22/06/2026
Alhamdulillah, tahniah kepada semua pemain Twin FC dengan kerjasama 8KKB yang telah menghantar 5 pasukan bagi menyertai Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Besut 2026 yang berlangsung pada Sabtu, 20 Jun 2026.
Lebih membanggakan, pasukan-pasukan yang bertanding berjaya menguasai kejohanan dengan meraih Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga. ππ₯π₯π₯
Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat berpasukan, disiplin, kesungguhan serta sokongan semua pihak yang sentiasa bersama sepanjang kejohanan berlangsung.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan kejayaan yang dikurniakan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan melahirkan lebih ramai pemain berbakat pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua pemain, pengurusan, penyokong serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.
Menang bukan sekadar membawa pulang piala, tetapi mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan mengharumkan nama komuniti.