12/10/2025
11 Oktober 2025.
Kejohanan Bola Jaring Peringkat Pedalaman Bawah sempena HSN 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Gelanggang Futsal Jempangah Beaufort. Dua kategori telah dipertandingkan. Terdiri daripada 4 pasukan veteran dan 8 pasukan U34. Syabas dan tahniah kepada semua pasukan dan pemain dari sekitar daerah Beaufort, Membakut, Kuala Penyu, dan Sipitang yang telah menyertai.
Pasukan Veteran
La Flame A
La Flame B
Sister Squad
Khaulah Fighter
Pasukan U34
La Flame Junior
La Flame Panther
Shadow Blitz
Netstarz Elite
SMG
Baby Shark
NCT Team
Sister Squad
Terima kasih kepada Encik Zazali bin Zahari , Penolong Pegawai Belia dan Sukan , Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah atas kesudian untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada barisan AJK Teknikal dan pengadil perlawanan yang telah menjayakan siri kejohanan pada kali ini.
Teruskan semangat bola jaring. Semoga berjumpa lagi di kejohanan akan datang.