19/08/2026
Dengan penuh rasa dukacita, kami dimaklumkan bahawa rakan kita, Alvin Lebin, telah kembali ke rahmat Tuhan dan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga yang mengenali dan pernah bersama beliau.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh mendiang beristirahat dengan tenang di sisi Tuhan, serta agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan, dan penghiburan dalam menghadapi saat yang penuh kesedihan ini.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, disertakan QR code milik ibu mendiang untuk sumbangan ikhlas. Segala bentuk sumbangan dan sokongan amatlah dihargai sebagai tanda kasih, keprihatinan, dan solidariti kita terhadap keluarga mendiang.
Semoga setiap usaha dan keikhlasan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga serta membawa sedikit kelegaan pada waktu yang sukar ini.
Terima kasih atas sokongan, doa, dan keprihatinan semua.
May his soul rest in peace. 🙏🏻🕊️