06/04/2026
https://www.facebook.com/share/p/1BoUkorYyL/?mibextid=wwXIfr
Lelaki kejar badan besar & sado.
Perempuan kejar kurus & kulit putih melepak.
Persamaan mereka pada satu mentaliti yang sama
Sama-sama sanggup cagarkan kesihagan demi mencapai standard kecantikan di mata manusia
Bila standard kecantikan (beauty standard) terlalu toksik, ramai mula anggap komplikasi kesihatan itu 'harga' yang patut dibayar.
Ini 4 Komplikasi Realiti yang industri gelap cuba sembunyikan dari anda:
1. Steroid Anabolik (Bina Badan Cepat)
Bukan setakat naik jerawat batu di belakang badan. Penyalahgunaan steroid dikaitkan dengan risiko serangan jantung, kanser hati, kerosakan buah pinggang, dan cepat agresif.
Paling tragis bagi lelaki, Payudara boleh membesar (Gynecomastia), TE**IS MENGECIL, bilangan sperma menjunam, dan akhirnya mandul
2. "Reta" (Ubat Kurus Belum Lulus)
Retatrutide masih dalam fasa percubaan klinikal. Ia BELUM diluluskan untuk kegunaan awam. Bila anda beli di pasaran gelap, anda sedang menanggung risiko loya teruk, cirit-birit, dan komplikasi pankreas.
3. Drip Putih (Glutathione IV)
Bila cecair kosmetik masuk terus ke salur darah tanpa pengawasan klinikal, risikonya sangat fatal! FDA & pakar antarabangsa dah laporkan kes komplikasi seperti tekanan darah menjunam, renjatan alergi teruk (Anaphylaxis), tekanan buah pinggang, dan paling bahaya, Jangkitan kuman dalam darah (Sepsis) akibat jarum tercemar.
4. Krim Timbang Kilo
Campuran haram Hydroquinone, Tretinoin, dan Merkuri. Merkuri meresap masuk dan merosakkan sistem saraf dan buah pinggang secara senyap. Hydroquinone p**a jika salah guna akan nipiskan kulit, jadikan muka kemerahan/terbakar, dan naikkan risiko kanser kulit.
Dua-dua pihak diajar benda yang sama
“Asal cantik, asal jadi, asal orang puji… kesihatan fikir kemudian.”
Bila rosak dan anda terlantar di wad cuci darah, pujian tak akan tolong tanggung bil hospital anda.
Beauty standard yang toxic akan sentiasa menjual jalan pintas. Tubuh kita p**a yang terpaksa bayar ansuran komplikasi sampai mati.