LIGA PLM

LIGA PLM Portal berita sukan PLM kegemaran anda.

Selain main bola, Ramadhan di MATRI juga mengimbau pelbagai kenangan.
06/03/2025

Selain main bola, Ramadhan di MATRI juga mengimbau pelbagai kenangan.

✨🌟🌙 "Ramadhan semakin hampir! Peluang untuk menggandakan pahala juga semakin hampir. Jom mulakan langkah dengan menyumbang kepada *Sejuta Barakah Ramadhan ...

PLM OLD STAR TEWAS 3-0JSA ARENA (19/10/2024): Pasukan pimpinan Wan Abdul Azim sekali lagi kalah teruk dalam aksi menenta...
20/10/2024

PLM OLD STAR TEWAS 3-0

JSA ARENA (19/10/2024): Pasukan pimpinan Wan Abdul Azim sekali lagi kalah teruk dalam aksi menentang ROC FC di JSA Arena, Shah Alam semalam. Walaupun telah menerbangkan keeper handalan Qayyim Hamdan menggunakan helikopter dari offshore, pasukan PLM gagal menghalang rembatan-rembatan ROC FC dari menembusi gawang. Sementara itu, pemain bernama Ahmad Bashier Nasharuddin telah mendapat bonjol di kepala akibat terlalu bersungguh-sungguh bermain ibarat mahu menang Piala Inggeris. Izzat Mat Suki yang merupakan pemain tetap PLM Old Star ketika ditemui oleh wartawan mengatakana bahawa pemain pada kali ini tidak mencukupi, pengurus sepatutnya lebih telus dan memberitahu awal jika ada yang menarik diri supaya pemain ganti dapat dicari, kata beliau ketika sedang menghirup sup ayam di R&R Elmina selepas perlawanan.

SYAUQI TERUS GERSANGBukit Mertajam (07/09/2024): Pemain import dari G-13, Ahmad Syauqi Murshid terus mempamerkan aksi ge...
10/09/2024

SYAUQI TERUS GERSANG

Bukit Mertajam (07/09/2024): Pemain import dari G-13, Ahmad Syauqi Murshid terus mempamerkan aksi gersang tanpa jaringan gol pada perlawanan menentang KBH2U pada hari Sabtu. Walaupun sudah membeli kasut baru yang sangat mahal di Shopee, ternyata ia tidak memberi sebarang kelebihan pada aksinya di Stadium Permatang Rawa.

Syauqi yang dahulu terkenal sebagai imam masbuq di sekolah, kini merupakan seorang imam yang disegani dan dihormati oleh seluruh masyarakat di Bayan Lepas. Beliau terkenal dengan ulangan bacaan 3 kul tanpa lagu setiap kali solat berjemaah. Besar kemungkinan ahli kariahnya perlu menganjurkan solat hajat dan bacaan tahlil, agar Syauqi mendapat sedikit keberkatan lantas dapat menamatkan kegersangan golnya pada saingan musim 2024 yang berbaki 4 bulan sahaja lagi.

IZZAT BAKAL TINGGALKAN BERTAMBukit Mertajam (07/09/2024): Penjaga gol tumpuan Malaya, Izzat Mat Suki meneruskan aksinya ...
10/09/2024

IZZAT BAKAL TINGGALKAN BERTAM

Bukit Mertajam (07/09/2024): Penjaga gol tumpuan Malaya, Izzat Mat Suki meneruskan aksinya pada perlawanan menentang KBH2U pada hari Sabtu. Izzat yang sebelum ini bermain sepenuh masa bersama pasukan G-13 kini menjadi penjaga gol pilihan pasukan-pasukan lain kerana aksinya yang lincah ibarat Robert Sanchez.

Namun pada hari Sabtu, prestasi beliau dilihat kurang memberansangkan kerana tidak berjaya menampan tiga rembatan yang menyebabkan KBH2U berjaya merampas kedudukan hadapan di saat-saat akhir. Pihak wartawan kami telah menjalankan siasatan yang komprehensif dan progresif mengapa perkara ini boleh berlaku.

Hasil siasatan mendapati Izzat bakal meninggalkan Bertam kerana beliau kini memiliki rumah baharu. Ketika ditemui wartawan kami, beliau memaklumkan bahawa beliau kini serabut memikirkan proses pindah barang ke rumah baharu. Hal ini berkemungkinan besar telah menjejaskan fokus beliau di dalam padang. Di harapkan sahabat-sahabat berdekatan dapat membantu beliau berpindah agar beliau dapat lebih fokus menampan bola pada perlawanan seterusnya.

