Kesihatan Perak Tengah FC

Kesihatan Perak Tengah FC Kelab bolasepak terdiri daripada staf kesihatan pelbagai jawatan di dalam daerah perak tengah

20/10/2025

Liverpool FC boleh friendly dgn kami?

OTAI DILUAR 60 TAHUN, TETAPI DIDALAM 21 TAHUN. The Great Nasir! Itulah gelaran yang akan sentiasa keluar dari mulut seti...
12/10/2025

OTAI DILUAR 60 TAHUN, TETAPI DIDALAM 21 TAHUN.

The Great Nasir! Itulah gelaran yang akan sentiasa keluar dari mulut setiap pemain pemain KPTFC setiap kali beliau terlibat didalam perlawanan perlawanan yang diadakan. Beliau kekal menjadi tonggak harapan dibahagian tengah pasukan dengan gaya permainan simple football ala ala "Sergio Busquet" Dan sangat tenang dalam merencana gerakkan pasukan. Disegani setiap pemain di dalam dan luar padang dengan karakter yang tegas telah banyak membantu pasukan dalam mencapai setiap kejayaan.
" Walaupun saya berumur lebih 50 tahun, saya masih mampu menjaringkan gol! Saya harap jemi, kasyfi, sham dan lain lain mampu menjaringkan gol seperti saya! Kipidap dongibab! " Katanya kepada pengadil selepas menjaringkan gol.

ALIFF FIKRI LULUS UJIAN PERTAMA, PIALA MASIH BELUM JUMPA JALAN KE PERAK TENGAH. Alhamdulillah, KPTFC berjaya meraih temp...
11/10/2025

ALIFF FIKRI LULUS UJIAN PERTAMA, PIALA MASIH BELUM JUMPA JALAN KE PERAK TENGAH.

Alhamdulillah, KPTFC berjaya meraih tempat ketiga di kejohanan piala pegawai kesihatan daerah Pkd LMS. Tahniah kepada Aliff Fikri dan pemain pemain KPTFC yang berjuang demi mengangkat nama seluruh warga Kkm Perak Tengah. KPTFC berjaya mengharungi setiap perlawanan peringkat kumpulan dengan cukup baik tetapi terpaksa akur tewas di separuh akhir kepada Hilir Perak. Sementara itu, pengurusan tertinggi KPTFC akan terus memberi sokongan kepada pengurus interim saudara Aliff Fikri untuk terus membantu pengurus pasukan yang sedang bercuti iaitu Sir Alex Multie dalam membawa cabaran KPTFC di masa akan datang.
" Saya berterima kasih kepada BOD Kptfc yang diketuai oleh Aliff Syafiq kerana tanpa rasa bersalah memberi kepercayaan kepada saya dalam membawa pasukan ini dan yaaa hasilnya Tempat Ketiga dibawa ke Perak Tengah. Saya juga sangat bangga dengan semua pemain yang terus menunjukkan peningkatan dalam permainan kecuali Ayie yang berjaya melipat pasukan.". Kata Aliff kepada pemberita.

Keputusan Perlawanan :

KPTFC 0-0 KERIAN
KPTFC 1-0 MANJUNG
KPTFC 2-0 KINTA
KPTFC 1- 1 HILIR PERAK
( KPTFC TEWAS PENALTI)

TEMPAT 3/4
KPTFC MENANG PERCUMA 3-0 SELEPAS PASUKAN LAWAN TAK LARAT NAK MAIN DAH. PANEH LIT LIT KATA DEME KAT TAIPING

Selamanya KPTFC!!!!! ❤🏆

Senarai pemain yang akan memperkuatkan pasukan KPTFC bagi mengharungi kejohanan bolasepak Piala Pegawai Kesihatan Daerah...
10/10/2025

Senarai pemain yang akan memperkuatkan pasukan KPTFC bagi mengharungi kejohanan bolasepak Piala Pegawai Kesihatan Daerah PKD LMS pada 11 Oktober 2025. Agak mengejutkan apabila pada kejohanan kali ini, KPTFC akan dibimbing oleh pemain mereka sendiri iaitu saudara Aliff Fikri yang masih dalam proses pemulihan kecederaan. Dengan pengalaman saudara Aliff Fikri dalam arena bola sepak KKM ditambah dengan kematangan permainan semua pemain sudah pasti akan menjadi rencah yang surrrr! Untuk KPTFC memberi saingan kepada pasukan pasukan lain! . Ayuhhhh ! Semoga berjayaaa KPTFC!

