06/03/2025
Bersahur dengan Secubit Garam Celtic – Perlukah?
Ramai orang percaya bahawa secubit garam Celtic boleh membantu mengelakkan dehidrasi dan menambah mineral semasa berpuasa. Tetapi, adakah ia benar-benar perlu?
🧂 Nutrisi dalam Secubit Garam Celtic (~1g)
Sodium (~400mg) – Penting untuk keseimbangan elektrolit, tetapi rakyat Malaysia sudah mengambil terlalu banyak dari diet harian.
Magnesium (~1-2mg) – Membantu fungsi otot & saraf.
Kalsium (~1-3mg) – Baik untuk tulang, tetapi jumlahnya sangat kecil.
Kalium (~0.5mg) – Hampir tiada manfaat kerana terlalu sedikit.
Zink, Iodin & Mineral Lain – Wujud dalam jumlah sangat kecil, tidak cukup untuk memberi impak ketara.
❌ Kekurangan:
• Tiada serat, karbohidrat atau tenaga.
• Tiada vitamin penting.
• Boleh menyebabkan risiko tekanan darah tinggi & dehidrasi jika diambil berlebihan.
🌰 Nutrisi dalam Sebiji Kurma (~8g)
Karbohidrat (~5.3g, termasuk gula semula jadi) – Sumber tenaga perlahan & stabil.
Serat (~0.6g) – Membantu pencernaan & mengelakkan sembelit.
Kalium (~47mg) – Lebih tinggi daripada garam Celtic, penting untuk keseimbangan cecair & fungsi jantung.
Magnesium (~3mg) – Lebih banyak daripada garam Celtic, baik untuk otot & saraf.
Kalsium (~3mg) – Sama atau lebih tinggi daripada garam Celtic, baik untuk tulang.
Antioksidan & Vitamin B – Melindungi sel, meningkatkan tenaga & mengurangkan keradangan.
Secubit garam Celtic tidak boleh dibandingkan dengan kurma dari segi manfaat kesihatan. Kurma bukan sahaja makanan sunnah yang disebut secara jelas dalam hadis tetapi juga makanan yang jauh lebih bernutrisi & selamat untuk badan.
Credit to Public Health Malaysia
Siapa nk kurangkan perut buncit, kecilkn peha, hilangkn p**i tembam & hilangkn double chin ? Mealplan lengkap & ianya privacy diet program. Tak sapa tahu you gais join apa. Tiba2 je kurus!
New Year New You
Program Diet Online