Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bentong

Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bentong Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi daerah Bentong. Kelas diadakan setiap malam jumaat dan sabtu pada jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Md. Al-Fatihah.

Pewaris Mutlak Silat Cekak

Silat Cekak Pusaka Hanafi diterajui oleh YM Syeikh DR. Hj. Radzi bin Hj Hanafi, yang merupakan anak keempat kepada pengasas Seni Silat Cekak itu sendiri, iaitu Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad. YM Syeikh DR. Hj. Radzi bin Hj Hanafi memperoleh mandat melalui sanad & salasilah perguruan (persilatan) yang sah pada 19 Mei 1993. Sebagai Pewaris Mutlak kepada perjuangan

Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, beliau amat yakin bahawa Silat Cekak Pusaka Hanafi ini dapat dikembangkan dan dimajukan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa. Pengasas / Pemimpin Agung Silat Cekak

Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dikenali sebagai 'Pengasas' dan 'Pemimpin Agung Silat Cekak' diatas jasanya menzahirkan semula Silat Cekak seterusnya menggerakkannya dengan cara yang bersistematik bersesuaian dengan peredaran zaman. Allahyarham Ustaz Hanafi mula berkecimpung dalam memperjuangkan Seni Silat Cekak ini sejak dari tahun 1965 lagi. Bermula dengan mengembangkan Silat Cekak ini dengan bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri Kedah, Silat Cekak dibawah pimpinannya kemudiannya bergerak melalui nama-nama seperti Persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia, sehinggalah ke nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 13 Ogos 1986, di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Keramat Permai, Kuala Lumpur. Sejarah Silat Cekak

Silat Cekak telah diasas dan dizahirkan kembali oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj. Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385H bersamaan 28 Disember 1965. Silat ini berasal dari Kedah dan berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II. Bermula dengan bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri Kedah, Silat Cekak kemudiannya bergerak di bawah nama-nama seperti Persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Kini, Silat Cekak yang benar-benar seperti yang dianjurkan pembawaannya oleh Allahyarham Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad adalah dikenali dengan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi, dan digerakkan melalui pertubuhan induk Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

06/05/2026

Elakkan daripada menjadi mangsa!
Jom belajar SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI

Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Kuantan
Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Jerantut
Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bentong
Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub
Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Rompin

04/05/2026

SILAT CEKAK hanya mempunyai 21 buah kesemuanya. Cukup ringkas seperti namanya juga.

SECEKAK (segenggam), bukan segantang

02/05/2026

PENGAMBILAN AHLI BARU PUSAKA HANAFI RAUB.

02/05/2026

Disamping mempelajari seni mempertahankan diri, penuntut SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI turut dibentuk dalam membina jatidiri yang lebih baik.

Marilah sertai kami sekarang!

02/05/2026
28/04/2026
11/02/2026 RABUKelas Latihan Pusaka Hanafi Bentong.Alhamdulillah kelas latihan berjalan seperti biasa.Latihan Asas Jatuh...
12/02/2026

11/02/2026 RABU

Kelas Latihan Pusaka Hanafi Bentong.
Alhamdulillah kelas latihan berjalan seperti biasa.
Latihan Asas Jatuh serta Latihan Tamat.

LOKASI : KELAB BELIA DAN SUKAN BENTONG( GELANGGANG BOLA KERANJANG)
WAKTU : 9:30PM-1100PM
HARI: RABU

Latihan ASAS JATUH
- mengulangi latihan2 kaedah serta Asas Dan Jatuh
- TP akan memperbetulkan buah2 Asas Dan Jatuh kepada penuntut.

Latihan TAMAT
- memperkemaskan buah2 Asas,Jatuh Dan Potong.
- menperlihatkan KEASLIAN buah2 dari segi KAEDAH Dan PEMAKAN.
- memahami buah2 tamat.
- TP yang mempunyai TAULIAH saja boleh menerangkan buah2 tamat serta kemahiran2 yang lain.





17/01/2026

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

"Kelebihan ibu, karamah; doanya makbul. Kelebihan bapa, sifatnya gagah. Kelebihan guru, bertambahnya keberkatan ilmu." - YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

16/01/2026

π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ ππ”π’π€πŠπ€ π‡π€ππ€π…πˆ: π–π€π‘πˆπ’π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŠπ„πƒπ€π‡ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐃𝐀 πƒπ”ππˆπ€

πΏπ‘Žπ‘‘π‘Žπ‘Ÿ π΅π‘’π‘™π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘›π‘” π‘†π‘–π‘™π‘Žπ‘‘ πΆπ‘’π‘˜π‘Žπ‘˜ π‘ƒπ‘’π‘ π‘Žπ‘˜π‘Ž π»π‘Žπ‘›π‘Žπ‘“π‘–

Silat Cekak berasal dari bumi Kedah Darul Aman, berakar sejak sekitar tahun 1804 sebagai seni bela diri eksklusif para Panglima Kanan Istana Kedah.

Ilmu warisan ini dizahirkan kembali pada 28 Disember 1965 oleh YM Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, Pemimpin Agung Silat Cekak lalu disusun dan dikembangkan agar sesuai diamalkan di zaman moden tanpa menghilangkan jati diri, adab dan keaslian budaya silat Melayu.

Silat Cekak diajar melalui sistem pembelajaran yang tersusun, sistematik dan dinamik dengan keutamaan kepada perkara yang berikut:

βœ”οΈ Mudah dipelajari
βœ”οΈ Praktikal untuk diamalkan
βœ”οΈ Berpakej
βœ”οΈ Menekankan asuhan jasmani dan rohani

Kini dikenali sebagai Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, warisan Silat Cekak yang memiliki susur galur sanad perguruan yang asli dan sah.

Diterajui oleh YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi, selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Ilmu ini terus berkembang dan kini diamalkan oleh hampir 200,000 pesilat di seluruh dunia.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

16/01/2026

Salam Israk Mikraj 1447H

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Peristiwa Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa agung ini menjadi sumber inspirasi untuk kita terus memperkukuh keimanan, meningkatkan ketakwaan serta memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dan sesama insan.

Marilah kita mengambil iktibar daripada perjalanan mulia Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan seharian, khususnya dalam menunaikan ibadah solat yang menjadi tiang agama.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.

Address

Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bentong, , No 60, Jalan Seri Jaafar
Bentong
28700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share