08/04/2026
Kejohanan Akuatik MSSD Batu Pahat 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan dengan penyertaan atlet-atlet muda dari sekolah-sekolah sekitar daerah Batu Pahat. Para peserta menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan, sekali gus menjadikan kejohanan ini sebagai platform penting untuk mencungkil bakat baharu serta pemilihan atlet mewakili daerah ke peringkat yang lebih tinggi seperti MSSJ dan MSSM, di samping mengeratkan hubungan antara sekolah, guru dan komuniti sukan akuatik.