06/09/2026
🎉 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛🎉
Seluruh warga MTF Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱𝗺𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗡𝗮𝗷𝗺𝗶 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵
Presiden
Persekutuan Taekwon-Do Malaysia (MTF)
atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Pengurniaan yang penuh bermakna ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap kepimpinan, sumbangan serta jasa beliau kepada pembangunan Taekwon-Do di Malaysia.
Semoga YBhg. Dato’ Grandmaster Najmi Bin Abdullah terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam memimpin serta memajukan Taekwon-Do Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
🎉Tahniah, YBhg. Dato’ Grandmaster!🎉
Ikhlas daripada,
MTF PERAK