KAMIL JARINGKAN GOL LAGIPulau Pinang (07/09/2024): Pemain kacukan versetail G-12, Ahmad Kamil Mohamad meneruskan aksi ce...
10/09/2024

KAMIL JARINGKAN GOL LAGI

Pulau Pinang (07/09/2024): Pemain kacukan versetail G-12, Ahmad Kamil Mohamad meneruskan aksi cemerlangnya dan berjaya mencatatkan namanya sebagai penjaring dalam perlawanan pada hari Sabtu. Mendapat hantaran cantik dari Pangeran Adil, Ahmad Kamil tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk merembat kencang menewaskan penjaga gol gosok, Ikhwan Rosli.

Anak jati Pulau Pinang yang lebih dikenali dengan nama timangan "mamu kaki laju", Kamil kini merupakan pemain yang mempunyai rekod jaringan terbanyak untuk musim 2024 dengan jaringan gol di setiap perlawanan. Ketika ditemui wartawan selepas perlawanan, Kamil yang memakai baju sleeveless menyatakan bahawa semua ini adalah anugerah dan kurnia dari Allah SWT, Tuhan pencipta alam.

IKHWAN JANJI TIDAK AKAN GOSOK LAGIPermatang Rawa (07/09/2024): Pengurus dan penjaga gol Kelab Belia Haluan Taman Sungai ...
10/09/2024

IKHWAN JANJI TIDAK AKAN GOSOK LAGI

Permatang Rawa (07/09/2024): Pengurus dan penjaga gol Kelab Belia Haluan Taman Sungai Dua Utama (KBH2U), Ahmad Ikhwan Rosli berikrar tidak akan gosok lagi selepas ini. Ikrar ini dilafazkan dengan ikhlas selepas KBH2U berjaya membenam MATRI G-12 dalam aksi dramatik di Stadium Permatang Rawa pada Sabtu lalu.

Ikrar ini pada mulanya menjadi tanda tanya apabila beliau mengeluarkan kenyataan "Aku janji ni gambar last aku g***k" di laman rasmi media sosialnya. Bagi menyelesaikan persoalan teka silang kata ini, wartawan kami telah menghubungi seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka yang enggan namanya didedahkan. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa terma "g***k" ini sebenarnya adalah dari perkataan "gosok" yang dirahsiakan tiga huruf di tengah perkataan. Dari sudut istilah, gosok adalah amalan penjaga gol menggosok bola sambil membaca ayat-ayat jampi. Ternyata amalan gosok ini berkesan kerana Ikhwan berjaya menampan banyak percubaan dari Ahmad Kamil dan Wan Abdul Azim.

Dalam tazkirah ringkasnya selepas perlawanan, Ahmad Ikhwan telah menyindir pasukan G-12 yang berjaya dikalahkannya dan menyatakan bahawa KBH2U terbuka untuk pertarungan semula jika G-12 mahukan revenge. Namun tinjauan wartawan kami mendapati warga G-12 tidak termakan dengan provokasi ini kerana mereka bermain ikhlas kerana Allah SWT dan bagi mengeratkan ukhuwwah.

SYED AHMAD FATHI TERUS PAMER AKSI CEMERLANGBukit Mertajam (07/09/2024): Pemain OKU  yang diimport dari MATRI G-13, Syed ...
10/09/2024

SYED AHMAD FATHI TERUS PAMER AKSI CEMERLANG

Bukit Mertajam (07/09/2024): Pemain OKU yang diimport dari MATRI G-13, Syed Ahmad Fathi dilihat terus mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan G-12 menentang KBH2U pada Sabtu lalu. Walaupun diletakkan sebagai pemain pertahanan, beliau dilihat berusaha keras membantu pasukan G-12 di bahagian tengah dan atas padang. Hasil usaha keras beliau berjaya menghalang KBH2U untuk menjaringkan gol pada dua separuh masa pertama. Namun situasi berubah apabila beliau dikeluarkan pada separuh masa ketiga dan diganti oleh Syauqi Murshid yang menyaksikan KBH2U berjaya menjaringkan 3 gol bagi memperolehi kemenangan ke atas G-12.

Menurut laporan kesihatan yang diteliti oleh wartawan kami, Syed Ahmad Fathi menghidap komplikasi jantung yang digelar sebagai Unstable Angina. Komplikasi ini disebabkan oleh terdapatnya salur darah tersumbat sebanyak 50 peratus di bahagian kiri jantung iaitu pada left anterior descending artery (LAD). Mengikut maklumat yang diterima oleh pihak kami, doktor di hospital memaklumkan bahawa beliau masih boleh bersukan tetapi perlu hadir ke hospital secara berkala bagi tujuan pengawasan dan rehabilitasi.

