27/05/2024
PROGRAM JELAJAH ILMU WARISAN PSSCM UITM CAWANGAN PULAU PINANG (KAMPUS PERMATANG PAUH)
TARIKH : 25 MEI 2024
TEMPAT LAWATAN :
1. Muzium Negeri Kedah Darul Aman
2. Masjid Zahir, Alor Setar Kedah
3. Pusat Pembangunan Insan (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah)
4. Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
PSSCM UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh) telah menganjurkan satu Lawatan Ilmiah yang bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan ilmu yang diwariskan oleh mereka yang terdahulu khususnya ilmu Seni Silat Cekak Malaysia. Program yang dimulakan dengan lawatan ke Muzium Negeri Kedah dan Pusat Pembangunan Insan ini telah diringi oleh Wakil dari PSSCM Cawangan Kedah.
Ketibaan kami disambut mesra oleh Puan Fazira Suriani dan Puan Nurul Nassima. Kami seterusnya dibawa melihat galeri-galeri di Muzium Negeri Kedah, antaranya galeri yang memaparkan sejarah awal Kedah, artifak budaya, dan mengenai seni mempertahankan diri tradisional. Paling Istimewa peserta diberi penerangan tentang galeri khusus yang menampilkan sejarah serta perkembangan Seni Silat Cekak Malaysia. Di sini, pegawai penerangan (En Mirza) telah berkongsi serba sedikit maklumat tentang perjalanan PSSCM bersama kami. Usai lawatan, pelajar turut berkesempatan merakam keindahan Masjid Zahir yang merupakan mercu tanda Alor Setar, Kedah ketika menunggu waktu untuk Solat Zohor.
Seterusnya, Pusat Pembangunan Insan menjadi lokasi ketiga lawatan. Di sini, kami diberi penerangan mengenai program latihan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh PSSCM untuk mengasah kemahiran ahli dalam Ilmu Seni Silat Cekak serta pembangunan diri secara holistik.
Program lawatan diakhiri dengan singgah ziarah di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) untuk solat Asar. Peserta juga sempat meluangkan sedikit masa bagi melawat Taman Kucing MADAD. Terima kasih pihak Pengurusan MADAD (Puan Athirah) atas cenderamata untuk peserta lawatan.
PSSCM UITM Cawangan Pulau Pinang ingin merakamkan sekalung Penghargaan kepada Pihak HEP yang memberi kelulusan, PSSCM Cawangan Kedah & Team Pengurusan MADAD. Tanpa Kerjasama dan bantuan yang diberikan, tentulah sukar untuk kami menjayakan pogram ini. Terima kasih kepada En Mohd Syafiq (Penasihat), Ts Dr Ghazirah (Penasihat), En Syobri Yob (Pemandu) & En Nazri Hashim (Pemandu) yang telah sama mengiringi dan memastikan keselamatan semua peserta.
Secara keseluruhan, lawatan ini berjaya mencapai objektifnya. Ia bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan peserta mengenai Silat Cekak, tetapi juga dapat mengukuhkan Silaturrahim antara cawangan PSSCM. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang kerana ia dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua yang terlibat.
Alhamdu Lillah.