Arena Petanque Jepak - TRJ

Arena Petanque Jepak - TRJ Untuk tujuan tempahan Penggunaan Arena Petanque Jepak Bintulu

LAPORAN KARNIVAL PETANQUE ANTARA JKKK 20261. Butiran ProgramNama Program: Karnival Petanque Antara JKKK Daerah BintuluAn...
28/07/2026

LAPORAN KARNIVAL PETANQUE ANTARA JKKK 2026

1. Butiran Program
Nama Program: Karnival Petanque Antara JKKK Daerah Bintulu
Anjuran: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Islam Daerah Bintulu (JKKKIDB)
Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Penyertaan: 50 Pasukan (Mewakili 37 JKKK Islam Daerah Bintulu)

2. Objektif Program
Mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara komuniti JKKK Islam di seluruh Daerah Bintulu.
Membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi sukan petanque.
Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan penduduk setempat.

3. Ringkasan & Perjalanan Kejohanan
Program bermula seawal jam 8:00 pagi dengan pendaftaran pasukan serta taklimat ringkas ringkas mengenai peraturan permainan. Sebanyak 50 pasukan telah bertanding secara berperingkat sepanjang hari.
Perlawanan berlangsung dengan lancar dan sengit menyaksikan semangat kesukanan yang tinggi daripada semua peserta. Kemuncak kejohanan ialah Perlawanan Akhir yang mempertemukan pasukan JKKK Kampung Masjid Jepak menentang JKKK Kampung Baru Sebuan Besar.

4. Keputusan Rasmi Kejohanan
KedudukanPasukan / KampungJohanJKKK Kampung Masjid JepakNaib JohanJKKK Kampung Baru Sebuan BesarTempat Ke-3JKKK Kampung DatukTempat Ke-4JKKK Kampung Warisan
Secara keseluruhannya, Karnival Petanque Antara JKKKIDB ini telah mencapai matlamatnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.

Kejohanan Pertanque Terbuka Veteran akan pada 04 & 05jul minggu ini melibatkan penyertaan pemain dari kelab petanque dar...
01/07/2026

Kejohanan Pertanque Terbuka Veteran akan pada 04 & 05jul minggu ini melibatkan penyertaan pemain dari kelab petanque dari seluruh Borneo dan semenanjung. Ini merupakan kali ke 2 Al-Falah Boules Club menganjurkan kejohanan berskala besar seperti ini di mana penglibatan pemain yang semakin berpontensi dan menyerlah semakin ramai beraksi di Arena Petanque Jepak. Ayuh datanglah beramai ke Arena dan sama2 kita meriahkan sukan petanque ....

28jun, 8 pagi bertempat di arena petanque Jepak berlansung satu program pertandingan SENI SUARA GAYA BURUNG yang dianjur...
28/06/2026

28jun, 8 pagi bertempat di arena petanque Jepak berlansung satu program pertandingan SENI SUARA GAYA BURUNG yang dianjurkan oleh Persatuan Pekicau Jepak. Program ini merupakan sesuatu yang unik di mana kita akan sama2 mendengar, melihat dan menghayati kemerduan kicauan pelbagai spesis burung dengan lebih dekat dari peserta2 yang menyertainya. Antara spesis burung yang di pertandingankan ialah serindit (tergis), murai batu, murai kpg dan love bird. Para juri terdiri daripada juri professional iaitu TERGAS dari Indonesia yang lebih berpengalaman. Setiap burung akan dinilai melalui fasa kategori A dan B sebelum bertanding semula ke peringkat juara antara juara (best of the best) mengikuti spesis burung iaitu serindit, murai batu dan murai kampung. Kenamaan yang hadir ialah En Azman Bin Abd Rahman wakil kepada Dato Seri Tiong King Sing, Parlimen 217 Bintulu Merangkap Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia bersama Penghulu Kpg Jepak, KK Sauni selaku penaung program, Jabatan Pemuliharaan Sekitar (JPS). Program berakhir sekitar jam 0100 tengahari.

Laporan drp JKP Arena Petanque
Ramlee

Kerja gotong-royong dilakukan  Kelab Alfalah, Institute Kemahiran Mara bersama JKP Arena Petanque sebagai persiapan awal...
27/06/2026

Kerja gotong-royong dilakukan Kelab Alfalah, Institute Kemahiran Mara bersama JKP Arena Petanque sebagai persiapan awal Kejohanan Petanque Veteran pada 04 & 05jul depan. Antara pasukan yang dijangka menyertai khususnya dari Brunei, Sabah, Lawas dan semenanjung. Ini kali kedua Kelab Alfalah mengendali kejohanan berprestig selepas kejohanan Terbuka Bintulu pada 06 & 07jun lalu.

Pertandingan Seni Suara Burung Berkicau Anjuran Pekicau Jepak akan diadakan di Arena Petanque Jepak pada 28jun / Ahad / ...
27/06/2026

Pertandingan Seni Suara Burung Berkicau Anjuran Pekicau Jepak akan diadakan di Arena Petanque Jepak pada 28jun / Ahad / 0800-1200 bagi merebut Piala Dato Seri Tiong King Sing. Orang ramai dijemput hadir

Address

Taman Riadah Jepak
Bintulu
97000

Telephone

+60198176490

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arena Petanque Jepak - TRJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share