12/09/2024
Assalamualaikum wbt, pihak pengurusan Budak Botey Football Academy ( BBFA ) Mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Danish Irfan diatas kejayaannya kerana berjaya mewakili negeri Perak ( MSSM ) 2024 di Johor Bharu, Pihak Pengurusan mendoakan kejayaan buat adik Danish Irfan semoga berjaya dan terus meningkat naik dalam kejohanan tersebut. Semoga kejayaan mengiringimu dalam setiap langkah. Kami mendoakan yang terbaik untukmu. Kesulitan yang kau hadapi sekarang tidaklah seberapa dibandingkan dengan kegembiraan yang bakal dirasai apabila mencapai kejayaan. Semoga usahamu berhasil dan masa depanmu cerah!