01/12/2023
[ππππππππ πππππππππ πππππ πππ πππππ & πππππ πππππ ππππππ πππππ ππππ]
Berikutan daripada musim tengkujuh, terdapat beberapa Jabatan Perhutanan Negeri yang memaklumkan penutupan Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) di bawah seliaannya sepertimana berikut:
a. Negeri Johor
Penutupan melibatkan semua TER dan HTN. TER Gunung Pulai dan TER Gunung Pulai 2 telah ditutup mulai 20 November 2023. HTN Gunung Arong akan ditutup mulai 15 Disember 2023.
b. Negeri Kedah
Penutupan melibatkan TER Puncak Janing, TER Sungai Teroi, TER Tupah, TER Lata Mengkuang, TER Sungai Rambai, TER Lata Batu dan TER Ulu Paip. Manakala, TER Bukit Wang telah ditutup mulai 15 Jun 2023.
c. Negeri Kelantan
Penutupan melibatkan semua TER & HTN.
d. Negeri Pahang
Penutupan melibatkan TER Chamang, TER Lentang, TER Parit Fall, TER Lata Meraung, TER Som, TER Berkelah, TER Bukit Pelindung, TER Jerangkang, TER Teladas, TER Jeransang, TER Terenggun, TER Lata Berembun, TER Lata Jarum, TER Lata Lembik, TER Jeriau, TER Menchali, TER Bukit Bertangga, TER Gunung Senyum, TN Tasik Chini, TN Cameron Highlands. Penutupan juga melibatkan kawasan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam kawasan hutan tertutup.
e. Negeri Perak
Penutupan melibatkan TER Ulu Kinta, TER Lata Iskandar dan TER Sungai Sulu.
f. Negeri Selangor
Penutupan melibatkan semua TER & HTN.
g. Negeri Sembilan
Penutupan melibatkan semua TER & HTN.
h. Negeri Terengganu
Penutupan melibatkan semua TER kecuali TER Jambu Bongkok.
Tiada penutupan sementara dilaksanakan bagi Negeri Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dibuat melalui Jabatan Perhutanan Negeri berkenaan sepertimana pautan: https://www.forestry.gov.my/my/organisasi/jabatan-perhutanan-negeri
Anda semua diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti kegemaran anda di Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.