19/09/2026
18 September 2026
Alhamdulillah terlaksana dengan meriah Majlis Mawlid dan Hol Masyaikh Zawiyah Ruhuddin / Akademi Perantara di Kt. Bukit Baru Dalam, Melaka. Kehadiran sekitar 200 tetamu dari kalangan ahli qariah, ahli / kerabat Akademi Perantara dan Zawiyah Ruhuddin serta pelajar tahfiz dari Madrasah Aktif Ayer Molek, Melaka dan Madrasah Darul Naim Kasih, Sg. Rambai, Melaka.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa dari Sumatera Barat iaitu YM H. Sutan Muhammad Yusuf, Tuanku Mudo Rajo Disambah Istana Silinduang Bulan, Kesultanan Pagaruyung beserta ulama tempatan Sheikh Shahrul Ridzal As Syadzily dari Mersing, Johor dan Ustaz Muhammad Hatta El Syames dari Ribath Dhiya Ul-Lami’, Telok Mas, Melaka.
Turut hadir adalah beberapa zuriat dari Masyaikh yang Haul nya sedang diraikan.
Semoga Allah SWT melimpahkan keampunan dan rahmat Nya buat semua hadirin hadirat ke majlis ini.