FULLTIME RESULT! ⚽Kptfc mengakhiri perlawanan persahabatan terakhir sebelum ke kejohanan di LMS sabtu ini dengan keputus...
08/10/2025

FULLTIME RESULT! ⚽

Kptfc mengakhiri perlawanan persahabatan terakhir sebelum ke kejohanan di LMS sabtu ini dengan keputusan seri satu sama. Pemain berdarah kelantan iaitu MuhamMad Pirdaus berjaya menjaringkan gol pertama beliau pada tahun ini dengan bantuan dari pemain right back pasukan, saudara Aizat. Semoga Dengan prestasi baik kedua dua pemain ini akan berjaya meningkatkan lagi prestasi pemain lain terutama Jemi, ayie dan aizudin yang banyak memberi alasan " pergi Kenduri " Setiap kali friendly game.

FRIENDLY MATCH 🆚 PERAK TENGAH COPS📆 8/10/2024⏰ 5 Pm🏟 Pdg MDPTPerlawanan persahabatan terakhir sebelum kejohanan pada sab...
08/10/2025

FRIENDLY MATCH
🆚 PERAK TENGAH COPS
📆 8/10/2024
⏰ 5 Pm
🏟 Pdg MDPT

Perlawanan persahabatan terakhir sebelum kejohanan pada sabtu ini! Ayuh! Penduduk Seri Iskandar dan seluruh masyarakat Perak Tengah datang dan saksikan!
Akan ada kemunculan semula saudara Ayie yang sebelum ini digantung oleh BOD Kptfc kerana masalah dokumen kelahiran asal.

Perlawanan Persahabatan⚽🆚 TNB📆 11 September 2025⏰ 5.15 Pm🏟 Stadium Navy Tiada ulasan, Admin keluar dengan family😂       ...
10/09/2025

Perlawanan Persahabatan⚽
🆚 TNB
📆 11 September 2025
⏰ 5.15 Pm
🏟 Stadium Navy

Tiada ulasan, Admin keluar dengan family😂

KPTFC BERPESTA GOL, JEMI HAMPIR MENJARINGKAN GOL🙌Kptfc kembali menemui rentak sebenar apabila berjaya meraih kemenangan ...
28/08/2025

KPTFC BERPESTA GOL, JEMI HAMPIR MENJARINGKAN GOL🙌

Kptfc kembali menemui rentak sebenar apabila berjaya meraih kemenangan besar menentang pasukan Pejabat Daerah dalam aksi persahabatan petang tadi. Pasukan yang digelar " Gorilla Bota " Ini tidak mempunyai masalah untuk menguasai sebahagian besar perlawanan dengan Flanker berwajah lembut, Kasyfi Khalid berjaya menjaringkan gol pembukaan dan jaringan kedua perlawanan untuk kptfc. Pasukan bimbingan Wan Ahmad Multie ini telah melakukan rombakan pemain pada masa kedua dengan meletakan pertahanan bertubuh sasa iaitu saudara AyIe Hp di bahagian pertahanan dan hasilnya, Pasukan Pejabat Tanah berjaya mendapatkan penalti🤣😂. Bersambung babak ketiga perlawanan, kptfc tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila amin , aizat, Epon, MuhamMad Pirdaus masing masing menyumbat satu gol dan manakala pemain berwajah paling tampan dan jambu iaitu saudara Amir Arif berjaya menjaringkan dua gol hasil larian solo menjadikan keputusan 9-1 kekal sehingga ke wisel penamat. Sementara itu, pemain pertahanan saudara Najmi berkata dia berterima kasih kepada pengurus kerana memberi kepercayaan kepada dirinya untuk beraksi pada kali ini selepas gagal mendapat tempat dan gagal menyaingi saudara Ayie di bahagian belakang pasukan. " Ya saya tak sangka dapat main, dan hasilnya saya hampir menjaringkan gol tadi, kalau saya skor tadi saya dapat bahan pemain pemain lain terutama Aliff Fikri yang masih cedera".

