SMK DP KEDIT

SMK DP KEDIT Bersama Menyumbang Ke Arah Kecemerlangan

18/04/2026
11/04/2026
๐๐€๐“๐€๐๐† ๐’๐Š๐‘๐€๐๐†, ๐๐€๐“๐€๐๐† ๐‹๐€๐˜๐€๐‘, ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐€๐๐† ๐๐€๐ƒ๐„๐‡: "๐‘จ๐‘ฐ๐‘น ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฑ๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ด๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘จ"Di SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, s...
11/04/2026

๐๐€๐“๐€๐๐† ๐’๐Š๐‘๐€๐๐†, ๐๐€๐“๐€๐๐† ๐‹๐€๐˜๐€๐‘, ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐€๐๐† ๐๐€๐ƒ๐„๐‡:
"๐‘จ๐‘ฐ๐‘น ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฑ๐‘ฌ๐‘น๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ด๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘จ"

Di SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, susana kehidupan anak- anak Kedit dan ibu bapa murid SMK Datuk Patinggi Kedit bermula seawal dini hari turun ke ladang, menoreh getah, ada yang ke kebun lada hitam dan ladang kelapa sawit yang diusahakan secara kecil-kecilan. Ada juga menjadi buruh binaan, dalam arus pemodenan yang rancak di Betong. Ada juga yang bergantung daripada hasil hutan dan tangkapan ikan air tawar. Mereka menjualnya di tamu bandar Betong. Ini usaha untuk menyara keluarga kerana realiti masyarakat majoritinya daripada kelompok B40. Ada juga anak-anak cikgu dan pegawai-pegawai kerajaan serta swasta. Apa pun yang hebatnya juga ibubapa masyarakat Kedit sangat menyokong program-program sekolah.

Mengutamakan pendidikan sebagai wardah mengubah taraf kehidupan. Penuh dengan harapan agar anak-anak mereka berjaya di masa depan melalui jalan pendidikan. Kebanyakan murid-murid datang dari kawasan hulu. Lebih tepat daripada ulu Batang Skrang, Batang Layar dan Batang Padeh. Mereka merupakan anak-anak intan permata Kedit. Umpama air jernih mengalir ke muara kehidupan.

๐๐€๐‘๐€๐“๐ˆ๐… ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐ ๐’๐๐Œ 2025: ๐’๐Œ๐Š ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐๐€๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐ˆ๐“.
Kejayaan SPM 2025 bagi SMK Datuk Patinggi Kedit merupakan satu manifestasi kegigihan yang luar biasa. Walaupun rata-rata murid datang dari kawasan hulu seperti Batang Skrang, Batang Layar, dan Batang Padeh, kualiti pendidikan yang diterjemahkan melalui angka-angka ini membuktikan bahawa "๐š๐ข๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฃ๐ž๐ซ๐ง๐ข๐ก" dari hulu ini mampu mengalir membawa kecemerlangan ke muara masa depan mereka.

1. ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘: ๐€๐๐€๐Š ๐ˆ๐๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐“๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐ˆ๐“.
Murid-murid ini telah membuktikan bahawa walaupun latar belakang keluarga B40 bukanlah penghalang untuk bersaing bersungguh-sungguh.

๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ: Seramai 16 orang calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang, dengan seorang permata sekolah meraih 8A.

๐Š๐ž๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ: Di sebalik rutin seawal dini hari, mereka tetap fokus sehingga mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) yang membanggakan iaitu 4.69.[selepas semakan semula calon GPS meningkat menjadi 4.68] Kekal dua tahun berturut-turut di digit yang kepala empat.

๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง: Sebanyak 95.89% murid layak mendapat sijil, memastikan jalan mereka ke menara gading atau bidang kemahiran terbuka luas. Meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 1.99%.

2. ๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐†๐”๐‘๐”: ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐.
Guru-guru SMK Datuk Patinggi Kedit bertindak sebagai arkitek dan insperasi yang membentuk modul pembelajaran berkesan sehingga sebelas mata pelajaran SPM mencapai kelulusan 100%.

Mata pelajaran kritikal dan teknikal seperti Sains Komputer, Fizik, Kimia, Biologi, dan Ekonomi mencatatkan kelulusan penuh. Ini menunjukkan guru-guru berjaya menanamkan minat dan kefahaman mendalam dalam subjek yang sering dianggap sukar, memastikan tiada anak didik yang tertinggal di belakang.

3. ๐’๐Ž๐Š๐Ž๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐” ๐๐€๐๐€: ๐๐„๐๐†๐Ž๐‘๐๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐๐๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐€๐ƒ๐€๐.
Ibu bapa di kawasan Kedit dan sekitarnya adalah "๐ฉ๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฉ" di sebalik tabir kejayaan ini. Meskipun sibuk berkerja contohnya; menoreh getah, mengusahakan lada hitam, kelapa sawit, atau menjadi buruh binaan, mereka meletakkan pendidikan sebagai wadah utama untuk mengubah taraf hidup keluarga. Sokongan tidak berbelah bahagi terhadap program sekolah menjadi tunjang kekuatan emosi murid untuk terus berjuang di sekolah walaupun jauh dari keluarga di hulu sungai atau pedalaman.

4. ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘: ๐•๐ˆ๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐๐”๐‰๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐.
Pihak pentadbir sekolah telah menunjukkan kemudi yang stabil. Berdasarkan trend 2021-2024, GPS sekolah menunjukkan peningkatan yang konsisten dan berjaya dikekalkan pada tahap 4.68 bagi tahun 2025. Melalui slogan "๐Š๐„๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐ˆ: ๐‘ด๐’๐’—๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐‘ญ๐’๐’„๐’–๐’” ๐‘ป๐’๐’˜๐’‚๐’“๐’…๐’” ๐‘ฌ๐’™๐’„๐’†๐’๐’๐’†๐’๐’„๐’†", pentadbir berjaya menyatukan sinergi antara guru, murid, dan komuniti untuk memastikan prestasi sekolah kekal baik dan stabil.

๐Š๐ˆ๐‹๐€๐”๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐€๐ ๐Š๐„๐ƒ๐ˆ๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐ƒ๐€ ๐€๐’๐€๐“ [๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐€๐’๐‘๐€๐Œ๐€ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐‹๐€๐๐† 2025]
Kejayaan SMK Datuk Patinggi Kedit merangkul kecemerlangan dalam pertandingan ASAT 2025 peringkat negeri Sarawak merupakan satu lakaran sejarah yang membanggakan yang julung kalinya bergelar juara. Kemenangan ini bukan sekadar piala, malahan bukti keberkesanan visi "๐Š๐„๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐ˆ" dalam melahirkan modal insan yang kompetitif. Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di sebalik kejayaan ini, para pelajar yang merupakan "anak intan permata" dari hulu Batang Skrang, Batang Layar, dan Batang Padeh telah membuktikan bahawa kekangan sosioekonomi keluarga B40 bukan penghalang untuk bersaing di peringkat negeri. Semangat juang mereka yang kental, berbekalkan disiplin tinggi, menjadi tunjang utama kemenangan.

Guru-guru bertindak sebagai pemikir dan perancang untuk kejayaan dengan memberikan bimbingan teknikal yang tuntas, manakala pihak pentadbir sekolah memastikan hala tuju strategik sentiasa fokus ke arah kecemerlangan demi menterjemahkan Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Tidak dilupakan, doa dan sokongan padu, jitu dan berterusan ibu bapa yang bekerja keras di ladang dan kebun menjadi azimat penguat semangat. Sesungguhnya, kejayaan ASAT dan SPM 2025 ini membuktikan bahawa air jernih dari pedalaman, kini telah mengalir gagah ke muara kejayaan. Majlis Kesyukuran Kedit 2026 menjadi pentas penghargaan usaha gigih warga sekolah dan komuniti Kedit.

๐Š๐„๐’๐ˆ๐Œ๐๐”๐‹๐€๐
Kejayaan SPM dan ASAT 2025 ini bukan sekadar statistic, lagu dan cerita di atas kertas, tetapi adalah sebuah perjuangan tentang harapan kalis masa depan kecemerlang Pendidikan. Seperti aliran air jernih dari Batang Skrang, Batang Layar, dan Batang Padeh yang tidak pernah berhenti mengalir, semangat anak-anak SMK Datuk Patinggi Kedit juga tidak akan luntur untuk terus menyumbang ke arah kecemerlangan diri, keluarga, dan masyarakat Betong.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐๐ข๐ญ!
๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ข๐ง๐ข ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐š

Alexanda anak Ajon Tinggi
Pengetua,
SMK Datuk Patinggi Kedit







10/04/2026

PROJEK DIWAN BARU BA SMK DATUK PATINGGI KEDIT UDAH DIKEMENDAR

BETONG, 9 April: Pengawa ngaga diwan baru ba Sekula Sekondari (SMK) Datuk Patinggi Kedit udah dikemendar, ku Dr Johnical Rayong Ngipa.

Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Engkilili nya madahka tinda projek beungkus RM1.1 juta nya udah ditutup kena bulan March tu tadi lalu iya madah diri andal projek nya deka dipejalaika enggau jampat nengah ejensi Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak.

โ€œTu antara projek dibaruh Opis Menteri Pelajar Malaysia (KPM).

โ€œSiti agi pra kunterik ungkup sekula ditu iya nya SK Nanga Enteban dibaruh Projek Sekula Repuk iya nya ngaga kuarters pengajar enggau bilik-bilik kelas ke beungkus RM34 juta.

โ€œTu dikena mutarka penanggul nadai diwan, bisi enam buah sekula primari deka digaga nengah RTP enggau penyampau bajet lebih kurang RM600,000 deka dipejalaika lengkas pengudah chabut undi bulan April tu ila,โ€ ku iya.

Dr Johnical mansutka pekara nya rambau Pengerami Makai Selamat Kedit 2026 diatur ba Diwan SMK Datuk Patinggi Kedit ditu, pagi tadi.

Berita Penuh : https://www.tvsarawak.my/2026/04/09/projek-diwan-baru-ba-smk-datuk-patinggi-kedit-udah-dikemendar/

03/04/2026
Ohh Haa!Gayu Guru Gerai Nyamai,Lantang Senang Nguan Menua.
30/05/2025

Ohh Haa!
Gayu Guru Gerai Nyamai,
Lantang Senang Nguan Menua.

Tahniah.Selamat Datang Ke SMK Datuk Patinggi Kedit.
28/05/2025

Tahniah.
Selamat Datang Ke SMK Datuk Patinggi Kedit.

Address

KM 7. 2 Jalan Betong/Kuching
Betong
95700

Opening Hours

Monday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Tuesday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Wednesday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Thursday 07:45 - 12:00
14:00 - 16:45
Friday 07:45 - 11:40
14:00 - 16:45

Telephone

+6083472018

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK DP KEDIT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category