One Team Fc

One Team Fc Head Quarters- Rawang, Selangor

08/06/2014

Jadual One Team Fc untuk masa yang terdekat ini:-

11Jun : One Team Inhouse Game
14 Jun: Home Tournament U14
14 Jun: Tournament U10 @ Meru
21 Jun: Tournament U15 @ SMK Raja Abdullah
21 Jun: Tournament U12/U10 @ KKB

Mari mari mari!!! Ramai2 Kita Meriah Kan Lagi Event One Team!!!
04/06/2014

Mari mari mari!!! Ramai2 Kita Meriah Kan Lagi Event One Team!!!

Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan TEKAN TUBI? Ia merupakan latihan keseluruhan badan di mana apabila anda melakukan...
02/06/2014

Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan TEKAN TUBI? Ia merupakan latihan keseluruhan badan di mana apabila anda melakukannya dengan betul, anda mampu membentuk otot dada, bahu, trisep, belakang badan, abdomen dan juga kaki.

Kenapa senaman push ups ini menjadi pilihan ramai? Latihan TEKAN TUBI ini sangat mudah dilakukan, murah dan tidak memerlukan sebarang peralatan sokongan dengan hasil yang sangat efektif.

TIPS TEKAN TUBI

1-Berbaring dalam keadaan mengadap lantai sambil kedua tangan anda diluaskan melebihi keluasan bahu anda. Perlahan – lahan bawa badan anda ke atas anggaran 2-3cm dari lantai. Imbangkan kedudukan tangan dan hujung jari kaki anda.

2-Pastikan sewaktu anda mengangkat badan, postur belakang badan anda dalam keadaan selaras dan lurus. Sebelum anda memulakan sebarang gerakan, pastikan kontraksi pada abdomen dengan cara menarik otot perut anda ke dalam. Pastikan kontraksi ini berterusan sepanjang latihan dilakukan.

3-Tarik nafas anda perlahan – lahan sambil merendahkan kembali badan anda kembali ke lantai. Kedudukan siku anda hendaklah 90 darjah dan lepaskan nafas sewaktu anda bangkit kembali.

Sekiranya matlamat utama anda adalah untuk mengempiskan perut yang ke hadapan, lakukan latihan ini sebanyak 100X Sewaktu bangkit dan turun, pastikan kedua tangan anda dilembutkan. Jangan sesekali mengeraskan otot anda kerana ia boleh mendatangkan kecederaan.

ADMIN

ONE TEAM! TEAM WORK!

Baby comelllll (comel la sangatttt)..ZzzZzzzZzzzz..medal tetap gantunggggg!!
02/06/2014

Baby comelllll (comel la sangatttt)..ZzzZzzzZzzzz..medal tetap gantunggggg!!

01/06/2014

Perkara asas untuk pemain pertahanan

6 perkara asas utk pemain pertahanan
Artikel ini telah dialih bahasa dari fourfourtwo.com . Ia ditulis oleh Lagenda Itali & AC Milan Franco Baressi.

6 perkara asas buat pemain pertahanan

1) Bersabar

Seorang pemain pertahanan mesti ada keberanian. Dia perlu bersedia menerjahkan dirinya utk membuat tackle dan berebut dgn pemain yg lebih besar tubuh dari dirinya. Anda boleh memperbaiki kecekapan membentes dgn berlatih secara satu lawan satu dgn rakan anda. Sebagai pemain pertahanan anda semestinya agresif and berkesungguhan, tetapi lakukan semua ini tanpa melakukan foul. Sekiranya pemain lawan mempunyai bola, dia akan cuba membawa bola jauh dari anda. Semasa dia melakukan gerakannya, itulah waktunya anda patut bertindak. Tunggu dan bertindak pada masa yg tepat.

2) Marking (ikut pergerakan pemain lawan)

Man to man Marking semakin pupus kerana ramai pasukan lebih gemar menggunakan zonal marking (marking mengikut kawasan dan bukan ikut orang). Walaupun prinsip zonal-marking membenarkan anda tidak perlu mengikut pemain lawan apabila dia bergerak, (dlm zonal marking, anda hanya memerhatikan pemaian2 lawan dlm kawasan atau zon anda sahaja) anda masih kena melakukan man-marking sekiranya bola dihantar kepada pemain yg berada dlm zon anda. Jadi anda masih perlu tahu cara2 menyempitkan ruang dan menghampiri pemain lawan secepat mungkin. Pergerakkan anda sangat penting terutamanya jika bertahan menentang pemain lawan yg lebih tinggi. Anda perlu bergerak lebih cepat darinya utk menghalang hantaran lintang (cross) dari sampai kepadanya.

3) Bertindak sebagai satu pasukan

Kepantasan pergerakan anda bergantung kpd cara anda bergerak kadangkala ke hadapan, mungkin ke tepi atau ke belakang. Utk mendapatkan kelebihan ketika dlm situasi satu-lawan-satu anda perlu boleh menukar arah dengan cepat, bukan shj sebagai individu tetapi seluruh pasukan perlu boleh berubah arah dengan pantas. Di AC Milan, kami mencapai satu tahap di mana seluruh pasukan berupaya bergerak dlm sesuatu arah serentak. Sewaktu latihan kami akan berlatih satu-lawan-satu, kemudian dua-lawan-dua, empat-lawan-enam dan empat-lawan-lapan (empat = pertahanan, lapan=penyerang). Latihan sebegini mengajar kami cara utk mengekang permainan lawan yg akhirnya memaksa mereka melakukan hantaran2 jauh.

