07/08/2026
Team Saiful Nang dah.. jom yg lain
Kita merasai exploration dgn Che Wan Scuba
Dalam sibuk-sibuk, pakcik tak lupa untuk menyelam. Pakcik ketagihan Vitamin Sea yang selalu orang cukup main lihat sambil healing. Pakcik nak healing kena selam masuk dalam. Ni masa pakcik dengan Che Wan Scuba memang recommended. Pakcik nyelam 3x sehari pakai Nitrox. Macam masuk alam lain.
Kalau tengok laut sahaja itu sudah satu alam yang cantik.
Kalau menyelam macam masuk ke satu alam ajaib.
Tapi tanpa professional scuba macam Che Wan Scuba ni, takut kita nyelam terus sampai ke Alam Barzakh.
Pakcik memang particular betul dengan kesiapsiagaan scuba operator ni. Taknak jadi macam pakcik Akhmal Asyraf masa di Ras Muhammad Egypt dulu, equipment bocor, boleh meninggal dalam air tu. Ini bukan review, kau tahu kan pakcik ni mana boleh dibeli-beli reviewnya. Bagus pakcik cakap bagus, tak bagus pakcik cakap terus dekat mereka tak bagus untuk mereka improve. Che Wan Scuba, semuanya 5 stars. Equipment bagus, staff bagus, tempat cantik siap boleh ada penginapan pakcik menginap. Diver ni lain sikit, kita menginap check in malam check out malam. Bukan macam biasa check in petang, check out tengahari. Semua ni boleh bincang.
Hanya diver yang kenal diver.
Semalam Tourism Malaysia dah bagi lampu hijau. Port Healing Kebangsaan akan kembali lagi dalam RareTV untuk kami menjelajah Malaysia tercinta semula. Ada jenama-jenama scuba yang nak sponsor masuk RareTV nanti. Pakcik perlu divecom, mask, regulator, BC pun cukuplah. Confirm pakcik akan sayang anda.
Ada yang nak ajak pakcik diving?
Tapi maaf lah ye, pakcik openwater sahaja. Tak plan pun nak pergi advance. Cukuplah nyelam cetek-cetek sahaja. End game pakcik nak swim dengan whaleshark sahaja. Dengan shark pakcik dah pernah, tapi shark remaja yang kekuatannya tu pakcik boleh siku sahaja terus lari ngadu kat emak. Untuk whaleshark dan manta ray ni pakcik belum jumpa lagi. Atau mudah kata, tiada manta ray dan whaleshark yang ada atas mukabumi ini yang pernah berpeluang jumpa pakcik. Kesian mereka.
SAIFUL NANG
Penyelam Sukaria