Akademi Silat Gerak Panglima Malaysia

Akademi Silat Gerak Panglima Malaysia Follow Instagram :


Facebook Fanpage :
Akademi Silat Gerak Panglima Malaysia

10/11/2025

Jangan takut kalah dalam latihan, takutlah bila semangat mati sebelum turun gelanggang.
Selagi tangan masih boleh digenggam, selagi kaki masih menapak jangan berhenti berjuang.

PENGAMBILAN AHLI BARU 2025-2026Pengambilan Ahli Baru Akademi Silat Gerak Panglima bagi sesi 2025-2026 kini dibuka!Datang...
06/11/2025

PENGAMBILAN AHLI BARU 2025-2026

Pengambilan Ahli Baru Akademi Silat Gerak Panglima bagi sesi 2025-2026 kini dibuka!
Datang dan rasai sendiri warisan bangsa yang masih hidup dalam setiap gerak langkah.

'Jika darah pahlawan mengalir dalam dirimu,maka gelanggang ini la tempatmu.Gerak Langkah Hari ini, Tentukan maruah bangsa esok'

Sebarang pertanyaan boleh hubungi No yg Tertera.

LOKASI GELANGGANG:
Dewan Orang Ramai Kampung Jalan Baru,Alor pongsu,Perak

ALHAMDULILLAH 🤲Pada Kejuaraan Silat Seni & Olahraga Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di UPBM ...
27/10/2025

ALHAMDULILLAH 🤲

Pada Kejuaraan Silat Seni & Olahraga Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di UPBM Ipoh, pesilat dari ASGPM telah membawa pulang “3 pingat emas 1 perak” pada 3 acara yang dipertandingankan.

*Tahniah dan syabas kepada*
-Nursyasya Qistina bt Roslan
-Nur Hawa Afifah bt Azmi
(Emas Seni Tempur Puteri)
-Muhammad Danish Rahman b Azhar
(Emas Silat Tanding Olahraga)
-Khairil Zulirshad b Khairil Anuar
(Perak Silat Tanding Olahraga)

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa pesilat yang telah memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk membawa mereka menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah berkat doa dan restu, mereka berjaya membanggakan keluarga serta ASGPM sendiri.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepada kami sepanjang pertandingan berlangsung.

Setinggi penghargaan kepada Guru ASGPM Samsul Bin Ariffin kerana memberi dorongan penuh kepada semua pesilat yang terlibat. Tidak lupa kepada YAB Menteri Besar Perak Dun Alor Pongsu Nazirul Bin Jamaluddin kerana memberi sumbangan serta sokongan penuh kepada kami.

Alhamdulillah Tahniah kepada semua Ahli Pesilat Gerak Panglima 💪 yg telah menyertai Kejohanan Super Kombat 2025 di MSN N...
28/04/2025

Alhamdulillah Tahniah kepada semua Ahli Pesilat Gerak Panglima 💪 yg telah menyertai Kejohanan Super Kombat 2025 di MSN Negeri Perak..
Walaupun Semua pesilat pertama kali sertai kejohanan Silat Olahraga..Kami Berjaya membawa pulang 2 Pingat Gangsa Kategori Puteri & Putera.

Ucapan Terima Kasih juga buat semua pengurusan & Jurulatih yg telah melatih Pesilat dalam Sukan Silat Olahraga.Kami amat menghargai penat lelah anda semua sepanjang 4 Hari 3 Malam di MSN NEGERI PERAK..

“Anak dibuli, kita menangis. Anak membuli, kita malu. Tapi kalau anak kita belajar silat… dia tahu erti hormat, berani, ...
09/04/2025

“Anak dibuli, kita menangis. Anak membuli, kita malu. Tapi kalau anak kita belajar silat… dia tahu erti hormat, berani, dan maruah.”

Buli bukan sekadar tumbuk dan sepak.
Buli merosak jiwa anak perlahan-lahan.
Dan hari ini… makin ramai anak kita jadi mangsa.

Cukup! Jangan biar anak kita terus jadi sasaran.
Sudah tiba masanya kita bangkitkan semangat pendekar dalam diri mereka!

Silat bukan untuk bergaduh. Silat mendidik anak jadi berani, beradab dan berprinsip.
Anak yang belajar silat, tahu beza lawan dan kawan. Tahu jaga kawan, bukan hina kawan.

Daftar sekarang bersama Seni Silat Gerak Panglima!
Tarikh pendaftaran: 12 April - 31 April 2025

HUBUNGI :
www.wasap.my/60175032761/DaftarSilat
( Athirah )
www.wasap.my/60174703116/DaftarSilat
( Raihan )

Biar anak kita bukan sekadar kuat tangan…
Tapi kuat hati, kuat semangat, dan kuat jati diri!





KENAPA SILAT SUSAH NAK BANGUN?Ini satu realiti yang menyedihkan dalam dunia persilatan Melayu—bukannya bersatu untuk mem...
07/04/2025

KENAPA SILAT SUSAH NAK BANGUN?

Ini satu realiti yang menyedihkan dalam dunia persilatan Melayu—bukannya bersatu untuk mempertahankan warisan, tapi saling berebut pangkat dan pengaruh. Banyak gelanggang silat yang gagal berkembang bukan kerana tiada bakat atau ilmu, tapi kerana perbalahan dalaman.

Ada yang sanggup menjatuhkan orang lain hanya kerana tak puas hati. Hasad dengki berleluasa—sampai ada yang menghantar sihir, memfitnah, dan menjatuhkan maruah sesama sendiri. Akhirnya, silat bukan lagi medan membina keperibadian, tapi menjadi gelanggang pertarungan ego.

Selagi Melayu tak buang sikap tamak dan dengki, selagi itu silat akan terus tenggelam dalam perpecahan. Jika benar ingin memperjuangkan warisan, bersatulah. Jangan biarkan pangkat dan kuasa membutakan hati.

04/04/2025

Pendekar 💪

PENDEKAR 💪 "Orang yang sabar dalam silat, dialah yang paling berbahaya,Musuh bergerak dengan amarah, pendekar bergerak d...
02/04/2025

PENDEKAR 💪

"Orang yang sabar dalam silat, dialah yang paling berbahaya,Musuh bergerak dengan amarah, pendekar bergerak dengan sabar."

31/03/2025

Keris dihunus megah di tangan,
Pahlawan gagah teguh berdiri,
Syawal tiba mohon keampunan,
Silaturahim erat berseri-seri.

Silat warisan penuh bergaya,
Dipertahan pendekar sejati,
Hari Raya kita bersuka ria,
Maaf dipinta suci di hati.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌙✨"Kami di Akademi Silat Gerak Panglima mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Za...
30/03/2025

"Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌙✨"

Kami di Akademi Silat Gerak Panglima mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan keampunan buat kita semua.

Bersama kita kekalkan warisan, kukuhkan silaturahim, dan terus melangkah sebagai pahlawan sejati! ⚔️💪

Address

Beriah
34300

Opening Hours

Saturday 16:00 - 18:30
Sunday 16:00 - 18:30

Telephone

+60174576764

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Silat Gerak Panglima Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Silat Gerak Panglima Malaysia:

Share