WFL United

WFL United WFL UNITED | Total Football.

Total Passion. ⚽
πŸ† Building players, building character, chasing greatness
πŸ“ Based in Bintulu, Sarawak
πŸ›‘οΈ Fueled by discipline, respect & fire for the game
πŸ“£ Like & follow us to stay updated

29/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

Selamat bercuti kepada seluruh pelatih WFL FC Academy. Gunakan masa ini untuk berehat, bersama keluarga dan mengembalikan tenaga sebelum kembali ke padang. ⚽πŸ’ͺ

Kita akan kembali menjalani latihan seperti biasa pada 12 September 2026.

Nikmati cuti anda dan jumpa lagi di padang! πŸ”₯



SYUKUR DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN πŸ™βš½Warriors For Legacy Football Club (WFL FC) merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
27/08/2026

SYUKUR DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN πŸ™βš½

Warriors For Legacy Football Club (WFL FC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato Majang anak Renggi, ADUN N.70 Samalaju merangkap Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Pelabuhan), atas sumbangan ikhlas daripada YB Dato melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.70 Samalaju.

Sumbangan yang amat bermakna ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi menyokong pengurusan dan pembangunan kelab, khususnya pelaksanaan program bola sepak akar umbi serta usaha mencungkil dan melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi.

Keprihatinan, kepercayaan dan sokongan berterusan daripada YB Dato menjadi pembakar semangat kepada seluruh keluarga kecil WFL FC untuk terus maju serta memberi impak positif kepada pembangunan bola sepak dan komuniti setempat.

Sekali lagi, jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai ini. Semoga segala usaha serta keprihatinan YB Dato mendapat keberkatan dan dipermudahkan dalam setiap urusan.






Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™βœ¨Bola sepak bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi medan membina akhlak, disiplin dan ukh...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™βœ¨

Bola sepak bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi medan membina akhlak, disiplin dan ukhuwah. Bersama kita membentuk generasi akar umbi yang hebat di padang serta mulia peribadinya. ⚽



Jadual perlawanan WFL FC Academy U12 bagi saingan peringkat kumpulan Petronas Youth Football Closed Tournament 2026. ⚽πŸ”₯A...
15/08/2026

Jadual perlawanan WFL FC Academy U12 bagi saingan peringkat kumpulan Petronas Youth Football Closed Tournament 2026. ⚽πŸ”₯

Ayuh berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. All the best!

’s

10/08/2026

Syabas dan terima kasih kepada WFL FC Academy U10 A & B kerana telah menamatkan saingan Petronas Youth Football Closed Tournament 2026 pada 8–9 Ogos lalu.

Walaupun perjalanan kita hanya sampai di peringkat kumpulan, kita tetap bangga kerana pemain-pemain akar umbi kita berani turun bersaing dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Untuk penyertaan kali pertama ini, menang atau kalah bukan ukuran utama. Yang penting, mereka dapat pendedahan dan pengalaman, membina keyakinan serta belajar bermain sebagai satu pasukan. Setiap perlawanan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan satu permulaan yang baik buat mereka.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan serta barisan jurulatih yang bertungkus-lumus dan memberikan komitmen sepanjang kejohanan.

Ini baru permulaan. Terus belajar, terus berusaha dan terus percaya pada proses!

2026

FC Family’s

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat, disiplin, keberanian dan kesungguhan untuk memberikan yang terbai...
05/08/2026

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat, disiplin, keberanian dan kesungguhan untuk memberikan yang terbaik demi lencana di dada. Teruskan bermain dengan penuh keyakinan, hormati setiap lawan dan buktikan bahawa kerja keras tidak pernah mengkhianati hasil.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, jurulatih, pengurusan dan para penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan. Sokongan anda adalah pembakar semangat buat anak-anak WFL FC Academy.

Ayuh kita gegarkan Stadium Bintulu!
Bermain dengan hati. Berjuang dengan jiwa. Demi maruah WFL FC Academy! πŸ’™πŸ§‘

βš”οΈ ALWAYS KEEP FIGHTING βš”οΈ

ONE TEAM β€’ ONE HEART β€’ ONE SPIRIT







04/08/2026

⚽ Latihan Petang WFL FC Academy U12 πŸ’ͺ

Setiap sesi latihan adalah satu langkah ke arah impian yang lebih besar. Hari ini, anak-anak WFL FC Academy U12 menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam mengasah kemahiran serta meningkatkan pemahaman taktikal sebagai persiapan menghadapi Petronas Youth Football Closed Tournament 2026.

Di WFL FC Academy, kami bukan sekadar membentuk pemain bola sepak, tetapi juga membina karakter, disiplin dan semangat berpasukan. Teruskan berusaha, teruskan belajar, dan jangan pernah berhenti berjuang.

Small Club, Big Dream! πŸ”₯⚽







02/08/2026

⚽ Misi Bermula! πŸ’›πŸ–€

Langkah kecil hari ini adalah permulaan kepada impian yang besar. WFL FC Academy U10 kini sedang menjalani latihan intensif sebagai persiapan menghadapi Petronas Youth Football Closed Tournament (PYFCT) 2026 pada 8–9 Ogos 2026.
Setiap sesi latihan dipenuhi dengan semangat, disiplin dan kerja berpasukan demi membawa nama WFL FC Academy dengan penuh kebanggaan. Teruskan berjuang anak-anak, berikan yang terbaik di atas padang!
Terima kasih kepada ibu bapa, jurulatih dan semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan.

πŸ’ͺ ONE TEAM β€’ ONE HEART β€’ ONE SPIRIT






Address

Bintulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WFL United posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category