11/06/2026
📢【PENGUMUMAN TERKINI Kejohanan Badminton Sosial CL Sport Centre 2026】📢
Terima kasih atas sokongan dan perhatian yang diberikan kepada kejohanan ini.
Setelah menerima maklum balas daripada ramai peminat badminton, pihak penganjur ingin menjelaskan bahawa kejohanan yang sebelum ini dinyatakan sebagai "Kejohanan Terbuka (Open Tournament)" kini ditukar kepada "Kejohanan Badminton Sosial (Social Tournament)" bagi mengelakkan sebarang salah faham serta lebih menepati objektif asal penganjuran.
Kejohanan ini dianjurkan khas untuk pemain badminton kategori sosial dengan tujuan menyediakan platform pertandingan yang adil, mesra dan menyeronokkan. Ia juga memberi peluang kepada pemain untuk merasai pengalaman pertandingan, berkenalan dengan rakan-rakan badminton baharu serta meningkatkan kemahiran melalui persaingan yang sihat.
🏸【SYARAT KELAYAKAN PENYERTAAN】
✅ Berumur 18 tahun ke atas (tiada had umur maksimum)
✅ Peminat badminton yang menetap di Batu Pahat
❌ Penyertaan dari daerah atau negeri lain tidak dibenarkan
Bagi memastikan tahap pertandingan kekal adil dan sesuai untuk pemain sosial, individu berikut TIDAK DIBENARKAN menyertai:
❌❌❌❌❌❌❌❌
⭐ Pernah menjuarai mana-mana kejohanan terbuka
⭐ Bekas atau pemain kebangsaan semasa
⭐ Bekas atau pemain negeri semasa
⭐ Bekas atau pemain daerah semasa
⭐ Jurulatih utama (Penolong jurulatih dibenarkan menyertai)
⭐ Pemegang BAM ID
⚠️ Sekiranya terdapat sebarang bantahan dan bukti berkaitan kelayakan peserta semasa hari berlangsung akan diambil kira
💰【YURAN PENYERTAAN】
Acara Beregu: RM80 setiap pasangan (2 orang)
⚠️ Yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
🙏 Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul akibat penerangan terdahulu yang kurang jelas, dan amat menghargai pemahaman serta sokongan semua pihak.
🔥 Jika anda memenuhi syarat sebagai pemain badminton sosial, kami dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai kejohanan ini!
Tempat adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup apabila kuota penyertaan dipenuhi.
☀️ Marilah bersama-sama menikmati pertandingan, mengeratkan persahabatan, mempamerkan bakat serta mencipta kenangan indah di gelanggang badminton! 💪🏸☀️
📞 Pendaftaran & Pertanyaan: 011-10765115
Pendaftaran terakhir: 28.06.2026
🔥🔥🔥🔥