16/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐ง๐๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก โ๐ฅ๐ข๐๐ ๐ง๐ข ๐ฆ๐จ๐๐ ๐ & ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐๐ ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis Tahun 2025 dan Pelancaran โRoad To SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026โ menjadi tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perlis terhadap kejayaan atlet, jurulatih dan pegawai pasukan yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan serta antarabangsa sepanjang tahun 2025.
Seramai 33 atlet Negeri Perlis daripada 13 jenis sukan telah mewakili negara ke Temasya Sukan SEA Thailand 2025 dan berjaya menyumbangkan 2 pingat emas, 2 pingat perak serta 9 pingat gangsa. Atlet para negeri turut mencatat pencapaian membanggakan di Sukan Para ASEAN Thailand 2025 menerusi kutipan 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa.
Sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perlis telah memperuntukkan insentif kemenangan berjumlah RM29,250.00 kepada atlet-atlet yang berjaya meraih pingat.
Pelancaran โRoad To SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026โ p**a menjadi simbol komitmen dan gerakan besar seluruh warga sukan negeri dalam menghadapi cabaran SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026, selaras dengan hasrat mencapai sasaran 20 pingat emas yang dizahirkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis.
Dengan semangat kesatuan, disiplin dan kerja keras semua pihak, kontinjen Negeri Perlis diyakini mampu mencipta kejayaan lebih cemerlang di pentas SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026.