ECo Millennium Beranang

ECo Millennium Beranang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ECo Millennium Beranang, Fitness Boot Camp, eco millennium, Beranang.

The 35-acre training center which capable to accommodates maximum 400 pax complete with training facilities and high impact modules for personality development, teambuilding, leadership skills, nation building and community services.

Water Confident SessionMPP Politeknik Nilai
20/02/2020

Water Confident Session
MPP Politeknik Nilai


31/01/2020

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Nilai.
Flying Fox, Repealing & Obstacle Course.


Insha Allah program ADAB Reset akan dibuka pada lepasan SPM untuk mengisi masa lapang sebelum melangkah ke alam universi...
11/01/2020

Insha Allah program ADAB Reset akan dibuka pada lepasan SPM untuk mengisi masa lapang sebelum melangkah ke alam universiti dan pekerjaan.

Ada yang berminat?
Sertai group Telegram untuk maklumat terkini tentang program.

Klik link ---> https://t.me/AdabReset
Klik link ---> https://t.me/AdabReset
Klik link ---> https://t.me/AdabReset

BERANANG – Para pelajar Sekolah Tinggi Brainy Bunch yang mengikuti program ADAB Reset di Kem Eco Melinium di sini disifatkan berjaya pupuk nilai-nilai jati d...

01/01/2020

1st day Program: Registration, Basic Ground Rules,
Hello Mate, Regiments Basic Training & Night Walk

Young Leaders Program (28-31 Dec 2019) Brainy Rangers for students of Brainy Bunch International School Millennium Beranang



31/12/2019

PROGRAM PATRIOTIK YANG MEMBINA ADAB
Beranang, Selangor ~ Kumpulan Brainy Bunch bakal memperkenalkan sebuah program patriotik berasaskan penekanan kepentingan Adab. Adab adalah akronim bagi ALLAH centered atau mengutamakan ALLAH, Determination atau Iltizam, Action-oriented atau berorientasikan tindakan dan Benevolent atau baik hati.

Melalui sebuah perjanjian kerjasama yang dimeterai hari ini bersama Kem Eco Millenium di sini, Kumpulan Brainy Bunch akan menjalankan program 44 Hari Adab Reset yang mengutamakan pendidikan sahsiah diri, berdikari dan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Fadzil Hashim berkata, program 44 Hari Adab Reset juga dilihat mampu memperkasakan semua bekas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditutup sejak 2018.

"Kami berharap program ini akan menarik minat pengusaha Kem PLKN yang lain untuk menggunakan pengisian Program 44 Hari Adab Reset ini untuk diperkenalkan ke seluruh negara dan bukan hanya pelajar Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch sahaja," katanya di sini, hari ini.

Fadzil berkata program ini merupakan sumbangan kumpulan pendidikan swastanya untuk melestarikan kembali program semangat cintakan negara agar dapat digunapakai oleh semua.

"Kami berharap selepas ini, kami dapat menarik minat Kementerian Pendidikan untuk sama-sama menjayakan program 44 Hari Adab Reset ke semua sekolah di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Komandan Brainy Rangers, Izni Idris berkata pihaknya komited untuk menanamkan semangat Patriotik kepada pelajar dan memastikan kejayaan program tersebut.

"Kami berharap akan mendapat kerjasama oleh semua pihak terlibat terutamanya Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan," katanya.

Sementara itu, Komandan Eco Millenium, Meor Ezree Syazrin berpendapat kerjasama yang dijalinkan ini dapat mengubah persepsi pelajar tentang semangat patriotik yang dilihat hanya tertumpu kepada latihan ketenteraan semata-mata.

" Program ini menekankan pendidikan rohani dan spiritual selain diberi pendedahan kepada aktiviti lasak," katanya.

Menurut Meor Ezree lagi, program 44 Hari Adab Reset turut menekankan semangat sukarelawan.

"Program oleh Brainy Ranger ini turut memberi keutamaan kepada semangat sukarelawan kepada pelatih.

"Kami percaya, penyatuan dalam masyarakat boleh dicapai melalui semangat sukarelawan dan saling membantu antara satu sama lain."

Sementara itu Pengurus Perniagaan Brainy Ranger Sdn Bhd, Mohd Fuad Rahim berkata pihaknya mula mencari tapak sesuai untuk menjalankan aktiviti program yang menyeluruh itu.

"Kebanyakkan silibus latihan jati diri yang dikendalikan, didapati ia tidak seimbang antara kerohanian dan jasmani,"

"Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk mengkaji keperluan semasa pelajar kini dan menghasilkan pengisian pengajian yang lengkap dan efektif, sesuai dengan peringkat umur pelatih," katanya.

Eco Millenium merupakan sebuah kem latihan yang terletak di Kampung Kuala Panam, Beranang, Selangor.

Kawasan seluas 35 ekar itu pernah dijadikan pusat latihan kem khidmat negara atau PLKN sebelum ditutup pada 2018.

** Kenyataan media ini disediakan oleh Unit Media Brainy Bunch. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Suraya Ali di talian 0192199052 atau email [email protected]


YBhg Datuk Wan Suraya Wan Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hadir pada majlis penutup TUBE6...
23/11/2019

YBhg Datuk Wan Suraya Wan Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hadir pada majlis penutup TUBE6 dan bertemu dengan Tuan Kol(B) Othman Bin Yaacob, Group Director of Eco Millennium di akhir majlis.

Semoga ketemu di lain masa. Terima kasih.


Address

Eco Millennium
Beranang
43700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ECo Millennium Beranang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share