11/05/2026
Suasana di SJKC Hwa Nan hujung minggu lalu memang luar biasa! 🔥
Seramai 202 "grandmaster" muda telah berkumpul untuk beradu strategi dalam Kejohanan Catur YB Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan 2026. Melihat fokus dan semangat anak-anak dari kategori U9 sehingga U15 ini memang membanggakan.
Terima kasih YB Tuan Haji Aminolhuda (Ahli Parlimen Sri Gading) kerana hadir memberi suntikan semangat kepada para peserta. Kerjasama mantap antara SJK(C) Hwa Nan, Kelab Catur Pion Pintar dan Kelab Catur Langkah Bijak telah menjadikan acara ini satu memori indah buat semua.
Jumpa lagi di kejohanan akan datang! ♟️✨