4) Bersedia utk yg terburuk

Tumpuan & keyakinan diri merupakan dua perkara asas yg diperlukan sebagai pemain pertahanan. Permainan akan mejadi lebih mudah bagi anda sekiranya anda sentiasa mengawasi pergerakan pemain2 disekitar anda termasuk yg tidak mempunyai bola. Melalui latihan yg betul anda akan mudah utk membuat keputusan yg tepat samada utk bertindak dgn agresif merampas bola atau menunggu dgn tenang saat yg sesuai utk bertindak. Latihan adalah kunci kpd kejayaan semasa permainan. Semasa latihan, situasi2 dlm permainan perlu diulang-ulang utk memberikan anda keyakinan diri dan kecekapan bagi mengatasi pemain lawan dlm situasi yg serupa semasa permainan dilansungkan. Oleh itu biasakan berlatih dgn situasi terburuk yg mungkin dihadapi oleh seorang pemain pertahanan.

5) Menyerang dari belakang

Pemain pertahanan bukan shj perlu cekap melakukan asakan & bentesan atau melakukan tendangan kuat utk melambungkan bola jauh ke arah gol lawan, malah pemain2 pertahanan masakini perlu berupaya menyimpan bola dan melakukan hantaran2 tepat kerana mereka mesti juga boleh melakukan serangan. Yg bermula dari belakang. Anda perlu berupaya membawa bola ke hadapan dan melakukan hantaran pendek kpd pemain2 tengah atau hantaran panjang terus kpd penyerang2. Pemain2 dlm satu pasukan yg tersusun dgn baik tidak akan berada > 15meter dari rakan2 lain. Sekiranya bola terlepas kpd pihak lawan, maka kamu sepatutnya naik dan merapatkan ruang secepat mungkin. Cuba lihat bagaimana Barcelona bermain, bila shj mereka kehilangan bola, seluruh pasukan akan naik dan memberikan tekanan terhadap pasukan lawan dgn mengecilkan ruang utk bergerak. Jgn berundur bila kehilangan bola, kerana tindakan ini akan menjemput tekanan dari pihak lawan.

6) Bersedia sebelum permainan

Mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh adalah sangat penting bagi seorang atlit. Penjagaan makanan, tidak merokok, rehat yg cukup adalah sgt perlu jika anda mahu berjaya sebagai pemain bolasepak pro. Apa yg anda lakukan di luar padang sama shj pentingnya dgn apa yg anda lakukan di dalam padang. Setiap kali saya melakukan latihan dan persediaan yg cukup saya berasa begitu yakin apabila saya bermain. Saya tidak gentar. Sekiranya seluruh pasukan benar2 hidup dgn prinsip ini, kekuatan pasukan anda akan bertambah dan prestasi permainan anda pasti meningkat.

31/05/2014
31/05/2014
ASSALAMUALAIKUM...KEPADA SEMUA PENGURUS DAN KELAB-KELAB BOLASEPAK.KELAB BOLASEPAK ONE TEAM AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN B...
26/05/2014

ASSALAMUALAIKUM...
KEPADA SEMUA PENGURUS DAN KELAB-KELAB BOLASEPAK.

KELAB BOLASEPAK ONE TEAM AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN BOLASEPAK, BERIKUT ADALAH BUTIRAN KEJOHANAN :-

KATEGORI : BAWAH 14 TAHUN
TARIKH : 14 JUN 2014 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLASEPAK MPS, BATU ARANG, RAWANG
YURAN : RM150

*PENYERTAAN : TERHAD KEPADA 16 PASUKAN

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 JUN 2014

HADIAH :-
1ST- PIALA + 15 MEDAL + WANG TUNAI
2ND- 15 MEDAL + WANG TUNAI
3 & 4 - 15 MEDAL

SEBARANG TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
EN.AFIZAL : 019 277 1529 / 012 272 9859
EN.HARON : 013 317 0931

Logo rasmi One Team Fc..Logo yang telah di daftar dibawah suruhanjaya sukan malaysia
03/04/2014

Logo rasmi One Team Fc..Logo yang telah di daftar dibawah suruhanjaya sukan malaysia

17/03/2014

Game yang boleh buat pecah perut..
Man Of The Match - Kekel (seluar/stokin warna merah)
00:10 - Balingan spontan Kekel
00:54 - Aiman Keeper One Team menggelipet
01:20 - 6 player tergolek kepenatan
02:40 - Senak!! kene tendangan Kete kebal One Team
04:00 - Player buat pekak referee tiup wisel

paling enjoy sekali.. hahahaha

Tournament 15 Mac 2014
16/03/2014

Tournament 15 Mac 2014

Tournament U12 Piala Datuk Santokh Singh 2014
16/03/2014

Tournament U12 Piala Datuk Santokh Singh 2014

Address

Damansara

Telephone

0122729859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Team Fc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to One Team Fc:

Share