21/08/2021
Please allow us few more days to get our facilities READY to serve to SAFELY.
We are gonna STRONGER!
KENYATAAN MEDIA YANG BERHORMAT SOON LIP CHEE, EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG PADA 21 OGOS 2021
KEMASKINI SOP AM SEKTOR SUKAN DAN REKREASI PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2 DI NEGERI PULAU PINANG
Berdasarkan SOP AM Sektor Sukan dan Rekreasi di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 20 Ogos 2021 dan Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Aktiviti Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 20 Ogos 2021, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum dan memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI YANG DIBENARKAN DI NEGERI PULAU PINANG DI BAWAH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2
1. Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Aktiviti tersebut seperti joging, senaman, renang, kayak (solo), taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
2. Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) adalah dengan pematuhan kepada 60% kapasiti penggunaan/ kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi.
3. Semua individu adalah dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan rekreasi walaupun masih belum menerima atau melengkapkan vaksinasi termasuklah di fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka. Walau bagaimanapun, sekiranya individu tersebut hendak dine-in di kafe atau restoran yang terdapat di dalam premis sukan dan rekreasi seperti club house, individu tersebut mesti telah melengkapkan vaksinasi.
AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI YANG TIDAK DIBENARKAN DI NEGERI PULAU PINANG DI BAWAH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 2
1. Semua aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan t tertutup (indoor).
2. Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkump**an atau melibatkan sentuhan fizikal.
3. Penganjuran semua kejohanan atau pertandingan KECUALI anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League), Kejuaraan Petronas Cub Prix dan mana-mana DENGAN kebenaran KHAS KBS sahaja.
4. Kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreasi.
5. Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TANPA kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sokongan KBS/ MSN.
6. Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.
PEMBUKAAN SEMULA KEMUDAHAN KOLAM RENANG
Berdasarkan SOP terkini yang telah dikemaskini, aktiviti renang adalah dibenarkan dan pengoperasian kemudahan kolam renang terbuka (outdoor) dan separa terbuka adalah dibenarkan dengan pematuhan kepada 60% kapasiti penggunaan/ kawasan dengan kawalan penyeliaan. Kehadiran pengguna adalah secara tempahan (appointment/ reservation basis).
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa kemudahan kolam renang di bawah seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai akan dibuka kepada orang awam mulai 23 Ogos 2021 seperti berikut:
1. Kolam renang Kompleks Sukan Bandaraya Relau dibuka dari jam 7:00 pagi hingga 10:00 pagi; dan dari jam 4:00 petang hingga 9:00 malam. Bilangan pengguna dihadkan 30 orang sahaja pada satu-satu masa. Tempahan boleh dibuat atas talian 012-5105997.
2. Kolam renang Kompleks Sukan MBSP Jalan Betek, Bukit Mertajam dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang; dan dari jam 4:00 petang hingga 9:00 malam. Bilangan pengguna dihadkan 60 orang sahaja pada satu-satu masa. Tempahan boleh dibuat atas talian 04-5305685, 04-5497489, 012-5721567.
Walau bagaimanapun, penggunaan kemudahan kolam renang di hotel adalah tertakluk kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Pihak Pengurusan hotel tersebut. Bagi penggunaan kemudahan kolam renang di kediaman strata p**a adalah tertakluk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Pengurusan Strata (JMB) masing-masing.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil berat keseimbangan kehidupan serta kesihatan rakyat negeri Pulau Pinang dan akan mematuhi pengumuman SOP Sektor Sukan dan Rekreasi yang diumumkan oleh pihak MKN dan KBS dari semasa ke semasa agar masyarkat awam dapat bersukan dalam keadaan yang selamat.
Walaupun kelonggaran telah diberikan terhadap pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi, namun orang awam masih diingatkan supaya sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan SOP yang telah ditetapkan memandangkan bilangan kes Covid-19 harian di negara kita telah mencatat melebihi 20 ribu. Kerajaan Negeri memohon agar rakyat negeri Pulau Pinang dapat bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 ini.
SOON LIP CHEE
EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG