29/07/2026
πΈ ONE LAST POST FOR THE CHAMPIONS!!
π KEDUDUKAN PODIUM KEJOHANAN BOLA SEPAK 15-TKB & 18-TKB MSS SARAWAK 2026! π
Kejohanan Bola Sepak 15-TKB MSS Sarawak 2026 sudah pun melabuhkan tirainya hampir dua minggu yang lalu.
Namun, bahang perjuangan dan momen di atas padang masih lagi segar di ingatan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan semangat kesukanan dan mutu permainan yang luar biasa sepanjang kejohanan ini berlangsung dari 13 hingga 17 Julai 2026.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada seluruh jawatankuasa pengelola, pengurus-pengurus pasukan, jurulatih, para pemain, pegawai perlawanan, serta para penyokong yang tidak henti-henti memberikan sokongan padu dari awal hingga ke penghujung kejohanan.
Semoga semangat juang ini terus menyala dalam diri atlet-atlet muda kita demi kemajuan bola sepak negeri khususnya. Sampai jumpa lagi di kejohanan akan datang!
Sebelum mengundurkan diri secara rasmi, ayuh kita abadikan detik ini buat kali yang terakhir dengan memberi penghormatan kepada barisan penerima podium kejohanan!
Berikut adalah keputusan rasmi Kedudukan Podium bagi Kategori 15-TKB & 18-TKB:
KATEGORI 15-TKB
----------------------------------------
π₯ JOHAN: MSSB KUCHING
π₯ NAIB JOHAN: SSN SARAWAK
π₯ TEMPAT KE-3: MSSB BINTULU
π
TEMPAT KE-4: MSSB LIMBANG
KATEGORI 18-TKB
----------------------------------------
π₯ JOHAN: SSN SARAWAK
π₯ NAIB JOHAN: MSSB MIRI
π₯ TEMPAT KE-3: MSSB SERIAN
π
TEMPAT KE-4: MSSB KUCHING
Disediakan oleh:
βοΈ Admin Media MSS Sarawak 2026
Jawatankuasa Publisiti Kejohanan Bola Sepak MSS Sarawak 2026