01/04/2026
Gambar kenangan semasa pertandingan main DAM sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampung❤️
Sedikit info - Dam Haji atau Dam Raja ialah permainan papan tradisional popular di Malaysia, sejenis variasi Checkers atau Drafts yang dimainkan oleh dua orang pada papan.
Objektif utamanya adalah memakan semua buah lawan atau menyekat pergerakan lawan. Buah yang mencapai hujung papan lawan akan "naik haji" (menjadi 'raja') dan boleh bergerak bebas.
Ia juga mengajar para pemain lebih fokus dan belajar untuk cara menyelesaikan masalah dan bagaimana keluar daripada masalah yang dihadapi👍😉