AZRI TIDAK MAHU BUKA JAMBukit Mertajam (07/09/2024): Atlet ultra-marathon negeri Kedah, Muhammad Syaufiqul Azri yang ber...
09/09/2024

AZRI TIDAK MAHU BUKA JAM

Bukit Mertajam (07/09/2024): Atlet ultra-marathon negeri Kedah, Muhammad Syaufiqul Azri yang beraksi pada Sabtu lalu di Stadium Permatang Rawa mencuri tumpuan apabila beliau tidak mahu membuka jam pintarnya. Jam ini disorokkan di tangan kiri beliau menggunakan sehelai kain hitam. Beliau yang baru menghabiskan larian 100 kilometer kelihatan tidak penat ketika beraksi.

Ketika ditanya oleh wartawan sukan mengapa memakai jam pintar ketika bermain sangat penting. Azri menerangkan bahawa beliau mahu merekodkan jarak larian sepanjang perlawanan, pace, dan juga heart ratenya. Rekod ini penting untuk dipamerkan kepada para peminatnya dalam applikasi Strava untuk mendapatkan lebih banyak kudos.

SAYA SUDAH LETIH BERKEMPEN - WAN ABDUL AZIMBukit Mertajam (07/09/2024): Bekas pengurus pasukan PLM OLD STAR, Wan Abdul A...
09/09/2024

SAYA SUDAH LETIH BERKEMPEN - WAN ABDUL AZIM

Bukit Mertajam (07/09/2024): Bekas pengurus pasukan PLM OLD STAR, Wan Abdul Azim yang baru-baru ini telah meletakkan jawatan kini menyatakan kekecewaannya kepada pasukan baru yang diuruskannya iaitu MATRI G-12 FC. Ura-ura kuat bertiup bahawa beliau mungkin akan membawa diri dan tidak lagi menguruskan perlawanan bagi G-12.

Dalam perlawanan menentang KBH2U pada hari Sabtu lalu, pasukan G-12 beraksi cemerlang pada dua separuh masa pertama dengan mendahului dengan selesa menerusi jaringan 2-0 oleh Ahmad Kamil dan Suheil SH. Namun akhirnya G-12 hanya menang sahsiah apabila KBH2U melakukan come back pada separuh masa ketiga dan menang bergaya dengan jaringan 3-2.

Dalam satu kenyataan terbuka yang dibuat di media sosial rasminya, Wan Abdul Azim menyatakan dia sudah berkempen seperti kempen PRU bagi memastikan para pemain turun padang, dan perkara ini sangat meletihkan.

Mengikut jadual perlawanan terkini, MATRI G-12 masih mempunyai baki satu perlawanan bagi kempen persahabatan musim 2024. Ketika ditanya oleh wartawan adakah perlawanan akhir ini akan diadakan di Cameron Highland, Wan Abdul Azim menyatakan venue tersebut sukar dipilih atas faktor-faktor keselamatan.

PENG HAMPIR HATRIK DI PERMATANG RAWABukit Mertajam (07/09/2024): Pemain prolifik MATRI G-12 FC, Pangeran Muhammad Adil h...
09/09/2024

PENG HAMPIR HATRIK DI PERMATANG RAWA

Bukit Mertajam (07/09/2024): Pemain prolifik MATRI G-12 FC, Pangeran Muhammad Adil hampir-hampir menjaringkan 3 gol dalam perlawanan menentang KBH2U di Stadium Permatang Rawa, Bukit Mertajam pada Sabtu lalu.

Walaupun mempunyai lebih dari 10 peluang untuk menjaringkan gol, peluang ini tidak berjaya diterjemahkan menjadi mata perlawanan bagi G-12. Ketika ditemui di perkarangan stadium, Peng yang sedang menikmati minuman Haus Boom perisa oren memberitahu wartawan bahawa komitmennya kepada pasukan menyebabkan dia lebih selesa memberi pemain lain untuk menjaringkan gol. Menurut catatan pengadil, gol pertama G-12 oleh Ahmad Kamil merupakan hasil hantaran cantik Peng dari tengah padang. Selain itu, kesukaran untuk menjaringkan gol adalah kerana terdapat provokasi dari luar padang terutamanya dari penyokong bernama Pit Lai (bukan nama sebenar).

Peng berharap, perlawanan akan datang akan menjadi batu loncatan buat dirinya untuk terus beraksi cemerlang agar dapat terpilih ke dalam skuad olimpik Hannah Yeoh bagi tahun 2028.

09/09/2024

Lama admin tak kemaskini halaman sebab meraikan kekalahan Menyu di Old Trafford.

Ok geng. Kita ada satu game minggu ini dengan abang-abang Gen 6 MATRI aka PASKAR.

Insha Allah. Jumpa hari Sabtu nanti!

09/09/2024

Address

Perkampungan Tunjong
Beseri
02400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LIGA PLM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category