lambuk Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02. Pada tahun ini sebanyak 450 mangkuk telah dapat disediakan dan diagihkan kepada seluruh warga Felda Palong Timur 02 termasuk pihak pengurusan Felda dan sebahagian kepada orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan di Dataran Putra Palong Timur.

Pihak persatuan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Robaney, Pengurus Rancangan dan seluruh staf, En. Sabtu Abu Hainin, Ketua Peneroka dan semua Ketua Blok JKKR, Pn. Sarimah Mahadi, Pengerusi GPW dan jawatankuasanya, UMNO dan Wanita Cawangan Palong Timur 02 yang banyak menyokong dan membantu kelancaran program ini. Penghargaan terima kasih juga buat semua penyumbang dalam penyediaan bubur lambuk tersebut. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdr. Mohd Nordin Pengerusi Mbfm Wilayah Johor Utara dan Sdr. Muhammad Ferhad Ketua Pemuda Segamat atas kesudian hadir ke lokasi program.

Diharapkan program ini dapat diteruskan oleh pihak persatuan pada masa-masa akan datang dan semoga Allah merahmati semua pihak yang telah membantu menjayakannya. Terima juga buat seluruh Jawatankuasa Persatuan yang bertungkus lumus dalam program ini.




15.2.2026 - Takraw Regu Mesra Belia Palong Timur. Program yang dijalankan secara santai merupakan anjuran Persatuan Beli...
17/02/2026

15.2.2026 - Takraw Regu Mesra Belia Palong Timur. Program yang dijalankan secara santai merupakan anjuran Persatuan Belia (MBFM) Palong Timur 02. Merupakan program (sukan) penutup sebelum ketibaan bulan Ramadan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Hadiah telah disampaikan oleh Sdr. Rahizi Ibrahim, Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Daerah Segamat. Selepas Ramadan, program seperti ini akan diperhebat lagi dengan penyertaan lebih meluas.



Selamat datang bulan suci penuh berkah dan ampunan.
01/03/2025

Selamat datang bulan suci penuh berkah dan ampunan.

Tahniah mohd hidayat selaku bendahari Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02 diatas perlantikan sebagai PENGERUSI MBDS bg ...
21/12/2024

Tahniah mohd hidayat selaku bendahari Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02 diatas perlantikan sebagai PENGERUSI MBDS bg sesi 2024-2026..

Kami dr Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02 dgn ini menyokong penuh calon ini untuk sama² menerajui Majlis Belia Daerah...
21/12/2024

Kami dr Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02 dgn ini menyokong penuh calon ini untuk sama² menerajui Majlis Belia Daerah Segamat bg tahun 2024-2026


09/04/2024

Salam Lebaran Kareem💕

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalan kamu”

SELAMAT BERPUASA RAMADAN 1445H
11/03/2024

SELAMAT BERPUASA RAMADAN 1445H

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia MBFM Felda Palong Timur 02 Kali Ke-13 Bagi Tahun 2022-2024Alhamdulilah telah sel...
26/09/2023

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia MBFM Felda Palong Timur 02 Kali Ke-13 Bagi Tahun 2022-2024

Alhamdulilah telah selesai MATMBFM Palong Timur 02 yang berlangsung di Balai Raya Felda Palong Timur 02. Mesyuarat berlangsung dengan lancar sehingga ke penghujung.

Majlis diserikan dengan kehadiran En. Syamil Md Syukri, Penolong Pengurus dan En. Muhammad Usama bin Ismail, Penyelaras Belia Felda Palong Timur 02. Turut hadir Sdra. Hafiz bin Sam, Pengerusi MBFM Pemanis 01 selaku wakil pemerhati MBFM Wilayah Johor Utara dan sahabat-sahabat pengerusi persatuan di Zon D Felda Wilayah Johor Utara.

Syabas dan tahniah kepada barisan pimpinan dan ahli-ahli Persatuan Belia MBFM Felda Palong Timur 02 yang memberikan komitmen penuh bagi menjayakan mesyuarat tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada jawatankuasa baharu persatuan belia yang telah dipilih bagi menerajui Persatuan Belia MBFM Felda Palong Timur 02 bagi sesi 2022-2024.

Dalam mesyuarat ini turut diadakan majlis penghargaan kepada Sdra. Mohd Shah Rizan bin Muhd Shahril, mantan AJK persatuan yang telah bersara wajib kerana faktor umur. Terima kasih diucapkan atas segala sumbangan beliau sepanjang bersama persatuan. MBFM Palong Timur 02 mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Acara cabutan bertuah turut dijalankan bagi memeriahkan majlis.

BERILMU, BERBUDAYA, BERKETERAMPILAN




Tahniah kepada semua yang terlibat.
25/09/2023

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Pelbagai pertandingan menarik Sempenan Bulan Kemerdekaan Peringkat Wilayah Segamat Tahun 2023:1. Pertandingan Mewarna Me...
15/08/2023

Pelbagai pertandingan menarik Sempenan Bulan Kemerdekaan Peringkat Wilayah Segamat Tahun 2023:

1. Pertandingan Mewarna Merdeka
2. Prrtandingan Rumahku Syurgaku Ceria Merdeka
3. Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Kemerdekaan Bersama Keluarga
4. Persembahan Pantun Merdeka
5. Pertandingan Bicara Kemerkedaan

Syarat² tertera pada info grafik ya.

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik.
16/05/2023

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik.

Address

Gemas
85100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia MBFM Palong Timur 02 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share