27/08/2025

Manchester United we have two goalkeepers to replace onana 😝😜

SIARAN MEDIA KPTFC 🎙Harini Pengurusan dan pemain KPTFC mendapat khabar duka apabila penyerang utama pasukan, saudara Ali...
27/08/2025

SIARAN MEDIA KPTFC 🎙

Harini Pengurusan dan pemain KPTFC mendapat khabar duka apabila penyerang utama pasukan, saudara Aliff Fikri ditimpa kemalangan jalan raya di Ipoh ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Beliau telah mengalami keretakan pada tangan dan luka di bahagian kaki. Seluruh Pemain dan pengurusan mendoakan supaya saudara Alif kembali sembuh seperti sediakala dan kembali menguatkan pasukan Kptfc dan skuad Futsal Kkm negeri Perak. 🙌

Semoga Lekas Sembuh Our " FINISHER ". 🙌🙏

PERLAWANAN PERSAHABATAN! 🆚 Pejabat Daerah PT📆 28 Ogos 2025⏳ 5.15 Pm🏟 Padang MDPTSetelah hampir berbulan tiada aksi persa...
26/08/2025

PERLAWANAN PERSAHABATAN!

🆚 Pejabat Daerah PT
📆 28 Ogos 2025
⏳ 5.15 Pm
🏟 Padang MDPT

Setelah hampir berbulan tiada aksi persahabatan, KPTFC akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pejabat Daerah Perak tengah pada Khamis ini. Perlawanan ini sangat dinantikan oleh seluruh warga kerja KKM Perak Tengah apabila KPTFC dijangka akan mengumumkan 23 orang pemain terbaik bagi mengharungi kejohanan pada bulan Oktober nanti.
Salah seorang penyokong yang juga Warga kerja KKM Perak Tengah bernama Kak Zah mengatakan bahawa beliau sangat tidak sabar untuk melihat aksi pemain pemain KPTFC dan berharap seorang pemain pujaan beliau dapat menembusi skuad utama ketua jurulatih, Encik Wan Ahmad Multie tersebut. " Saya dah tengok pemain ini dari awal penubuhan kelab dan jaringan jaringan sendiri yang beliau lakukan dan saya berharap Ayie dapat menjadi first Eleven Skuad Kptfc ". Kata nya kepada Astro .

AYIE KEMBALI KE LAPANGAN HIJAU Menjelang kejohanan bola sepak Oktober ini, seramai 22 pemain akan dipanggil Kptfc bagi m...
14/08/2025

AYIE KEMBALI KE LAPANGAN HIJAU

Menjelang kejohanan bola sepak Oktober ini, seramai 22 pemain akan dipanggil Kptfc bagi menyahut cabaran pasukan pasukan KKM di negeri Perak. Antara nama besar yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Saudara Aliff Syafiq adalah pertahanan kental berstatus bintang iaitu Saudara Ayie. Pemain berusia lebih 30 tahun dikesan menjalani trial bersama pasukan dari seri iskandar bagi memantapkan lagi cara menjaringkan gol sendiri seperti yang selalu dilakukannya bersama pair beliau iaitu Muhammad Farhan Ahmad Siaaimi . Selain Ayie, beberapa muka baru juga bakal di ketengahkan bagi memberi nafas baru kepada taktikal ala ala Arteta di Arsenal. Perubahan posisi pemain juga dilihat menjadi tonik penting buat pasukan dimana Kasyfi Khalid yang merupakan flanker terbaik pasukan akan diletakan di bahagian kiri pertahanan dan akan bersaing hebat bersama MuhamMad Pirdaus sekaligus akan menjadikan suatu persaingan sihat bagi perebutan di first E pasukan, manakala seorang lagi pemain iaitu Sham Seritharan yang menjadi nadi penting dibahagian defensive Third akan diubah posisi nye dari tengah bertahan kepada Dibangku simpanan😂

Address

Bandar Seri Iskandar
Bota
32610

Telephone

+60174240974

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesihatan Perak Tengah FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category