FLY Badminton Club

FLY Badminton Club Jom Sertai Kelab Kami. No Select

Orang kata nok cari ukhwah je. Alhamdulillah selesai program persahabatan diantara kelab kami dengan Geng Badminton Sant...
11/08/2025

Orang kata nok cari ukhwah je. Alhamdulillah selesai program persahabatan diantara kelab kami dengan Geng Badminton Santai (GBS BC) yang berlangsung di Pusat Badminton Prostar, Indera Mahkota, Kuantan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama sekali team GBS BC. Semoga Ukhwah kita kekal berpanjangan.

Alhamdulillah selesai jualan baju. Terima kasih kepada semua yang beli baju ini. Sambutan dari anda semua sangat kami ha...
31/07/2025

Alhamdulillah selesai jualan baju. Terima kasih kepada semua yang beli baju ini.

Sambutan dari anda semua sangat kami hargai. InShaAllah minggu ini baju akan siap.

Assalamu'alaikum. Makluman kepada semua Pemain Badminton Dungun dan Luar Dungun. Kita nak Open Order Baju FLY BC edisi t...
15/07/2025

Assalamu'alaikum. Makluman kepada semua Pemain Badminton Dungun dan Luar Dungun. Kita nak Open Order Baju FLY BC edisi terbaru 2025.

Jadi sesiapa yang berkenan, sila PM segera nombor yang tertera di poster.

Terhad 150 helai sahaja. Cepat order sekarang.


Antara aks - aksi yang dipamerkan. Hebat - hebat belaka hor.
25/01/2025

Antara aks - aksi yang dipamerkan. Hebat - hebat belaka hor.


Antara team yang layak ke peringkat Suku Akhir hingga ke perlawanan Akhir. Tahniah.
25/01/2025

Antara team yang layak ke peringkat Suku Akhir hingga ke perlawanan Akhir. Tahniah.


Selesai sudah kejohanan badminton 3vs3 yang berlangsung pada malam tadi di Kompleks Sukan MPD, Taman Rakyat Dungun.Alham...
24/01/2025

Selesai sudah kejohanan badminton 3vs3 yang berlangsung pada malam tadi di Kompleks Sukan MPD, Taman Rakyat Dungun.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada 36 orang peserta yang telah sertai kejohanan ini.

Syabas dan tahniah kepada pemenang tempat pertama hingga keempat. Dan tahniah juga kepada yang tak menang, kerana anda telah berusaha keras untuk layak ke peringkat seterusnya.

InShaAllah kita akan adakan lagi program - program sebegini di masa yang akan datang. Semoga kita semua dalam lindungan Allah swt.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.Berita gembira buat pemain badminton dungun yang berbakat. Jom sertai kejohanan yang in...
21/01/2025

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Berita gembira buat pemain badminton dungun yang berbakat. Jom sertai kejohanan yang ini.

Pakat isi cepat - cepat deh, sebelum penyertaan penuh. Terhad 32 pair sahaja.

Pakat sebar belaka ke saing sobat yang dok tahu tu deh.

Pada asalnya kami rancang nak buat penutup akhir tahun 2024. Tapi masa tidak mengizinkan untuk kami buat. Walaupun pelba...
04/01/2025

Pada asalnya kami rancang nak buat penutup akhir tahun 2024. Tapi masa tidak mengizinkan untuk kami buat.

Walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang kami lalui, alhamdulillah akhirnya berjaya juga program BBQ Ukhwah FLY BC ini diadakan semalam di Rumah Bos Nazri, selaku penasihat Kelab Badminton FLY.

Jutaan terima kasih kepada Ahli Kelab FLY BC dan semua tetamu jemputan yang hadir semalam bagi memeriahkan suasana program ini.

Tidak lupa juga terima kasih tak terhingga kepada team belakang tabir dan tuan rumah yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah. Maka selesai lah sudah acara tahunan kelab kami iaitu Kejohanan Badminton FLY BC Penutup 2024.Seramai 14 ...
27/12/2024

Alhamdulillah.

Maka selesai lah sudah acara tahunan kelab kami iaitu Kejohanan Badminton FLY BC Penutup 2024.

Seramai 14 pair yang sertai kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Baiki dan Afiq kerana telah dinobatkan sebagai Johan dan membawa pulang wang tunai RM 200 ringgit serta Piala Pusingan FLY BC.

Dan tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. InShaAllah kita jumpa lagi pada kejohanan yang akan datang.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih tak terhingga kepada sponser - sponser kita iaitu, YB Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli , YB Adun Sura Dr Tengku M Fakhruddin , YB Adun Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman , HAMBA ALLAH, Awg Maju Trading, SYSupply dan Nasi Kukus Sri Molek.

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan dan semoga dalam lindungan Allah swt.

Address

666A, Jalan Nibong
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FLY Badminton Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share