26/08/2022
LANGKAH PENDEKAR SK FELDA BUKIT TANGGA DI KEJUARAAN 1 SEKOLAH 1 SILAT NEGERI KEDAH
Pada 3 Ogos 2022, pesilat SK Felda Bukit Tangga telah berentap dalam Kejohanan 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Kedah bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Penyertaan kami dalam kategori Solo Kreatif Putera dan Puteri telah membuktikan pesilat kami mampu memberi saingan dengan pasukan lain dalam peringkat negeri ini.
Malah, ini adalah kali pertama pesilat kami berentap dalam pertandingan secara bersemuka yang gamat dengan jeritan penyokong. Masing-masing berasa gugup namun langkah diatur dengan baik sehingga penamat.
Walaupun tidak mendapat pingat, namun pengalaman yang pesilat peroleh dengan berinteraksi dan berkenalan dengan rakan-rakan pesilat lain dapatlah dijadikan kenangan.
Terima kasih kepada jurulatih, Kamarudin
kerana menyusun pola langkah dan gerakan yang melibatkan tangan kosong dan 3 permainan senjata (keris, parang dan sabit).
Video penuh boleh ditonton melalui link ini: https://youtu.be/CVpMHMcJiH0
Nama Peserta: NUR DAMIA BATRISHA HISYAM FAQRI BINTI ABDUL QAYYUMNegeri: KEDAHDaerah: KUBANG PASUSekolah: SK Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu HitamKategori: SOL...