KSR Binda - BDA

KSR Binda - BDA Public

30/08/2026

RECAP AKTIVITI BINDA SEPANJANG 2024 - 2025

Segala aktiviti, program, cabaran dan kejayaan sepanjang sesi ini menjadi kenangan yang amat bermakna.

Terima kasih kepada seluruh ahli BINDA atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

“Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya, tetapi setiap kenangan akan kekal selamanya.”

Terima kasih atas segala kenangan.
EXCO BINDA Sesi 2024/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BINDA atas sokongan dan kepercayaan yang tela...
27/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BINDA atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada barisan EXCO BINDA Sesi 2024/2025.

Terima kasih juga atas undian yang telah diberikan dalam pemilihan barisan EXCO BINDA Sesi 2026/2027. Kepercayaan dan sokongan yang diberikan amat bermakna demi memastikan kemajuan serta kebajikan seluruh ahli BINDA terus terpelihara.

Terima kasih kerana telah mempercayai kami dan memberikan peluang untuk berkhidmat serta menyumbang kepada BINDA sepanjang tempoh ini.

Kami menyeru agar seluruh ahli BINDA terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada barisan EXCO BINDA Sesi 2026/2027 dalam usaha memacu BINDA ke arah kecemerlangan.

Bersama-sama kita melangkah ke hadapan demi BINDA yang lebih maju, aktif dan cemerlang.

Terima kasih dan tahniah kepada barisan EXCO BINDA Sesi 2026/2027.
Semoga BINDA terus maju dan berjaya!

Sesi penyerahan jersi daripada Presiden KSR Binda kepada kapten pasukan bola sepak KSR Binda. Turut hadir pengurus pasuk...
06/08/2026

Sesi penyerahan jersi daripada Presiden KSR Binda kepada kapten pasukan bola sepak KSR Binda. Turut hadir pengurus pasukan, En. Andre.

Semua warga kerja BDA dijemput hadir menyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa di antara KSR BINDA menentang pasukan daripada negara Brunei Darussalam iaitu Ahli-ahli Skuadron 75, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada:
Tarikh: 8/8/2026 (Sabtu)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Padang Turf BDA, Dewan Suarah Bintulu.

Perlawanan ini akan menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pasukan, di samping menyemarakkan semangat kesukanan serta memperkukuh hubungan kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara.

The 31st Bintulu Amateur Open Golf Championship (BDA Challenge Trophy) concluded on a high note after three days of exci...
13/07/2026

The 31st Bintulu Amateur Open Golf Championship (BDA Challenge Trophy) concluded on a high note after three days of exciting competition from 10 to 12 July 2026 at Bintulu Golf Club.

Organised by KSR BINDA in collaboration with Bintulu Golf Club , the prestigious championship attracted more than 100 amateur golfers from Kuching, Sibu, Miri and Bintulu.
The championship was honoured by the participation of YBhg Datu Haji Muhammad Yakup bin Kari, General Manager of BDA, whose presence underscored BDA’S continued commitment to promoting sports, healty lifestyls and community engagement.
After three days of highly competitive play, Joshua Lim of Kuching successfully defended his championship tittle, demonstrating exceptional consistency and composure to finish with an impressive gross score of 222. ​

KSR BINDA extends its heartfelt appreciation to all participants, officials, volunteers and Management of Bintulu Golf Club for contributing to the success of this championship.

More photos here:
https://drive.google.com/drive/folders/1NuUXi6GwXv1LcsUXEOGaprhlx8Vowc82

https://drive.google.com/drive/folders/1H8DPJgPouNfkq-NWUk0caBLkgclrDbXI

11/07/2026
📣 JOM SERTAI SESI PEMILIHAN PASUKAN BOLA JARING WANITA - MAKSAK BAHAGIAN BINTULU🏐Adakah anda berminat dan bersemangat da...
02/07/2026

📣 JOM SERTAI SESI PEMILIHAN PASUKAN BOLA JARING WANITA - MAKSAK BAHAGIAN BINTULU🏐

Adakah anda berminat dan bersemangat dalam sukan bola jaring? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat anda!

KSR Binda menjemput wargakerja wanita untuk hadir menyertai Sesi Pemilihan Pasukan Bola Jaring Wanita seperti ketetapan berikut:

📅 *Tarikh: 05 Julai 2026 (Ahad)*
🕘 *Masa: 08:00 pagi hingga 05:00 petang*
📍 *Tempat: Gelanggang Bola Jaring, Kelab Kidurong, Bintulu.*

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bola jaring yang akan mengharumkan nama KSR Binda dan Bintulu.

Jumpa di sana!

06/06/2026
🏸🔥 BDA MARA KE ROUND OF 16! 🔥🏸Alhamdulillah, perjuangan kontinjen BDA dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badmint...
05/06/2026

🏸🔥 BDA MARA KE ROUND OF 16! 🔥🏸

Alhamdulillah, perjuangan kontinjen BDA dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton MALA 2026 membuahkan hasil yang membanggakan!

Dengan semangat juang yang tinggi, kesungguhan tanpa henti dan kerjasama mantap seluruh pasukan, BDA berjaya menempah tempat ke pusingan Round of 16. 🥳💪✨

📊 Keputusan peringkat kumpulan:

❌ BDA 1 – 4 Perbadanan Putrajaya
✅ BDA 4 – 1 MP Ampang Jaya
✅ BDA 3 – 2 MB Iskandar Puteri
✅ BDA 5 – 0 MD Batu Gajah

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan kata-kata semangat. Perjalanan masih panjang, namun langkah ke hadapan semakin yakin.

BDA boleh!💪🏻

Address

Bintulu
97007

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6086332011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KSR Binda - BDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share